padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Promosi Diri Di Tempat Kerja

Promosi Diri Di Tempat Kerja

/ January 9, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda berpindah ke tempat baru, tidak kira samada pindah sekolah, mendaftar di universiti atau melapor diri untuk bekerja? Aku merasakan perkara ini amat penting, kerana kita akan berhadapan dengan suasana yang belum pernah kita alami dan jika kita tidak mengambil tindakan utama, mesti akan mengalami sedikit kesukaran.


Teknik penyesuaian diri dan tindakan yang betul mampu menjadikan kita lebih selesa dan tidak tertekan bila berada di tempat baru (lebih - lebih lagi tiada langsung kenalan). Kalau di institut pengajian, pastinya berurusan dengan rakan sebaya, manakala di tempat kerja, akan berurusan dengan rakan sekerja.


Rakan sekerja pula akan di bahagikan dengan beberapa sub-division yang berlainan, jabatan - jabatan, kursus - kursus dan bidang yang berbeza untuk memantapkan organisasi. Kepelbagaian ini membentuk sebuah organisasi yang lebih berkesan, di mana setiap bahagian mempunyai tanggungjawab masing - masing.


Jadi, bagaimana kita ingin menonjolkan diri supaya sekurang - kurangnya setiap kakitangan jabatan mengenali dan menyedari kehadiran kita dalam organisasi? Mungkin setiap orang ada pendekatan sendiri dalam menyesuaikan diri di tempat baru, termasuklah aku.


staf lelaki ikmjb

Aku melihat, ada beberapa pendekatan yang boleh di ambil untuk mempromosi diri di tempat baru. Yang utama, perlu rajin. Rajin di sini, ialah merajinkan diri untuk bertegur sapa dengan rakan kerja yang lain. Jangan pula di kata nanti, budak baru, sombong untuk menegur. Elakkan persepsi sebegini berlaku, untuk kesan jangka panjang.


Kedua, rajin bertanya. Kita di tempat baru, semestinya belum kenal sangat tentang keadaan, suasana, konsep dan lain - lain yang rasa perlu untuk tahu. Komunikasi seperti ini sebenarnya mewujudkan perhubungan yang baik. Ini mengelakkan kita daripada di gelar bodoh-sombong!


Ketiga, mengikuti setiap perkembangan yang berlaku, baik di jabatan sendiri atau jabatan lain. Sentiasa menghidu peluang untuk kita menyertai sebarang aktiviti bersama rakan sekerja yang lain. Contohnya, Hari Keluarga, perlaksanaan aktiviti, menjadi jawatankuasa pelaksana dan apa sahaja yang melibatkan staf tempat bekerja.


Keempat, bersukan. Sejak dulu, aku merasakan sukan merupakan salah satu cara untuk kita saling mengenali dengan cepat. Aku bermain bola. Jika di fikirkan, bermain bola merupakan satu sukan yang dimainkan secara berpasukan, dan tentunya kerjasama amat penting. Jadi, dengan melibatkan diri dengan sukan, kita akan lebih mudah di kenali juga.


Yang kelima... entahla.. aku rasa empat ni pun dah cukup rasanya teknik untuk memperkenalkan diri di tempat baru. Kalau anda ada teknik lain yang boleh juga di gunakan untuk mempromosi diri, sila kongsikan. Banyak kelebihan yang boleh kita dapat sekiranya organisasi menyedari kehadiran kita.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap