padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

7 Jenis Facebook Updates

/ July 30, 2012 /
Hmm, perkembangan masakini kalau tengok rata - rata semua orang ada akaun social networking dan yang paling berpengaruh Facebook la.. Mungkin ada 1 akaun, ada ada lebih dari 1 akaun mengikut keperluan. Aku pun ada akaun Facebook. Dan bila di perhatikan, ada beberapa perkara yang boleh disembang-bualkan dan untuk entri ini, aku fokus pada beberapa jenis orang yang mengemaskini status masing - masing.


7 Jenis "Facebook Updates"

1. Announcers
"FT Malaysia 1 - 2 Arsenal"

Mereka ini mahu menjadi orang pertama tahu dan menyebarkannya. Adakala bagus juga ada Friend yang jenis announcers ini, boleh dapat berita yang cepat tapi kan......... kalau dah 70 orang dalam friend list tu update yang sama, muntah darah jugak...

2. Wartawan Sepenuh Masa
"Pagi tadi mandi macam ais"

Melaporkan setiap inci pergerakan seharian, daripada bangun tidur sampai la nak tidur semula. Kalau ada yang update "Nak mandi" best juga, untung - untung kalau perempuan boleh intai! hahahh

3. Blogger
"Apa malangnya nasib aku arini. Dahla bangun lewat, motor pulak rosak. Sampai di opis kena marah pulak dengan bos. Ingat aku ni enjin ke hapa?"

Dik, kalau nak jadi blogger, sign up je blogger.com then ko tulis la puas - puas.. ekekee

4. Quoters
"Hidup umpama permainan catur.."

Yang jenis ini pulak sering mengenengahkan falsafah orang lain untuk di kongsi sekalian rakan. Umm, baguslah..........

5. Kaki Komplen
"Apesal jadi Timeline plak FB aku nih? Haihh"

Umm, no comment. Komplen je la Dik oi.. selagi boleh.

6. Teka - Teki
"Masih mencari... mungkin esok, mungkin lusa"

Jenis yang suka berteka - teki dan kadang - kadang macam kesian pun ada. 

7. Salah Tempat
"Tuhan, tolonglah hambamu ini"

Salah tempat tu Dik. Berdoa bukannya tulis di Facebook. Bukan apa, takut lari akidahnya nanti. Haru.


Banyak lagi sebenanrnya yang boleh juga di masukkan dalam kategori - kategori ni. Aku hanya senaraikan 7 sahaja. Pada awal dulu aku pun lebih kurang je, ada jugak update status merapu, tak sedar diri update macam somebody, tapi.... bila baca semula update yang lepas - lepas, keh keh keh.. Tin kosong!!

Rebut Peluang Ke Olimpik London

/ July 29, 2012 /
Hmm, tersentak jugak hati aku menonton Cerekarama "Maafkan Aku", mulanya aku menonton Sukan Olimpik alih TV tengok cerita macam best. Rupanya memang best, banyak pengajaran cuma satu je. Bila dah mula feeling, di bantainya pulak iklan, hoh... Iklan pun bukan 1 - 2, kalau tak 10, mungkin 11 atau 12 sebelum cerita bersambung semula.

Oh ya, bercakap pasal Sukan Olimpik nih, memang kebanyakan masa melekap di TV je lah. Aku ni penggemar acara sukan. Boleh kata semua acara sukan aku layan. Tapi tak semua sukan tu aku minat untuk main, dan ada banyak jenis acara yang aku tak pernah main. Aku suka tengok reaksi orang yang menang, yang kalah, yang taknak kalah dan macam - macam lagi, dan belajar peraturan sukan tu jugak.

Hehee, bila tengok acara pembukaan, SUPERB! Perarakan masuk setiap kontinjen bertanding, SUPERB! Aku terbayang aku duduk dalam perbarisan tu dan memegang Jalur Gemilang.. Wah!! Ok, aku berangan. Setakat masuk perbarisan Sukan MARA, bolehlah, :D

Kontinjen Johor

Kalau di beri peluang untuk menyertai Sukan Olimpik, semestinya pilihan pertama aku acara bola sepak. Kalau dah cukup 25 orang, takde tempat dalam bola sepak, aku nak mendaftar sukan berbasikal, kategori pecut macam ThePocketRocketMan! Sukan lain? emm, pilihan ketiga aku, sukan bersiar - siar. Bagaimana sukan tu di mainkan? Ha, kalau anda nak tahu, kena banyak luangkan masa menonton acara sukan dan anda akan tahu sukan bersiar - siar tu camne. Hahahh

Harapnya, walaupun atlet kita tidak berapa senang untuk membawa pulang pingat ke tanahair, tapi biarlah apa yang ditunjukkan semasa bertanding setara dengan prestij Sukan Olimpik tu... Takde pun atlet tu baca post ni, cuma aku nak highlightkan kalau di beri peluang yang jarang/ susah orang lain nak dapat, kenapa nak di sia - siakan? Dapat??

Nota : Kalau anda di beri peluang menyertai Sukan Olimpik, anda mahukan sukan apa??

Elak Syok Sendiri

/ July 26, 2012 /
Sesi Jul - Dec 2012 telah memasuki minggu ke-4, proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berjalan lancar. Bagi semester ini, aku kekal mengajar Kursus Gas Distribution System, Gas Flow Measurement & Regulating System dan satu Kursus baru, Introduction to Pipe Drafting (AutoCAD).

Di samping menjalankan tugas hakiki, bagi 2012 ini aku juga turut terlibat dengan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) IKM Johor Bahru dan bertindak sebagai setiausaha. Aku suka dengan penglibatan dalam SPK ini, dan sedikit sebanyak mematangkan aku dalam pengurusan organisasi.

Seperti yang aku pernah terangkan dalam blog entri terdahulu, IKM JB mendapat persijilan MS ISO 9001:2008 pada September 2009. Bagi memastikan persijilan itu bukan sekadar pada nama, banyak aktiviti dan prosedur kerja telah ditambahbaik dari masa ke semasa. Barulah betul - betul berkualiti, tak gitu?


Bulan lepas, SIRIM telah melakukan Audit Persijilan Semula, dan telah menemukan beberapa ketakakuran dalam SPK di IKMJB. Ketakakuran tersebut perlu di kaji punca, tindakan pembetulan dan perlu dicadangkan tindakan penambahbaikan supaya perkara sama tidak berulang untuk masa akan datang.

Sebagai contoh, salah satu dalam laporan ketakakuran berkenaan antara lain menyebut kelonggaran sistem penyelenggaraan asrama, yang memerlukan tindakan penambahbaikan bagi memastikan prasarana tersebut memberikan keselesaan dan keselamatan yang baik untuk pelanggan - dalam kes ni, pelajar lah.

Aku rasa, bagus juga audit ini, sekurang - kurangnya membantu untuk organisasi memperkemaskan sistem pengurusan kepada peringkat yang lebih tinggi dan baik. Bukan kata sebelum ini tiada prosedur, tetapi ia tidak dilaksanakan secara menyeluruh.

Maaflah kalau bosan entri ini. 

Kita tidak boleh syok sendiri sangat. Itu je yang aku nak kongsi. Kita terpaksa guna cermin untuk melihat diri kita. Kalau kita rasa apa yang kita buat selama ni rasa macam dah bagus, cuba sekali sekala minta rakan bagi pandangan. Kalaupun ada kritikan, terima dengan hati terbuka dan positif untuk menambah baik kualiti diri kita.

Rakan sekerja selalu nasihatkan aku kawal emosi marah, huhuu... Sebab bila aku marah pelajar, mesti ada objek yang terbang ke sana sini..........

"Menulis prosedur di atas kertas mudah, mengendalikan mesin juga bukan masalah, tapi kemahiran mengendalikan manusia belum cukup dengan sekadar pengalaman..."

Oh Hana Zaty!

/ July 22, 2012 /
Entah kenapa, sehari dua ni asyik sangat teringat Hana Zaty... Apa kaitan Hana Zaty, Ramadhan dengan aku eh?? Hehee, Doktor Blogger ni dah makin sibuk agaknya dengan kerja harian di hospital. 


Dalam lukisan, gigi hilang pulak, keh3..


Kata aku : "Dia ingat kat aku lagi ke, eh?"

Perbaharui Yang Lama

/ July 21, 2012 /
Dah setahun rupanya. Setahun aku gunakan jentera Merah tu, dah setahun juga aku guna template Classic ni. Aku rasa dah selesa pulak, malas pula nak cari template yang baru. 

Emm, domain pun dah nak kena renew ni, biasalah dah cukup tempohnya, ada beberapa perkara kita kena perbaharui. Kalau dah tak boleh perbaharui, mungkin kena upgrade atau gunakan yang baru. Kereta dah setahun, kena renew insurance dan road tax, domain nak expired kena renew jugak. Kalau tak, apa akan jadi?


Bercerita pasal renew ni, sama lah juga dengan batang tubuh kita ni. Kena renew jugak. Malah kita kena pilih pakej renew + upgrade. Kita sebagai manusia pun perlu memperbaharui diri kita - daripada pelbagai segi terutamanya ilmu, amal, dan juga konteks amalan ibadah.

Pandang cermin bukan sahaja melihat kekacakan dan kecantikan fizikal semata, cuba jeling juga ke dalam diri, apa yang perlu di renew dan upgrade. Di samping kita membuat kerja harian mencari rezeki, apa salahnya juga ambil masa, berehat dan mengambil sedikit waktu untuk mengasah kapak yang makin tumpul

Apa kata anda?

Nostalgia : Bersiar - Siar

/ July 17, 2012 /
Hehehh dalam segmen nostalgia Perjalanan Ini aku teruskan dengan isu bersiar - siar. Cewahh dah macam banyak sangat je segmen dalam blog ni. Takdelah kalau pusing cerita sama je aku sendiri meluat nak baca blog nih.. Aku akan cuba pelbagaikan mengikut kesesuaian. Aku cuba.

Jika hari ini, keluar bersiar - siar dengan teman sekerja, kawan serumah memang best juga, banyak perkara dan aktiviti yang boleh dilakukan bersama, bermain boling, menonton wayang dan tidak kurang melihat gadis - gadis di Mall yang berhampiran, ekekee...

Cuma, bila terkenangkan di masa kanak - kanak, kurang dapat keluar macam tu dan masih di bawah jagaan ibubapa. Kawan pun tak ramai mana, dan kadangkala adik beradik tulah kawan yang paling akrab. Jadi sesekali dapat keluar tu, seronoknya.......

Ayah aku bekerja sendiri mengambil upah membuat rumah, membaiki dapur, bilik dan sebagainya, senang cerita kerja sebagai tukang rumah la. Cuti hari Jumaat dan gaji pun tidaklah besar mana. Jarang sangat hari minggu dia ada di rumah dan sesekali di ajak keluar, aku yang paling awal bersiap.

Pekan Lumut, 1993

Memang kebiasaannya pun, aku dan abang je yang dapat ikut. Maklumlah, naik Yamaha RXS je, dan tempat yang dikunjungi biasanya Pekan Lumut lah. Entah apa yang seronoknya pada masa tu aku sendiri pun tak tahu. Awal 90an, Lumut tu merupakan pekan kecil je. Melihat dari kejauhan, beberapa kapal dan bot mudik membawa barang dan penumpang daripada beberapa destinasi.

Pernah juga, ayah aku membawa ke Pangkor, balik hari. Dan setiap kali pulang, pasti ada die-cast model di tangan. Heheee. Abang aku? Kadang - kadang je dia dapat, selalunya tak dapat dan itu menjadi punca kenapa bilangan simpanan peribadi aku lebih banyak berbanding dia. (Tak termasuk yang di curi oleh sepupu lain).

Bila di fikirkan semula, aku menyesal terhadap satu perkara. Semasa pulang dari Terengganu hujung tahun lepas, ayah aku ada menyatakan hasrat ingin merasa durian Musang King di Highway Karak tu, tapi aku malas nak berhenti. Padahal aku boleh je berhenti dan membelikannya sebiji dua.

Sampai di rumah, orang tua tu tak habis - habis menyebut perihal Musang King. Aku jadi bersalah pulak. Tapi yelah, bila lagi aku nak melalui kawasan tu semula? Nak beli di tempat lain, di mana?? Memang ya, dulu pun banyak benda yang aku minta tidak ditunaikan tapi.....aiseh, rupanya aku pun berdendam pulak..

Nasihat aku, jangan jadi macam aku. Rasa bersalah siang malam. Dan lagi teruk terbit rasa dendam atas perkara lama sedangkan itu ayah aku sendiri. Memang tak patut. Aku rasa walau apa pun yang aku usahakan sekarang, selepas ini.. mesti dia ada sedikit terkilan perihal Musang King tu.. 

Nota : Kat mana nak dapatkan durian tu di Perak, eh?? Orang tua tu memang hantu durian!! Hahahh

Transformasi Integriti

/ July 15, 2012 /
Hahahahaha dah usang benar rasanya blog ni. Emm, kena lakukan transformasi nih. Cewahhh mentang - mentang la tajuk transformasi kan. Sebenarnya, kali ini aku ingin kongsikan beberapa point yang aku dapat semasa menghadiri Seminar Transformasi Integriti Melalui Pengukuhan Adab dan Akhlak.

Seminar sehari ini diadakan di Hotel M Suite, Johor Bahru anjuran Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) dan Cerna Minda Sdn Bhd. Datang bawa diri dan hati je untuk seminar ini, kos - taktau la pulak. Seminar telah disampaikan oleh Ir Ahmad Jais Bin Alias as-Syazili, Principal Consultant Cerna Minda Sdn Bhd.

Antara input yang aku dapat melalui seminar ini ialah memahami persoalan integriti, kesan integriti terhadap organisasi, hubungkait integriti dengan adab dan akhlak, dan transformasi integriti melalui pengukuhan adab dan akhlak. Permulaan seminar ini agak hambar, tetapi lama - kelamaan makin menarik.

Penceramah menerangkan satu persatu persoalan yang disebutkan tadi, serta membincangkan apa yang berlaku sekiranya kehilangan integriti. Ia termasuklah kehilangan harga diri, kehilangan makna diri, khilangan jati diri dan kehilangan kendiri. Kesan daripada perkara tersebut menjadikan individu itu cerdik tidak boleh di ajar, pandai tetapi menyusahkan orang lain, profesional tetapi menipu dan cekap secara membabi buta.


Kehilangan integriti yang disebutkan adalah berpunca daripada kehilangan Makarimul Akhlak (Akhlak Mulia). Jika umat manusia masakini kehilangan Makarimul akhlak, ia sangat memberi kesan seperti menjadi biadap - biadap sesama manusia, alam, Tuhan. Ia juga merosak dan menghilangkan budaya dan kehilangai nilai - tiada neraca penunjuk keadilan.

Jika tiada adab dan akhlak yang mulia, maka kita lihat pemimpin yang zalim dan tamak, orang kaya yang bakhil dan rakus, ulama' yang takbur dan jahat (sesat lagi menyesatkan) serta rakyat yang jahil dan miskin. Apakah kita mahu perkara ini terus berlaku dan meruntuhkan ketamadunan yang telah terbina dahulu?

Sebagai langkah penyelesaian, kembalilah kepada proses menyempurnakan adab dan akhlak iaitu kembali kepada konsep Makarimul Akhlak! Isu integriti perlu dikembalikan kepada persoalan adab dan akhlak. Kembali kepada sumber asal kita, yang bersambungan hingga kepada Saiyidina Rasul SAW, kerana Baginda memiliki Khuluqun 'Azhim (Akhlak yang Agung).

Dan di akhir seminar, penceramah sempat menyatakan bahawa tokoh duniawi kalangan pemimpin serta pemegang posisi tinggi dan penting dalam semua sektor di setiap peringkat dan cabang, mereka adalah para ulama ummah akhir zaman. Menjadi kewajipan kepada mereka untuk mengetahui dan mempelajari segala yang mampu dicapai demi kemaslahatan ummah.

Tanggungjawab terpikul di atas bahu dan leher mereka, bukan di atas bahu tokoh - tokoh agama semata - mata. Benar. Apa yang disampaikan perkara adab dan akhlak ini merupakan suatu perkara yang besar dan sebagai pemimpin - ketua keluarga, ketua masyarakat, guru, pendidik, pemimpin negara perlu bertanggungjawab dalam proses transformasi ini.

Aku rasa setakat ini sahaja ulasan aku mengenai seminar tersebut. Kalau nak di ikutkan banyak juga point yang bagus semasa seminar, tapi tulah, mata aku ni tak berapa nak tahan sangat.. Baru dengar dan tulis sepatah dua, dah gelap dan kabur je, ekekee.... OK semoga entri ini membantu mengingatkan pentingnya adab dan akhlak yang baik. 

Sudah Selamat

/ July 8, 2012 /
Hujung minggu, aku menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabat baik aku semasa di UTM dahulu di Simpang Renggam, Johor. Rakan dari Selangor juga turut hadir dan bermalam di rumah sewa aku dan 'menculik' aku ke Simpang Renggam dan seterusnya bergerak ke Selangor.


Tiba di Selangor dengan tujuan untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2012 di antara Selangor dan Kuala Lumpur. Walaupun bilangan penonton agak mengecewakan tapi berbaloi juga tengok 4 gol. Emm, rindu juga suasana 2005, setiap inici ruang stadium dipenuhi penonton Merah Kuning.


Tapi seronok juga, kalau ada ramai penonton pun tak guna, tambah pulak kalau penonton pasukan lawan yang kurang ajar membaling objek kepada penonton Selangor. Siap cabut kerusi dan baling, dah macam tak bertamadun. Agaknya stadium mereka tidak ada kelengkapan seperti Stadium Shah Alam barangkali.


Apa pun, untuk tahun ini dah 6 orang kawan sekelas masa U dulu melangsungkan perkahwinan, menjadikan total 9 daripada 26. Masih kecil peratusannya tu hehee.. Di khabarkan, Abd Rahim, rakan yang aku ceritakan Oktober lepas baru sahaja menimang cahaya mata, tak sempat pula untuk datang berziarah.

Kepada Loqman Hakim, Selamat Pengantin Baru semoga berbahagia melayari kehidupan baru bersama insan tersayang. Bukan untuk sehari dua, tetapi selamanya. Amiinn.


Sempitnya Kamu

/ July 7, 2012 /
Hubungan sesama manusia memang unik. Hubungan ini boleh diceraikan kepada beberapa peringkat, di mana setiap peringkat itu dibezakan dengan batasan - batasan tertentu. Oppss jangan serius sangat bila membaca pendahuluan seperti ini, kerana aku dah takde idea macamana nak mulakan entri Sempit ini.

Peringkat yang aku sebutkan di permulaan tadi, kalau anda setuju, kita mulakan dengan kenalan, kemudian kawan, sahabat, kekasih dan seterusnya pasangan hidup. Anda setuju atau tidak jika aku katakan semua peringkat itu berbeza?

Pada peringkat kenalan, amatlah tipis perkara - perkara yang sering dibincangkan, pengetahuan mengenai kenalan juga amat cetek dan longgar, dan jika di berikan penambahan sedikit demi sedikit, status hubungan mungkin boleh bergerak ke satu tingkat lagi, kawan!

Begitu jugalah seterusnya sampai ke suatu masa, tiada apa lagi rahsia antara 2 individu dan pastinya hubungan itu sangat isitimewa. Hubungan ini tidak membawa apa - apa makna sekiranya tiada interaksi, komunikasi dan seumpamanya. Maka, ia sendiri tidak boleh disebut sebagai hubungan, sebaiknya disebut perbuatan janggal.

Bersama rakan blogger, Hana Zaty

Apa sekalipun jenis hubungan yang anda jalin, pastikan anda tahu batas dan bagaimana untuk mengekalkannya. Sesetengah perkara yang aku tidak paham, perhubungan sesama manusia ini suatu yang sukar, tetapi adakala mereka mudah melompat in atau out. Jika berlaku sedikit perbalahan, hubungan yang akrab pun boleh terputus begitu sahaja.

Tetapi, tidak lama kemudian, seperti meludah ke langit, datang semula dan terlupa apa yang di sebut sebelumnya. Adakah tindakan itu sekadar permainan perasaan, tujuan berhibur dan meminta perhatian? Jangan sempitkan fikiran. Manusia ini seakan sama tetapi percayalah ia berbeza. Berbeza citarasa, berbeza kepercayaan, berbeza segalanya.

Jika anda tidak dapat menerima perbezaan yang ada pada anda dan rakan anda, adakah itu menjadi penyebab anda memutuskan hubungan? Seperti contoh la, aku penyokong pasukan Selangor, dan abang aku peminat setia pasukan Perak, adakah perlu aku dan abang putus saudara?

Seperti kata - kata "Shared joy is a double joy; shared sorrow is half a sorrow", menjelaskan perhubungan adalah suatu yang menakjubkan, jadi kenapa perlu putus kawan, putus saudara disebabkan perkara yang remeh - temeh? Egois? Sudah - sudahlah, jangan nak tunjuk ego sangat. Jangan sempitkan fikiran anda.

Apa pun, aku tidak menuding kepada sesiapa yang khusus. Cuma, mungkin sebagai isi diskusi sahaja, jika terkena kepada sesiapa yang berkenaan, aku minta maaf, tiada niat di hati. Jadi, mari jalinkan hubungan yang sihat, barulah seronok sikit. Hahahh,

Persediaan Temuduga

/ July 2, 2012 /
Minggu lepas, aku menyertai Sukan MARA SeMalaysia Ke VII di GMI Bangi, keputusan Team Futsal (Terbuka) Johor tersangkut di suku akhir. Bagi tournament tersebut, aku hanya menjaringkan 1 gol je, lebih banyak memanaskan bangku simpanan. Frust pun ada tapi takpelah, arahan Pengurus kan??

Apa yang hangat di perkatakan kini? EURO? Eyriqazz vs Denaihati? Uhmm, benda tu mungkin hangat di blog/laman lain kot, di blog ini timbulnya persoalan mengenai persediaan menghadapi temuduga PLV J41 MARA yang akan berlangsung dalam bulan Julai ni rasanya. Ya, aku PLV MARA dan pernah menulis mengenainya sebelum ini.

Rata - rata sahabat sekalian yang singgah membaca, memberi komen dan bertanya soalan, mereka bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan ujian teori/amali semasa proses temuduga tersebut. Apakah persediaan yang perlu untuk temuduga.

Baik. Ada 3 perkara yang ingin aku perjelaskan di sini. Pertama, aku menghadiri temuduga MARA pada 2009, dan sekarang 2012. Dalam tempoh masa ini mungkin telah berlaku perbezaan bagi proses temuduga. Apa yang aku ceritakan dalam entri Aku PLV : Temuduga adalah pada tahun 2009.


Perkara kedua, berkenaan ujian teori/amali. Aku berpendapat, walau apa pun jenis ujian yang bakal di berikan, samada ujian teori bertulis, ujian lisan, temuduga formal, ujian amali, apa yang penting adalah diri anda! Knowledge is King. Anda sediakan diri anda dengan pengetahuan yang sebaiknya berkenaan dengan bidang yang anda pohon. 

Nah. Jika anda sudah bersedia sebaiknya, bagilah pelbagai bentuk ujian pun, aku rasa ia tidak mendatangkan masalah sangat. Jika di minta untuk mock-teaching, persembahkanlah dengan yakin dan lancar. Jawab soalan dengan tenang, elakkan membebel dengan diri sendiri. Hahahh,

Perkara ketiga, softskills. Ha..Benda ni tak sama dengan semua orang, jadi dengan masa yang ada develop lah softskill, kalau gemuruh minum la air garam banyak - banyak ....ok, ini aku tipu. Maksud aku, bukan sahaja prepare dari segi knowledge, kena prepare juga tuan punya badan. Gaya bahasa, intonasi suara, fokus dengan pendapat & hujah dan banyak lagi sebagaimana yang aku pernah tulis dalam entri Temuduga : Punca Kejayaan.

Aku rasa setakat ini sahaja perkongsian aku. Secara peribadi, mana - mana temuduga pun lebih kurang sama sahaja konsepnya, jangan dirisaukan sangat hal ujian teori ke, ujian amali ke, yang penting, apa yang anda mahu jawab jika di tanya panel penemuduga kelak. OK, sekian.

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap