padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , , » Mengejar Prestasi

Mengejar Prestasi

/ February 19, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Masih teringat sewaktu di zaman persekolahan, persaingan mendapat tempat yang terbaik dalam kelas amat tinggi. Bila keputusan peperiksaan di umumkan, memang akan berdebar juga, adakah akan mendapat tempat yang lebih baik, sama atau lebih buruk? Yelah, itu semua populariti.


Dapat kedudukan terakhir akan popular juga, tapi takmahu la popular macam tu, hehee.. lebih baik popular di tempat pertama, atau top 10 sekurang - kurangnya. Apa kelebihan bila dapat tempat yang baik ni? Memang banyak (bergantung pada keadaan la).. Kalau pelajar cantik, no 1 pulak tu, memang jadi rebutan dan sebutan la.


Nampak kan? Yang popular akan terus popular, dan yang di pertengahan tu macam ada dan takde je. Ok, baik. Cuba kita perhatikan perkara semasa keputusan peperiksaan, adakah selamanya pelajar di barisan pertengahan akan berada di situ, atau tak mustahil boleh pergi ke kedudukan yang lebih baik?


Usaha. Semua itu bergantung pada usaha. Sejauh mana usaha kita untuk berada di tempat terbaik? Adakah hanya berdoa siang malam, tanpa membuat sebarang rujukan dan bacaan mampu menempatkan kita dalam 1o pelajar terbaik? Bagi aku, kita akan dapat setimpal dengan apa yang kita usahakan.


sabar
pic : chlorenology.blogspot.com

Blog entri kali ini mengajak hal yang demikian dalam konsep berblogging. Adakah kedudukan prestasi blog berada di tahap terbaik? Kalau ya, kerja anda lebih mudah, iaitu untuk maintain sahaja, tetapi yang masih belum berpuas hati? Adakah hanya berdoa siang malam sahaja tanpa melakukan apa - apa usaha, blog anda boleh mengatasi populariti facebook? (sekadar contoh)


Ada yang bekerja keras untuk mempromosikan blognya, ada yang mengambil kesempatan, ada yang hanya goyang kaki. Berbagai - bagai usaha boleh di lakukan, jadi terpulang pada kita mahu mengambil jalan yang lebih mudah atau sebaliknya. Aku tak menggalakkan salahlaku etika dalam berblog sebab masih banyak cara dan kaedah yang relevan.


Salah satu cara yang paling murah dan mudah, adalah pemahaman dalam permainan konsep SEO. Aku tak jamin perkara ini memberi 100% kejayaan, tapi ia sekadar best practice untuk mengoptimakan blog kita dalam enjin carian. Supaya blog kita lebih mudah di indeks dan dijumpai oleh pelayar internet.


Mengulas mengenai SEO, aku bukanlah orang yang tepat untuk di jadikan rujukan tetapi melalui rujukan dan beberapa bacaan, aku menyimpulkan ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk berjaya. Pembangunannya memerlukan masa, dan aku rasa itu lebih baik daripada meniti kejayaan sekelip mata.


Memetik kata - kata Cikgu aku dahulu, " Orang yang cepat naik, dia juga akan cepat turun.." Dan aku bertanya, kenapa boleh jadi begitu? Jawapannya, "Orang itu tertinggal satu nilai semasa ia sedang naik, jadi ia tidak dapat menggunakannya semasa turun. Nilai itu ialah kesabaran.."


Apa yang dapat di rumuskan, dalam kita mengejar prestasi terbaik, pastikan usaha kita juga sama dengan apa yang di harapkan. Lakukan dengan berperingkat, dan pembangunan itulah yang memberi kita kejayaan yang berpanjangan, mudah - mudahan.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap