Terbaca di blog Diari Seorang Mama, perihal kepentingan readibility score dalam SEO. Pada awalnya PR tidaklah tertarik untuk mencuba, tetapi bila di baca semula rasa seronok juga untuk tahu berapa score bagi setiap penulisan PR dalam blog ini.
Dalam bahasa mudah, ia merujuk kepada kefahaman pembaca terhadap apa sahaja bentuk penulisan. Ia boleh jadi buku, blog dan sebagainya. Jika penulisan kita terlalu sukar difahami, ia akan meninggikan bounce rate.
Bagi tujuan mengetahui score penulisan blog entri, anda boleh cuba di pautan readibility score. Anda boleh membuat pilihan samada untuk memasukkan teks atau URL. Skor yang tinggi menunjukkan penulisan tersebut mudah dibaca dan difahami. Keterangan bagi skor adalah seperti jadual di bawah.
Sumber : Flesch-Kincaid
PR telah menguji beberapa blog entri, untuk mengetahui samada penulisan PR mudah difahami atau tidak. Mari lihat beberapa keputusan berikut.
1. Kepentingan Menjaga Kesihatan 40.1
2. Tips Membeli Tayar Kereta 56.3
3. Cara Melukis Dengan Betul Siri 1 46.8
4. Cara Penjagaan Gigi 43.5
dan entri terbaru 5. Kisah Kasut dan Pasangan 49.9
Melihat keputusan ujian rawak terhadap blog entri PR, boleh disimpulkan hasil penulisan PR adalah dalam kategori SUKAR UNTUK DIBACA! Hahahh... Taktau nak menangis atau ketawa. Tetapi accuracy hasil ujian ini PR tak boleh jamin. Malas nak membaca selanjutnya. Cukup sekadar ujian penentu sahaja.
Baik!
Jika anda pernah menulis dan nak tahu score hasil penulisan anda, boleh cuba pautan di atas dan boleh kongsikan keputusan di ruangan komen. Kalau anda ada blog lagi bagus, letakkan URL dan boleh PR terjah sekali. Mana tahu boleh cari ilham nak tulis dengan cara yang lebih mudah difahami.
Akhirnya, PR ingin tanya apa pendapat anda terhadap penulisan dalam senarai 5 blog entri PR di atas? Adakah benar sukar difahami? Mungkin jawapan robot berbeza dengan jawapan manusia.
Sekian.
0 comments