padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Otak Berkarat

Otak Berkarat

/ February 6, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Pastinya, ramai antara kita sudah mula ke tempat asal masing - masing, pelajar kembali ke sekolahnya, pekerja kembali ke pejabatnya dan pelbagai lagi aktiviti seperti asal. Cuti 4 hari boleh di kira panjang juga bagi pekerja macam aku nih.


Perlambakan limau sememangnya di duga apabila menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Jiran aku juga tidak keberatan memberikan berkotak - kotak limau untuk di makan hehee.. Tatkala asyik menonton televisyen, boleh juga mengunyah limau.


Namun itu bukanlah perkara yang menyampaikan maksud tajuk kali ini. Otak berkarat? Orang Melayu ini memang banyak simpulan bahasa, yang mana kadang - kadang memberi maksud baik, dan adakala sebaliknya. Otak berkarat ni maksud apa?..


Pernah juga aku terdengar, orang kata semakin berumur, semakin berkarat otaknya. Aiseh, dah berumur sangat ke aku ni? Belum pun lagi suku abad rasanya.. Apakah cara terbaik menghilangkan karat tu? Kalau dari segi kimia mungkin boleh, tapi otak - entahnya.


Bukan apa, sekarang ni susah betul nak cari idea, nak mengarang dan menulis. Nak kata takde idea langsung, memang mustahil kan, cuma bila jari jemari mula mengetuk kekunci huruf ni, terhenti serta merta. Nak kata banyak masalah yang merunsingkan, aku rasa hidup seperti biasa.


Di jadikan cerita lagi, 7 Feb ni aku akan menghadiri Peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam, PLV J41 di Seri Kembangan. Ada yang turut sama ke? Tapi masalahnya berkali - kali baca dan study pun, boleh lupa dan tak ingat saja. Rasa geram pulak kenapa susah sangat mahu ingat. Kalau bukan soalan fakta, memang aku dah goyang kaki je.


Nak bawa toyol ke dewan peperiksaan? Emm.. Entahlah, bukan berbangga diri, tapi jujurnya sekali pun aku tak pernah membawa sebarang nota yang tidak di benarkan untuk memasuki dewan peperiksaan. Itu prinsip aku yang aku kekalkan semasa belajar dulu. Bukan apa, peperiksaan dibuat untuk menilai prestasi diri, kalau dah bawa toyol, itu menipu prestasi diri sebenarnya. :D


Aku rasa jalan terakhir ialah meminta doa. Doa aku dan kalian semua, mudah mudahan aku dapat menjawab dengan tenang, dan di permudahkan untuk LULUS. Masa Kursus Induksi dulu pun takut juga, tapi Alhamdulillah lulus dengan jaya. Untuk ujian kali ini, harap - harap ia mudah :D Sekian,


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap