Tahun 2016 agak senyap cerita pasal hobi koleksi diecast model. Pemburuan tahun ini jauh berbeza dengan tahun 2015. Faktanya, PR hanya membuat pembelian garaj untuk projek diorama pertama, yang nampaknya belum menampakkan jalan kesudahan. Namun, model - model cun yang dah ditilik sentiasa dalam radar.
Sejak berpindah ke rumah sewa baru ini, PR masih tidak membuka dan mempamerkan koleksi sedia ada di rak khas sebaliknya masih menyimpan di dalam kotak simpanan. Cuma sekali sekala bagi melepas rasa rindu, keluarkan dari kotak sebentar dan meluang masa bersama. Ciktom pun nampaknya dah boleh terima hobi kegilaan ini. :P
Model Skala 1:64 Jadi Buruan
Menyorot sejarah lama, PR mula mengumpul diecast model skala 1:64 pada 1993. Model pertama adalah Ford LTD Police Car, keluaran Matchbox yang berharga RM3.90. Model ini masih disimpan di kampung, cuma warna asal telah digantikan dengan warna baru.
Gambar asal Ford Ltd Police Car, Matchbox (1993)
Bermula dari situ, lebih banyak lagi model diecast berskala 1:64 menjadi buruan termasuk model Opel Calibra (Hotwheels, 1998), Ferrari 348 (Hotwheels, 2001) dan Honda Civic SI (Hotwheels, 2001). Sehingga hari ini, terdapat 48 buah model diecast berskala 1:64.
Model yang ke-48 adalah Nissan GT-R Nismo (Tomica LV, 2015) yang berharga RM85.00. Pada tahun ini, untuk mengelakkan sejarah buruk, PR bercadang untuk mendapatkan model diecast Honda Odyssey. At least, ada juga pemburuan pada tahun ini, hehee
Kegunaan Diecast Model
Pada awal pembabitan, koleksi ini digunakan untuk 'bertarung' dengan koleksi rakan lain. Perlawanan tersebut adalah 'destructive games', dimana model yang pecah dikira kalah. Maklum saja pemikiran kanak - kanak berusia 7 tahun, masih belum mengerti makna 'sayang' harta dan mainan sendiri.
Mujur, kereta Ford Ltd Police Car ini tahan lasak dan memenangi 2 'destructive games'. Namun, permainan ini tidak diteruskan kerana amat merugikan bagi pihak yang kalah, manakala yang menang tidak mendapat untung apa -apa.
Ford Escort RS Cosworth, Matchbox (1994)
Meniti usia awal remaja, PR menggunakan model - model cun ini untuk tujuan berlumba. Secara purata, 2 jam diperlukan untuk melengkapkan perlumbaan. Model kereta bergerak menggunakan daya tujahan spring pen. Anda boleh bayangkan?
Usia 20-an, PR melihat koleksi ini kepada harta yang harus dilindungi, dijaga dan dimanja. Seronok juga melihat semua model dikumpul dan disusun rapi membuatkan sudut dekorasi menjadi lebih menarik. Boleh ambil gambar, dan senyum - senyum sebelum melelapkan mata.
Custom Diecast
Pasti lebih menarik kalau koleksi ini berbeza dengan pengumpul yang lain. PR pernah mengubahsuai warna kereta yang telah pudar dan bercalar, namun hasilnya kurang memuaskan. Memang teringin sangat untuk mengubah sekurang - kurangnya rim yang lebih menarik, kemasan cat dan pusat graviti yang lebih rendah. PR kena cari tok guru untuk custom diecast.
Nota Kaki:
Di bazar karat JB khabarnya ada seorang pakar custom diecast. Jom kita pergi terjah!
0 comments