padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Natrah

Natrah

/ December 5, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke dalam Panggung Sari, Istana Budaya amat mengujakan. Kalau sebelum ini hanya mendengar dan membaca petikan dari akhbar dan majalah, kini aku menyaksikan sendiri kehebatan panggung seni ini.


4 Disember, bersamaan hari Sabtu, aku bersama 25 pelajar IKM Johor Bahru, beserta 9 lagi tenaga pengajar yang lain mengikuti program menonton teater Natrah : Musim Kedua, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Kumpulan kami di beri promosi dengan separuh harga, dan kami memilih harga yang paling rendah, bersamaan RM15.


Kedudukan kami dalam dewan tidaklah teruk sangat. Berada di barisan pertengahan, dan mendapat sudut pandang yang baik untuk keseluruhan persembahan. 2 jam persembahan, nyata tidak membosankan, malah sangat mengujakan. Persembahan yang di selang selikan dengan tarian dan nyanyian benar - benar membawa penonton hanyut dalam Natrah.


Secara ringkasnya, Natrah mengisahkan Huberdina Maria Hertogh, gadis keturunan Belanda yang di serahkan ibunya, Adelaine kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah di tawan tentera Jepun. Maria telah di beri nama Natrah, dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.


Sarjan Hertogh di bebaskan selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, dan pulang ke Jawa untuk mencari anaknya, Maria. Natrah di jumpai oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Natrah di bawa oleh Che Aminah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.


natrah
Bersama Author Locke

Berlaku perebutan hak penjagaan Natrah di antara Che Aminah dan ibu bap kandungnya. Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan rusuhan di Singapura. Akhirnya pihak mahkamah memutuskan Natrah milik ibu bapa kandungnya. Persoalan timbul di akhir persembahan di mana saat Natrah menghembuskan nafas terakhir, tidak di ketahui samada dia masih dalam Islam atau sebaliknya.


Aku tak dapat mengulas lanjut mengenai keseluruhan cerita kerana aku pun tak tahu sangat kisah ni. Mungkin untuk lebih pemahaman, aku perlu melakukan pembacaan lain. Yang jelas, bagi aku yang kali pertama menonton teater, persembahan Natrah amat mengujakan.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap