padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , » Semuanya Sama Sahaja

Semuanya Sama Sahaja

/ February 26, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Syukur pada Tuhan kerana masih lagi berpeluang menulis, berkongsi idea, memberi pendapat serta mengimbas kenangan dan pengalaman lalu untuk di jadikan teladan atau pun sempadan. Apa yang boleh di jadikan pengajaran, aku berharap sekurang - kurangnya memberi anda idea untuk saling memperbaiki, kerana aku sedar aku juga tidak sempurna.


Kalau di lihat, komuniti blogger masakini memang bergerak ke arah positif. Pelbagai tips, panduan dan seangkatan termasuk tutorial, info blog berada di mana - mana. Kewujudan blog entri seperti ini sebenarnya membuktikan keprihatinan sesama blogger. Terpulang kepada individu yang mahu mengambil intipati panduan tersebut ataupun sebaliknya.


Segala panduan dan tips ini di kongsikan hanya untuk menjadikan komuniti ini meriah, dan saling berjaya. Perkongsian tutorial untuk layout dan template, sememangnya menjadi teladan yang baik, bagi sesiapa yang mahukan dekorasi blognya menjadi lebih kemas dan menarik. Juga, perkongsian mengenai tips blogging amat berguna kepada yang serius dalam berblog.


Justeru, memang tidak dapat di nafikan lagi, siapa sahaja boleh berkongsi tips, panduan dan tutorial, kerana perkara inilah yang akan menghampirkan kita kepada kesempurnaan. Jika kita lihat secara peribadi, kenapa ada ruang di antara jari - jari kita? Ini kerana, ia akan di lengkapkan dengan jemari orang lain. Begitu juga dalam kehidupan, termasuk komuniti blogging ni, :D


Ada di antara blogger lain yang bertanyakan aku mengenai panduan berblog ni. Terima kasih kepada yang bertanya. Di antara perkara yang di bicarakan ialah tips berblog, rata - rata blogger dah buat, dan mempunyai idea dan cara masing - masing, jadi aku tak perlu lagi rasanya, at least aku ada cara yang lain daripada yang di sebutkan. Bukan apa, bosan juga tips yang sama je di publish kebanyakan blogger.


Sebagai contoh, banyak blogger yang dah post mengenai SEO, kepentingan SEO, membina blog yang mesra SEO. Jadi, tak perlu la lagi aku tulis mengenainya, just cari di blog yang dah sedia ada kan lagi senang :D Lagipun aku ni tak berbakat la mengajar dalam bidang ni hehee.. Kalau dalam bidang gas asli, nak merekabentuk sistem perpaipan, tangki, loji pandu uji, mungkin aku pertimbangkan hehee..

overpressure protection
Kalau nak setting regulator - overpressure protection, boleh tanya :D

Kenapa aku cakap tak berbakat? Sebab dalam blog ni, hanya ada satu je tutorial yang pernah aku buat, dan ramai yang tak faham, wakakaaa.. tutorial autoslide menu di sidebar. Sebab tu aku dah tak buat tutorial dah, huhuuu.. Bukan apa, terasa kekurangan sangat bila orang tak paham apa yang di ajarkan.


Itu kes tak paham, kalau ajaran sesat, lagi naya kan? Kalau korang perhatikan jugak, blog ni kurang tentang isu agama. Bukan bermaksud aku tak pentingkan agama, tapi sebab agama tu penting la, aku tak buat sewenang - wenangnya. Kena banyakkan pembacaan dan kefahaman yang jelas sebelum buat entri mengenai agama.


Sama halnya dengan tips blogging nih, aku takmahu ajaran sesat pulak nanti :D Banyak yang aku kena pelajari kalau - kalau aku teringin nak buat tutorial ataupun tips. Kepada ciktom, persoalan kenapa aku masih tak post pasal SEO tu, blog entri ni aku dah sediakan jawapannya, hehee


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap