padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Anda dan Hantu

Anda dan Hantu

/ February 16, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Hihihihihhhhiiiii ~ Tidak dapat di pastikan itu huruf terbaik untuk merekodkan hilaian tawa seekor hantu yang sedang bersenang lenang di atas pokok sana. Hilai tawa yang nyaring, dan kadangkala mendengus membuatkan dada berdegup kencang, dan hayunan kaki juga turut menderap laju.


Mengimbas semula pengalaman aku di ganggu lembaga terbang tempoh hari. Seperti biasa, aku akan mengambil bas dari Johor, 9 malam dan akan sampai ke kawasan kampung aku jam 4 pagi. Bas berhenti di jalan besar, dan aku perlu berjalan kaki sejauh 200 m agaknya, untuk sampai ke pintu rumah.


Menuju 100 m lagi, ada sebatang pokok besar yang memang rendang. Masa tu aku tidak terfikir pula apa yang ada di situ, sebabnya aku lebih fokus untuk memerhati sekeliling, takut - takut ada haiwan liar seperti anjing, ular dan sebagainya,maklumlah hutan. Nak mengejutkan orang tua aku, rasa keberatan pula.


Sebaik aku melintasi kawasan pokok itu, tiba - tiba bulu roma aku meremang naik, serentak dengan itu pokok berkicauan dan aku melihat lembaga terbang sambil mengilai.. MasyaAllah, dengan tenaga yang ada, aku lari sekuat hati, menuju ke rumah. Memperihalkan keadaan itu, aku berlari sambil membawa beg sandang dan beg laptop, menuruni bukit yang jalannya di penuhi batu kerikil.


Aku tak fikir risiko dah. Bahaya entah ke mana, asalkan aku sampai ke rumah. Sebaik sampai mak aku bertanya mengapa pucat dan agak keletihan. Nak bercakap pun rasa tak terkeluar, takut sangat agaknya.. Dan setelah beberapa ketika, baru aku menceritakan keadaan sebenar. Kisah ini menjadi gelak tawa di subuh hari.


najihah sahami

Hantu macam ni, aku yang kejar!! Pic : najihahsahami.blogspot.com

Rupanya, diorang pun dah selalu kena, adehh! Patutlah pokok tu dari dulu lagi memang tidak di tebang dan di bakar, tiada siapa yang berani kui3.. Kalau di tanya bentuk dan rupa lembaga tu aku tak dapat nak meneka, sebab aku tak sempat nak tengok, dah cabut lari hehee.. Kalau macam Maya Karin pun, aku lari juga, pasal dah tahu, hantu!


Aku rasa, kasihan pada golongan hantu ni, kalau dulu 'mereka' ini sangat misteri, dan sukar ditemui, tapi sekarang tiada lagi privasi untuknya. Boleh katakan setiap bulan, malah tidak melampau di katakan setiap minggu ada sahaja tayangan cerita hantu di layar perak mahupun televisyen. (Mana privasi kami? - dialog hantu agaknya)


Kalau perangai manusia macam hantu, memang susah nak di bendung. Lebih baik di beri pelempang daripada membenarkannya makan lempeng. Hahaa.. Kalau gigi macam hantu, segeralah ke klinik, takut nanti pasangan tak tidur malam pulak hehee.. Kalau muka macam hantu? Erkk.. redha je lah, itu pemberianNya.


Pengalaman anda dan hantu??


Note : Happy 24th birthday to missSenget


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap