padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Konsep Sabar

Konsep Sabar

/ January 11, 2011 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Kehidupan sebagai manusia memang unik. Bersyukurlah kita di lahirkan ke dunia menjadi manusia, yang mana memang mendahului lain - lain makhlukNya di muka bumi ini. Anugerah akal yang di berikan kepada manusia memang tidak ternilai, maka wajiblah kita menggunakannya dengan sehabis baik.


Akal fikiran yang ada pada manusia membezakan manusia dengan kehidupan lain, seperti alam ini sendiri, sungai, laut, gunung ganang, tumbuh - tumbuhan dan haiwan. Keistimewaan ini perlu di gunakan sepenuhnya dalam menelurusi kehidupan seharian. Kepelbagaian sifat manusia dan perwatakan juga banyak berkait dengan penggunaan akal.


Apa yang cuba di ketengahkan dalam blog entri kali ini, adalah berkaitan konsep sabar. Sabar merupakan salah satu sifat manusia, di mana menahan atau menanggung diri dari perkara yang di sukai nafsu, yang bukan pada tempatnya. Jelasnya, sabar merupakan suatu istilah yang mengandungi banyak makna dan tafsiran.


Sabar merupakan senjata terpenting untuk manusia, lebih - lebih lagi kepada manusia yang sering menghadapi pelbagai ujian. Sifat sabar boleh membawa kejayaan, andai segala permasalahan dan rintangan di adili dan di hadapi dengan pemikiran akal yang matang, tenang dan rasional.

jangan marah

Melalui pembacaan dan kefahaman aku, sabar boleh di kelaskan kepada beberapa jenis, iaitu

  1. Sabar terhadap bala bencana - bersabar terhadap ujian penyakit, kerosakan alam, kelaparan, kefakiran, kehilangan jiwa dan harta benda
  2. Sabar terhadap ketaatan - Nafsu sentiasa akan berlawanan dengan ketaatan, jadi kewarasan akal untuk terus bersabar dan taat kepada pengabdian amat di perlukan
  3. Sabar dalam fisabilillah - menuntut ilmu juga merupakan cabang dalam fisabilillah, jadi jangan sesekali berputus asa
  4. Sabar terhadap nafsu - bersabar dari nafsu yang sentiasa menjadi masalah kepada manusia, nafsu makan, hiburan, amarah dan lain - lain

Aku merumuskan ke empat - empat jenis ini, (mungkin ada yang lain) memerlukan kekuatan minda dan akal fikiran untuk menghadapinya. Akal yang matang, mampu menjadikan manusia lebih rasional dalam membuat tindakan. Kesabaran dalam meniti kepayahan akan menimbulkan rasa manisnya sekiranya berjaya menghadapinya.


Tindakan kurang bijak bagi sesetengah manusia yang tidak menggunakan akal tidak kira dari segi perbuatan atau percakapan, menunjukkan kelemahan dalam konsep bersabar. Lihat saja sikap tidak sabar manusia di pertontonkan di seluruh dunia saban hari. Baik dari segi sukan, politik, malah hiburan juga turut terkena tempiasnya.


Aku sendiri, kadang - kadang hilang sabar mengenai beberapa perkara, tapi aku cuba memotivasikan diri aku sendiri, yang kita hanya manusia biasa, dan bukanlah sempurna sepenuhnya. Aku entri ini, Jangan Marah sebagai motivasi untuk merealisasikan konsep bersabar dalam kehidupan.


Bagi yang ingin membaca ulasan lanjut mengenai Sabar dan Cabang - Cabangnya, bolehlah merujuk kepada artikel yang di sediakan oleh Zikrihusaini di blognya.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap