padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » 6 Langkah Urus Bisnes Cekap dan Berkualiti

6 Langkah Urus Bisnes Cekap dan Berkualiti

/ November 12, 2016 /
Prinsip dan pelaksanaan ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti menekankan 6 langkah wajib yang perlu dilakukan oleh organisasi bagi mencapai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.

A quality management system which affects all the processes in the company.
Umumnya, organisasi adalah sekumpulan orang yang bekerja bersama untuk mencapai tujuan bersama. Tidak kira samada organisasi terarah kepada penghasilan produk atau penyedia perkhidmatan, pastinya mengharapkan sistem dan proses kerja dapat beroperasi secara cekap dan berkualiti.

Apabila visi organisasi adalah berkaitan penjanaan keuntungan, maka 6 langkah wajib yang digariskan dalam ISO 9001 wajar dilaksanakan. Meminimakan kesilapan yang boleh mengakibatkan kerugian dan melakukan perkara yang betul pada pertama kali. Ini falsafah organisasi yang berjaya!


6 Langkah Urus Bisnes Cekap dan Berkualiti

1. Kawalan Dokumen
Dokumentasi merupakan teraju utama bagi sebuah organisasi. Dokumen merupakan rujukan bagi menyatakan hala tuju, perancangan strategik, prosedur kerja dan mungkin juga sebagai penunjuk arah bagi menjalankan operasi organisasi. Tanpa dokumen yang jelas, perjalanan bisnes pasti tidak lancar dan berpotensi huru hara.

Sebagai contoh, anda dan rakan kongsi ingin menambah pendapatan melalui perniagaan, sedangkan kedua - dua dari anda tiada pengalaman berniaga. Apa yang perlu anda lakukan?

Ya! Anda perlukan rujukan, sekurang - kurangnya pengalaman orang yang pernah berniaga. Lelaki ini berkongsi bagaimana beliau menjana RM7k sebulan hanya dengan meniaga air balang.

2. Kawalan Rekod
Pembuktian pelaksanaan kerja melalui rekod. Untung-rugi mesti direkod! Modal, overhead cost dan lain - lain jangan lupa untuk dikemaskini dalam rekod. Melainkan otak anda boleh menyimpan memori secara cekap, anda boleh abaikan langkah ini. Tetapi jika anda sudah tiada di dunia ini lagi dan bisnes diserah urus kepada orang lain, apa akan jadi pada rekod sebelum ini yang tersimpan dalam otak anda?

3. Pemantauan dan Pengesahan
Anda perlu melakukan proses pemantauan dan pengesahan secara berkala terhadap rekod yang diselenggara. Pemantauan ini dibuat bagi mengelakkan penyelewengan atau kesilapan semasa proses kerja dilakukan.

audit pemantauan dan pengesahan

4. Pengukuran dan Analisa
Setelah anda mengesahkan rekod termasuk rekod jualan, modal dan lain - lain, anda boleh duduk sejenak dan mengambil masa untuk mengukur dan menganalisa kemampuan bisnes anda. Analisa tersebut mestilah melalui fakta yang telah disahkan.

Anda nampak saling kait antara rekod - pemantauan - pengesahan dan analisa?

5. Perbaiki Kelemahan Pelaksanaan
Hasil analisa yang menemukan potensi kelemahan bisnes anda harus segera dibaiki sebelum dikhuatiri ia memudaratkan bisnes anda. Jangan tunggu lama untuk mengambil tindakan. Masa itu Emas! Sehari anda bazirkan masa, ia takkan hadir kembali.

Mungkin kena rombak strategi? Lokasi? Promosi tidak berkesan? Semak semula prinsip 7P dalam perniagaan.

6. Penambahbaikan Berterusan
Bagi menjamin kualiti, ia seharusnya tiada noktah akhir! Sebaliknya, ia perlu sentiasa dipertingkatkan, seiring dengan keperluan semasa dan kehendak pelanggan. Jangan cepat berasa puas hati dan meninggalkan 5 langkah awal yang telah anda lalui sebelum ini.

Nota Kaki:
Baru - baru ini, PR dijemput oleh IKM Johor Bahru bagi mengadakan taklimat ISO 9001:2008, dan 6 langkah di atas merupakan isi terpenting sebagai pendekatan dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti. PR ubahsuai sedikit point tersebut dalam konteks bisnes, boleh kan?

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap