padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Ronaldo Bersara

Ronaldo Bersara

/ February 17, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Mood bercuti ni, banyak juga masa untuk aku luangkan untuk berada dalam talian. Sambil mencari info untuk di masukkan dalam pengajaran, sempat juga menjelajah ke blog rakan - rakan, membaca kisah, pengalaman ataupun info yang di coretkan mereka.


Antara yang menarik perhatian aku, ialah artikel berkenaan persaraan bintang bola sepak Brazil, Ronaldo. Antara artikel yang mula - mula aku baca ialah tulisan saudara MohdNadri, :D dan seterusnya aku mencari info yang lebih lanjut mengenainya.


ronaldo bersara
Sumber : usatoday.com

Ronaldo Luiz Nazario de Lima, atau lebih di kenali sebagai Ronaldo mengumumkan persaraan pada 14 Februari dengan penoh emosi, dan antara sebab beliau mengumumkan persaraan pada umur 34 tahun adalah kerana badannya sudah tidak mampu untuk bermain bola sepak. Ini berikutan kecederaan serius yang berulang dan bentuk tubuhnya yang semakin membesar :D


Bagi peminat bolasepak, semestinya amat mengenali pemain ini. Beliau merupakan sebahagian dalam pasukan Brazil 1994, dan menjadi bintang pada Piala Dunia 1998 dan 2002, sebelum mengakhiri rekod gemilangnya pada Piala Dunia 2006. 15 gol sepanjang 4 musim sudah cukup untuk menobatkan dirinya sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman (sehingga 2010).


Kelincahan, keazaman, kekuatan dan penyudah yang berbisa sentiasa menggerunkan pihak lawan. Aku gemar memonton semula semua jaringan yang di hasilkan Ronaldo, baik ketika di Barcelona, Inter Milan mahupun Real Madrid. Di kemuncak prestasinya, beliau menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang tidak boleh di sekat, sehinggakan beliau di panggil 'The Phenomenon'.


Yang paling di kenang, semestinya gol terakhir Ronaldo di Piala Dunia, gol ke tiga sewaktu Brazil menumbangkan Ghana di peringkat kedua. Ronaldo berjaya melepasi perangkap offside, berhampiran garisan tengah padang, dan melakukan larian solo, memperdayakan penjaga gol sebelum menolak mudah bola ke gawang. Ciri sebagai penyerang sejati masih kekal walaupun ketika itu dia di kritik hebat mengenai prestasinya.

gol ronaldo
Aku berpendapat, Ronaldo bukan di kenang sebagai pemain terhebat sepanjang zaman, tapi lebih tepat sebagai penyerang sejati sepanjang zaman. Pengundurannya dalam dunia bolasepak amat dirasai, tetapi persaraan adalah pasti. Cuma tak tahu bila dan bagaimana keadaan persaraan itu.


"Dengan pengumuman ini, rasanya seperti itu kematian pertama saya.." Katanya.



Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap