Siapa sedang dengar radio sambil baca blog entri ini angkat tangan? Hehee PR bergurau saje, bukan nampak pun kalau anda angkat. Apa yang pasti, sambil PR taip, sambil dengar radio online.
Radio Klasik Menggamit Kenangan
Radio Klasik Menjadi Pilihan
Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan, PR lebih gemar mendengar Radio Klasik berbanding stesen radio yang lain. Sesuai dengan tagline Menggamit Kenangan, lagu - lagu yang disiarkan kadangkala menggamit semula memori bersama mak ayah, adik - beradik dan sahabat handai.
Pada awalnya Ciktom mempersoal juga kenapa Radio Klasik menjadi pilihan. Alhamdulillah dah hampir setahun, Ciktom dah boleh terima tanpa banyak soal kalau PR buka radio, siaran Radio Klasik.
Segmen Sajian Pagi
Jam 6.00 - 10.00 pagi, segmen Sajian Pagi menghiburkan anda. Biasanya, PR akan dengar sewaktu perjalanan ke tempat kerja. Pengisian segmen ini diantaranya adalah mengupas berita akhbar tempatan, pemakluman keadaan semasa lalulintas sambil diselang selikan dengan lagu retro yang mengasyikkan.
Jam 7.30 pagi, slot Cubit - Cubit Manja akan bersiaran. Slot ini merupakan drama pendek yang ditunjangi beberapa watak, mengupas isu - isu harian dan disampaikan dalam bentuk humor. Boleh tersenyum seorang diri mendengar keletah penyampai Radio Klasik terutama pemegang watak Senah dan Manan.
Bagi yang terlepas mendengar pada sebelah pagi, bolehlah mendengar siaran ulangan jam 5.20 petang.
Slot Aku, Dia dan Lagu (ADILA)
Di perjalanan balik ke rumah, PR selalu mendengarkan slot Aku, Dia dan Lagu (ADILA). Kisah kenangan yang dipaparkan melalui ADILA merupakan asam garam dan pengajaran baik dikongsikan kepada masyarakat.
Perkongsian pengalaman oleh pendengar ini kisah benar yang betul - betul terjadi dan ia kadangkala menyentuh perasaan dan boleh jadi melucukan. Kisah yang sarat dengan pengajaran, diselitkan dengan 3 lagu pilihan.
Frekuensi Radio Klasik
Berikut, PR kongsikan frekuensi Radio Klasik di tempat anda. Jom semak.
Lokasi | Frekuensi |
Kuching, Sarawak | 87.6 |
KL, Putrajaya | 87.7 |
Seremban | 87.9 |
Kota Kinabalu | 88.1 |
Ipoh | 83.3 / 103.3 |
Terengganu | 92.5 |
Melaka | 93.6 |
Pulau Pinang | 94.9 |
Kangar | 94.9 |
Alor Setar | 94.9 / 88.7 |
Langkawi | 94.9 |
Shah Alam | 98.3 |
Kota Bharu | 101.1 |
Johor Bahru | 106.7 |
Kuantan | 107.9 |
0 comments