Kehidupan penuh dengan kepelbagaian pilihan. Kesinambungan dari blog entri Hidup Yang Singkat (2012), PR hendak kongsikan pula 12 perkara yang perlu dihindari dalam pilihan kehidupan anda. Jom semak 12 perkara tersebut, mudah - mudahan anda beroleh perjalanan kehidupan yang lebih berkualiti.
12 Perkara Yang Perlu Di Elak Dalam Hidup Anda
1. Berhenti Melayan Orang Yang Salah
Hidup amat singkat untuk anda membazir dan meluangkan banyak masa bersama individu yang tidak mendatangkan faedah dan kebahagiaan kepada anda. Kawan datang dan pergi. Sebaiknya, carilah individu yang sentiasa bersama anda baik di waktu senang atau sebaliknya. Itulah sahabat sejati!
2. Berhenti Lari Dari Masalah
Selagi namanya manusia, takkan lari dari masalah. Baik bermula dari saat lahir hingga hujung nyawa, masalah akan timbul. Face them head on! Ya, bercakap atau sekadar menulis memang terasa senang tetapi berbeza bagi yang menghadapinya. Tetapi sedarlah, sampai bila untuk lari dari masalah? Mungkin ada beberapa perkara tidak dapat diselesaikan dengan segera, tetapi secara tidak langsung anda boleh belajar, adaptasi dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.
3. Berhenti Menipu Diri Sendiri
Anda boleh menipu sesiapa sahaja di mukabumi ini, tetapi tidak untuk diri sendiri. Kehidupan manusia akan meningkat menjadi lebih baik apabila individu itu jujur pada diri sendiri terlebih dahulu.
4. Berhenti Berpura Menjadi Orang Lain
Ini adalah antara cabaran terhebat dalam kehidupan - menjadi diri sendiri. Sedarlah hakikatnya, sentiasa ada individu yang lebih cantik dari anda, sentiasa ada individu yang lebih bijak dari anda, sentiasa ada individu yang lebih muda dari anda, sentiasa ada individu yang lebih popular dari anda, dan masalahnya individu itu bukan anda! Jadilah diri sendiri, dan pasti ada right people akan menerima anda seadanya.
5. Berhenti Mengenang Perkara Lampau
Bila anda mahu bergerak ke hadapan jika asyik menoleh, membelek dan mengenangkan perkara lampau? Sudah - sudahlah tu... jadikan perkara lama sebagai perkara lama, dan bergeraklah ke hadapan dengan cereka dan impian baru yang lebih menarik. Come on!
Heart, (Oct,2015)
6. Berhenti Takut Melakukan Kesilapan
Melakukan sesuatu dan menemui 10 kali kegagalan adalah lebih produktif berbanding tidak berbuat apa - apa. Setiap kejayaan itu pasti terselit berbagai cerita. Bak kata pepatah, "failure is leading towards success". Anda akan lebih menyesal jika anda tidak berbuat sesuatu berbanding anda menyesal sesudah mencubanya.
Seperti blog entri ini, anda menyesal membaca penulisan yang panjang? Jika anda berhenti membaca di perenggan ini, sekurang - kurangnya anda telah mendapat separuh isi yang hendak PR sampaikan. Jika anda masih bermotivasi untuk meneruskan pembacaan, ayuh bersama PR.
7. Berhenti Berfikir Anda Belum Bersedia
"Nanti aku fikirkan...", "Aku belum bersedialah"... tiada siapa yang akan berasa 100% bersedia apabila peluang mendatang. Tetapi kadangkala kena ingat peluang tidak selalu hadir, dan disaat anda sudah berasa "100% bersedia", peluang telah disambar orang lain atau pun menjadi lebih sukar. Anda fikir anda perlu bersedia semula?
8. Berhenti Bersaing Dengan Orang Lain
Jangan terlalu kecewa dan bimbang tentang kejayaan orang lain berbanding diri anda. Sebaliknya, anda harus fokus untuk menyaingi rekod anda sendiri. Tafsiran kejayaan adalah perjuangan diantara anda dan diri anda sendiri.
9. Berhenti Melakukan Benda Sama Tanpa Rehat
Ikutilah kisah inspirasi Kisah Penebang Pokok. Berehat bukan beerti anda berhenti, tetapi mengumpul semula kekuatan, mengasah semula fikiran, mental, spiritual dan memperbaiki motivasi diri. Masa yang paling tepat untuk menarik nafas panjang adalah bilamana anda tiada masa untuk melakukannya.
10. Berhenti Menunggu Kesempurnaan
Sedarlah. Bangunlah. Tiada apa yang cukup sempurna. Dunia sebenar tidak memandang kesempurnaan, tetapi ia mengiktiraf kepada sesiapa yang telah bejaya melakukan sesuatu. Dato Lee Chong Wei tidak perlu menunggu sempurna untuk menjadi pemain nombor satu dunia tetapi beliau berjaya kerana usahanya.
"Dari Lensa"
11. Berhenti Menjadi Angkuh
Sebagus atau seteruk mana kehidupan anda, jangan lupa untuk bersyukur! Seseorang di tempat lain mungkin lebih dahsyat bergelut untuk meneruskan kehidupan. Daripada anda memikirkan apa yang anda belum miliki, adalah lebih baik anda fikir apa yang orang lain belum miliki apa yang anda ada. Itu akan membuatkan anda lebih bersyukur.
12. Berhenti Membaca Blog Ini
Tahniah jika anda berjaya membaca sampai ke perkara yang ke-12. Ya, betul. Berhenti dari membaca blog ini jika anda merasakan 9 minit yang anda luangkan untuk membaca tidak mendatangkan apa - apa faedah kepada anda. Bermula semula dari awal? Pasti kurang dari 9 minit untuk membaca tetapi 5 minit terakhir itulah perkara yang anda betul - betul faham tentang entri ini.
Semoga anda terinspirasi.
0 comments