padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , » Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar

Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar

/ January 18, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Apa yang di sebut sebagai Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP)? Majlis ini merupakan sebuah entiti organisasi tersusun yang di iktiraf oleh pentadbiran dan pengurusan sesebuah institusi bagi mewakili keseluruhan suara siswa dan siswi. Hal ini kerana adalah mustahil bagi pihak pentadbiran dapat mendengar semua komen, pendapat dan cadangan dari siswa siswi sesebuah kampus.


Aku tak pernah pun melibatkan diri dalam Majlis ni semasa di UTM dulu. Memang tak pernah ambil tahu pun. Hehee.. Bila masa pilihanraya, undi sahaja pelajar yang kenal dan cantik - cantik, muehehee.. Pecah rahsia pulak. Tapi sekarang, aku baru saja di lantik sebagai AJK dalam MPP. Dalam tempoh setahun ni, aku akan berurusan secara langsung dengan MPP.


MPP di lantik, sebagai satu jalan penghubung antara keseluruhan siswa dan pihak pengurusan. Bagi Sesi baru ini, 25 kouta telah di sediakan untuk di isi oleh siswa siswi yang layak menyandang jawatan sebagai MPP. 16 daripadanya merupakan MPP yg sedia ada manakala bakinya adalah pelantikan baru.


Untuk tujuan itu, pihak pengurusan bersetuju mengadakan kem kepimpinan MPP, menyenaraikan 16 peserta baru, dan hanya akan mengambil 9 daripadanya, atau kurang. Kem ini telah di adakan di Kem Lambaian Danau, Kampung Chinchin, Jasin, Melaka. Seramai 32 peserta termasuk 6 pegawai pengiring menyertai kem ini.


kuliah maghrib
Pelbagai modul kepimpinan dan team-building di terapkan dalam aktiviti yang di jalankan selama 3 hari 2 malam, bertemakan aktiviti lasak, sukan air dan keyakinan diri. Komitmen dan kesungguhan yang tinggi di tunjukkan peserta merupakan petanda positif bagi pihak MPP. Kerjasama, prihatin, peka dan bijak merancang strategi merupakan nilai yang jelas di tonjolkan dalam kem ini.


sarang tiong pasir

Antara aktiviti yang di jalankan ialah Night-Walk, berakit, bertempur dalam lumpur dan Cabaran Merentasi Halangan. Kesemua aktiviti yang di jalankan dapat di selesaikan dengan jayanya, dan sekalipun mereka kepenatan, masih mampu menghabiskan semua tugasan dengan baik. Aku mengharapkan semangat ini dapat diteruskan.


biawak komodo

Pelbagai kerenah dapat di saksikan dalam aktiviti ini, antara yang mencuit hati ialah aktiviti Night-walk. Peserta akan di bawa masuk ke dalam hutan, dan di minta berjalan seorang diri dalam kegelapan malam, sejauh 1 km, untuk pulang semula ke tapak perkhemahan. Bagi siswa, mungkin tidak menjadi masalah, tetapi pada siswi, memang menggelikan hati apabila di sakat dan di jerkah. Aku sendiri agaknya akan terkejut kalau di terjah secara tiba- tiba, muehehe..


memerang

Bagi pegawai pengiring, selain memantau pergerakan dan aktiviti peserta, kami juga berkesempatan untuk melakukan aktiviti sendiri. Antaranya memancing dan berkayak. Apa yang membuatkan isitimewa, kerana ini pengalaman pertama aku berkayak. Mulanya, memang agak kekok, dan mengakibatkan sering ketinggalan, tapi lama - kelamaan aku mula berasa selesa dan berkayak ni sangat mengujakan.


berkayak

Harapan setelah pulang ke IKM ialah semoga MPP yang akan dilantik merupakan MPP yang terbaik, dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik, sekurang - kurangnya menolak persepsi bahawa MPP mendapat kelebihan sedangkan siswa lain di abaikan. Aku menjangkakan kesemua 25 MPP yang bakal dilantik ini tidak mendatangkan banyak masalah, berdasarkan pemerhatian aku semasa mereka melakukan aktiviti di Jasin.


Pernah jadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semasa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dulu? Atau ketua pelajar di sekolah? Aku memang tak pernah melibatkan diri dalam perwakilan sebegini, baik di sekolah mahu pun IPT. Jadi tiada sebarang pengalaman yang dapat aku kongsikan. :D


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap