padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Tempoh Bertenang

Tempoh Bertenang

/ December 16, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Masa menginjak seperti biasa. Detik demi detik, jam, hari dan yang pasti kita sudah menghampiri penghujung untuk 2010. Putaran masa tidak pernah sekali pun gagal mengikut peraturannya, melusuri hari demi hari, dengan pengisian yang di tentukan sendiri oleh penghuninya.


Kanak - kanak tersenyum riang, di saat menghabiskan cuti sekolah, ada yang mengambil kesempatan untuk berkhatan, dan tak kurang juga yang berkunjung ke desa, menziarah datuk dan nenek dan mungkin bercuti dan melancong bersama keluarga baik dalam dan luar negara.


Kilang - kilang di industri juga ada yang memberhentikan pengoperasian, dengan berbagai tujuan. Pastinya, selenggaraan terhadap mesin, dandang atau apa sahaja yang melibatkan pengoperasian perlu di lakukan supaya kecekapan, keselamatan dan tahap keupayaan sesuatu mesin dapat di tingkatkan.


Melihat dari 2 situasi di atas, keperluan tempoh bertenang amat penting dalam menjaga mutu dan prestasi untuk satu jangka masa akan datang. Sepanjang tahun pelajar telah di dedahkan dengan keperluan akademik, maka sekurang - kurangnya mereka di beri masa untuk relaks, bersantai melakukan aktiviti bersama keluarga dan sahabat handai.


Begitu juga dengan di industri. Pengoperasian dandang yang sememangnya kita tahu, berterusan 24 jam tanpa henti, maka elok kiranya dalam suatu tempoh masa, ia perlu di selenggara, di perbaik supaya pengoperasiannya sentiasa berada di dalam tahap terbaik.


cubaan
Aktiviti Masa Lapang


Aku sendiri juga memerlukan tempoh bertenang. Sesekali keluar dari kepompong kerjaya, rasa seronok juga. Bila tengok balik rekod cuti masih banyak berbaki, elok rasanya aku mengambil cuti panjang, boleh juga mengambil kesempatan cuti bersama keluarga di kampung halaman.


Menyorot blog entri Warnnie, "Hidup seorang blogger part-time seperti aku menuntut banyak tugas lain untuk diselesaikan. Jadi, adakalanya blogger memerlukan tempoh bertenang untuk mengumpul semula tenaga yang ada, mungkin juga untuk mencari idea untuk memberikan perubahan dan "rasa" kepada kandungan blog yang semakin lama semakin menjadi sebahagian daripada hidup seseorang blogger itu."


Selain berehat dari kerja, berehat juga dari berblogging - yang sudah di kira rutin harian. Di kesempatan itu, boleh juga memperbaiki minda untuk mengeluarkan idea - idea yang lebih baik dan berguna untuk pembaca. Memasuki tahun kedua bersama padinno.com, maka perlu bagi aku untuk mengemaskini dan memperbaiki segala kekurangan yang ada.


Aku mengharapkan, segala catitan, pengisian dan info yang ada dalam padinno.com ni, kalau tidak dapat memberi sepenuh penjelasan, sekurang - kurangnya memberi idea untuk kita terus mencabar diri kita menjadi yang terbaik.


Note : Kepada Comeybelako, aku dah dapat tahu kesudahan cerita Lingkaran Terkunci : Bilangan 99. hehehee


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap