padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , , » Pengalaman Pindah Rumah Sewa

Pengalaman Pindah Rumah Sewa

/ October 18, 2016 /
Pepatah "kusangka panas sampai ke petang, rupa - rupanya hujan di tengahari" memang sering dan hampir saja dengan kehidupan seharian. Perkara yang diharap lancar sehingga ke penghujung sering saja berlaku upset di pertengahan.

Manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya, Allah itu adalah sebaik - baik perancang dan penentu segalanya

Jun lalu, PR sangat teruja dengan pemakluman terkini dari pemaju rumah, dan berkira - kira selesai majlis pada pertengahan September, PR dapat berpindah masuk ke rumah baru. Memang confirm sweet September lah kalau dapat masuk rumah baru.

nusantara prima

Tetapi graf keterujaan itu bertukar plot. Sehingga habis September, actually sampai coretan ini ditulis, belum ada khabar gembira perihal penyerahan kunci. Pusing kepala juga sekejap hendak mencari kediaman sementara memandangkan PR kena keluar dari rumah sewa yang didiami sejak 2010 lalu.

Pengalaman Pindah Rumah Sewa
Rezeki kahwin agaknya, permohonan PR untuk mendiami sementara rumah kakitangan tempat PR bekerja diterima dengan syarat - syarat yang dipersetujui bermula 1 Oktober. 

In fact, ini bukan kali pertama PR pindah rumah sewa, tetapi setelah hampir 6 tahun menyewa di kediaman sama, memang azab juga nak pindahkan barang termasuk barangan peribadi dan juga aset kelengkapan rumah. Tambah azab, barang - barang belum dikemas dan dibungkus. Huhuhuhu

Berulang alik dari rumah sewa ke kediaman baru, memindahkan barang - barang keperluan harian. Mujur jarak kedua lokasi ini kurang 5km. Tetapi memang serba tak sena selagi semua barang tidak dipindahkan. Yelah, dah selesa sebelum ni bila berpindah ke tempat baru dengan barang yang minimum, pasti berasa kekurangan.

pengalaman pindah rumah sewa

5 Oktober, PR menyewa lori untuk memindahkan saki baki barangan yang tidak boleh dimasukkan dalam kereta. Tak boleh nak tunggu lama juga sebab penyewa baru telah masuk pada awal Oktober. Pada masa ini, hanya set tv dan sistem audio yang belum diangkut. Syukur pada Tuhan kawan - kawan tidak lokek tenaga membantu PR dalam urusan pindah rumah sewa.

laman rumah sewa baru

7 Oktober, secara rasminya dapur PR mula berasap! Hahah.. Dalam masa memindahkan barang dari rumah sewa terdahulu, sibuk juga ke hulu ke hilir melengkapkan barang dapur termasuk peralatan asas. Yang di rumah sewa lama masih baik, tetapi tak sampai hati pula nak kosongkan semua memandangkan peti sejuk, mesin basuh, set sofa dan set tv PR angkut semua. Hihi

Tips Pindah Rumah Sewa / Baru
Melalui pengalaman ini, PR menggariskan ada beberapa perkara atau tips yang perlu anda buat semasa mahu pindah rumah sewa atau baru. 

1. Packing barang
Anda perlu mengasingkan barang mengikut tahap pentingnya barang tersebut. Lebih baik masukkan ke dalam kotak, dan label. PR tersilap langkah, dan dalam masa yang terburu - buru PR campak je semua benda dalam kotak, bila nak mencari balik sesuatu barang.... kena bongkar semua T_T

2. Sahkan perkhidmatan lori
Kalau boleh anda sahkan perkhidmatan lori awal daripada tarikh anda mahu berpindah. Yang ini pon, PR tersilap langkah. Hari tu nak pindah, hari tu juga baru bagitau lori.. T_T

3. Persiapan mental dan fizikal
Hahahahah ini sepatutnya jadi nombor 1!! Tapi sebab dah taip panjang, PR malas nak ubah. Anda kena persiapkan kekuatan mental dan fizikal, untuk memindah, memunggah, mengemas barangan dan mendekorasi rumah baru. Fuhh.. 




Nota Kaki:
Setakat ini saja coretan PR berkenaan pengalaman pindah rumah sewa. Kediaman baru ini nampak lebih tenang dengan laman yang luas dan tanaman yang menghijau, berkat kerajinan orang terdahulu. Giliran PR pula mengambil alih, sekurang - kurangnya dapat juga mengeluarkan peluh dan melakukan aktiviti bersama dengan isteri.

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap