padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » BOLA SEPAK

BOLA SEPAK

/ June 2, 2010 /


Selamat Datang ke padinno.blogspot.com

Sukan Bola Sepak

Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia. Di peringkat professional, bola sepak di mainkan seramai 22 pemain, mewakili 2 buah pasukan, bermain selama 90 minit, dan kemenangan di tentukan melalui pasukan mana yang berjaya menjaringkan gol lebih dari pihak lawan. ala korang pun tau info ni hehe. Sukan ini penuh seni, misteri dan keajaiban tersendiri.. Tidak hairan kenapa ia sangat di minati baik lelaki mahupun golongan wanita akhir - akhir ini.. Bagi aku sendiri, bola sepak ni banyak mengajar juga dalam melangsungkan kehidupan seharian.. Taktikal, teknikal, perancangan,pengurusan, dan kerjasama dalam membentuk pasukan yang kuat dan berdaya saing.


Piala Dunia 2010 : Afrika Selatan

Peminat bola sepak di seluruh dunia pastinya tertumpu kepada kejohanan 4 tahun sekali ini, Piala Dunia yang bakal berlangsung di Afrika Selatan. Kejohanan ini di anggap paling berpengaruh, menewaskan populariti sukan - sukan lain.. Berdekad lamanya, namun kerancakan dan keghairahan Piala Dunia memang tidak akan pernah pudar. Himpunan pemain - pemain berbakat, berkemahiran tinggi berjuang untuk memberikan kemahsyuran kepada negara masing masing. Walaupun negara kita Malaysia masih jauh perjalanan untuk bersaing dalam kejohanan ini, tapi kita seharusnya turut berbangga dengan pencapaian Subkhidin Hj Salleh, yang di tawarkan sebagai pengadil untuk pertandingan berprestij tersebut. Hehe, jadi la kan, ada jugak wakil tu.




Liga Super : Malaysia

Tapi, bagi aku juga, dalam keghairahan kita memekik - mekik nama seperti Fernando Torres, Theirry Henry.. Janganlah kita lupa, negara kita, liga kita, pemain kita. hehe, Safee Sali, amri Yahyah contohnya, punya kemahiran tersendiri. Cuma entah di mana silapnya, mereka ini seakan sukar bersaing dengan pemain bola sepak yang lain. Kualiti memang jauh beza, lantas turut mematikan langkah peminat untuk terus berkunjung ke stadium. Hanya ribuan kerusi yang bersorak-tepuk, setia pada pemain kesayangan hehe.




Aku dan Bola Sepak

hehe, aku pun salah seorang daripada berjuta - juta manusia yang meminati sukan bola sepak. Aku suka bermain, dan aku juga suka menonton orang lain bermain.. Hehe.. Kalau dah suka tu, mesti ada pasukan kegemaran, pemain kegemaran. Ok, secara jujur aku taklah taksub sangat dengan pasukan luar, walaupun persaingan mereka lebih berkualiti berbanding liga bola sepak tempatan, aku lebih gemar mengikuti perkembangan liga domestik kita sendiri. Aku amat meminati pasukan Selangor.



ya, aku memang tinggal di Perak, tapi kenapa aku memilih Selangor?? hehe, jawapannya, aku lahir di Selangor, dan jiwa aku terus melekat di Selangor, walaupun aku mungkin menghabiskan masa aku lebih banyak di Johor ni. Aku suka corak permainan Selangor, serta lagenda yang pernah bersama skuad bola sepak Selangor, antaranya Dollah Salleh, Azman Adnan dan mungkin lagenda dalam pembikinan, Safee Sali.


Aku juga seorang pemain bola sepak. hehe. InsyaAllah, 11, 12 dan 13 Jun, aku akan ke IKM Beseri untuk mewakili staf Mara Negeri Johor bagi merebut Piala Ketua Pengarah Mara. Belum pasti lagi, tapi kawan - kawan doakan aku terpilih dan mampu menyumbangkan sesuatu untuk Negeri Johor, hehe.. Sekian


Terima Kasih ~ Datang Lagi


5 comments:

{ ++***hana zaty**++ } on: 23:17 said...

xde tv nk tgk world cup!!!!!!!!huhu~~

{ RastaMat } on: 00:11 said...

Bro..
hidop bola sepak JOHOR!!!!
Aku doakan ko dapat harumkan nama bola sepak JOHOR!!!
Semangat sket padin!!!!

{ Mario } on: 18:17 said...

spain weh,...ekeke

{ padin } on: 23:53 said...

Hana : nah amek duit ni pi beli tv hehe

RastaMat : hehe, bukan Team Johor la.. salah paham tu

Mario : aku pun peminat spain jugak lala~

{ ApekxHensem™ } on: 20:28 said...

semoga berjaya incik padin ehehhe

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap