padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , » Sabah Tea | Nyaman dan Mempesona

Sabah Tea | Nyaman dan Mempesona

/ November 13, 2016 /
Matahari muncul lagi. Percutian ke Sabah diteruskan pada hari kedua, dengan mengarah ke Ranau. Destinasi pelancongan yang PR dan ciktom tuju adalah Poring Hot Spring, "Tagal" Sg Moroli - Kg Luanti dan Sabah Tea Garden. Jarak antara tempat penginapan, Mile 36 Lodge ke Sabah Tea Garden lebih kurang 40km.

Dalam perjalanan ke Sabah Tea Garden, PR singgah melencong ke Poring Hot Spring. Kawasan air panas semulajadi yang menawarkan beberapa aktiviti menarik buat pengunjung antaranya termasuk aktiviti air, trekking (canopy walk), gua kelawar dan keindahan taman kupu - kupu.

mercu sabah tea

Sabah Tea Garden
Merupakan kawasan penanaman dan kilang memproses teh. Ladang teh yang luas, penuh kehijauan saujana mata memandang. Back to basic, PR merupakan nature lover.. jadi pemandangan seperti ini sangat menenangkan. Entah kenapa, perasaan terasa sangat kuat tambah pula berada di persekitaran Gunung Kinabalu, sayup mata memandang kelibat sang gunung.

pemandangan jalanraya kundasang-ranau
Jalanraya Kundasang-Ranau

papan tanda pintu masuk sabah tea garden
Papan tanda pintu masuk Sabah Tea Garden

jalan ke sabah tea garden
Jalan yang curam dan berbatu

Terdapat kemudahan penginapan yang disediakan serta pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Sabah Tea Garden. Ada 4 pakej mengikut kesesuaian disediakan bagi pelancong yang memilih untuk 2D1N trips. PR memilih untuk membuat lawatan ke kilang pemprosesan (mengambil masa lebih kurang 1 jam). PR tiba agak lewat, cadangan terbaik di antara jam 8 pagi hingga 12 tengahari.

Sabah Tea are 100% pesticide-free and always without added colouring

PR dan ciktom diberikan penerangan sepenuhnya berkaitan pemprosesan teh. Cuma, kami terlepas aktiviti memetik daun teh (harvesting), kerana dimaklumkan aktiviti tersebut dilakukan pada 6 - 11 pagi. Terasa ingin juga merasai pengalaman memotong dan memetik dauh teh segar di ladang.

7 Langkah Memproses Teh
Berikut, merupakan ringkasan mengenai pemprosesan daun teh
  • Harvesting - proses memilih dan memetik daun teh
  • Withering - proses mengeringkan daun teh dan mengurangkan 60% kelembapan
  • Rolling - melalui Rotovane machine untuk memotong dan membentuk serbuk teh
  • Fermentation - proses pengoksidaan, pembentukan aroma
  • Drying - proses pengeringan serbuk teh sehingga kelembapan 3 - 5%
  • Sorting - proses mengred serbuk teh
  • Packaging - proses terakhir sebelum teh sedia untuk dijual
Kemudiannya, PR di bawa ke makmal pengujian teh dan diterangkan perihal cara atau kaedah menguji teh organik atau pun teh yang telah ditambah pewarna. Dengan menggunakan air sejuk (suhu bilik), tuangkan serbuk teh dan lihat sekiranya warna berubah dengan cepat, confirm teh yang ditambah pewarna!

lawatan kilang pemprosesan teh

Menghirup Teh Menikmati Keindahan Alam
Tamat lawatan, PR menghilangkan dahaga, memesan Sabah Tea Original Flavour (small pot - 2 person). Rasanya, PR habiskan 4 cawan dan ciktom 2 cawan. Memang asyik percutian kali ini, sambil berbual, menghirup air teh panas dan dibentangkan ladang teh menghijau yang luas dan mempesonakan.

menu sabah tea restaurant
Antara pilihan menu yang disediakan

bersama tourist guide

PR pernah menjejak kaki ke ladang teh Cameron Highlands, tapi itu cerita 16 tahun yang lalu. Mungkin suasana dan perasaan agak berbeza apabila trip bersama rakan sekolah dan juga pasangan sendiri. Jika ada kesempatan ruang dan waktu, ingin juga menjejak kaki semula ke tanah tinggi itu.

kedai jualan sabah tea

Masih ada Waktu
Jam menunjukkan 2 petang, masih ada waktu untuk bergerak ke destinasi seterusnya. 500m dari pintu masuk Sabah Tea, PR singgah di Tagal Luanti Fish Spa. Langit mendung awan berarak laju, PR ambil keputusan bergerak ke Kundasang, menuju satu lagi destinasi popular, Kundasang War Memorial yang terletak berhampiran dengan lokasi Desa Cattle Dairy Farm

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap