padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Kata - Kata Sebagai Doa

Kata - Kata Sebagai Doa

/ September 14, 2011 /
Mood untuk blogging sudah kembali, seperti sediakala membaca, memberi ulasan, mencari idea dan menulis artikel baru untuk perkongsian dengan pembaca padinno.com. Apa yang di harapkan agar blog ini mampu memberi manfaat berterusan sekalipun sedikit kepada pembacanya.


Ayuh. Semalam, aku tertarik padatangan berdoa satu artikel yang di karang rapi oleh Saudara Eyman, dan sukacita ingin aku suarakan ulasan aku mengenai artikel tersebut. Isu Ucapan Itu Doa yang di garap kemas Saudara Eyman memang ada benarnya dan ia lebih kepada haluan psikologi.


Kata - kata, ucapan, perkhabaran berita, penulisan rencana,arahan, cacian (di sebut ucapan) merupakan suatu perkara yang perlu kita awasi. Ucapan boleh di pecahkan kepada 3 kategori iaitu positive stroke, negative stroke dan plastic stroke.

Sumber Gambar : tendipsycho.blogspot.com

Dalam ketiga - tiga ketegori tersebut, seeloknya kita memilih positive stroke, supaya ucapan yang kita lontarkan manis di dengar orang lain dan tidak menyakiti hati sendiri secara langsung. Berbeza dengan negative stroke, ucapan sebegitu seakan meminta penumbuk lagaknya.


Plastic stroke adalah di mana wujudnya ucapan bertindih di antara positive dan negative, terpulang yang mana dahulu untuk di sebutkan. Kategori ini juga boleh mewujudkan ketegangan sekiranya ucapan tersebut tidak boleh di terima oleh pendengar atau pelaku pilihan.


Contoh positif stroke biasa kita lihat seperti "Tahniah, anda mendapat keputusan cemerlang", manakala negative stroke seperti "Bodoh betul la, soalan senang pun tak boleh jawab". Plastic stroke? Lebih kurang macam "Sedap betul kau menyanyi, tapi lagi best kalau kau senyap!!" Hahah..


Antara tulisan Saudara Eyman yang menarik ialah .."Jika kita membuka akhbar dan melihat tajuk berita ‘Seorang Penumpang Maut Kemalangan Bas,’ ia tidak menceritakan 40 lain yang terselamat. Begitu juga, kalau kemalangan yang tidak berlaku pun ditulis, ‘Sekeluarga Nyaris Maut Kereta Terjun Gaung.’ Ia tidak ditulis ‘Sekeluarga Terselamat Kereta Terjun Gaung.’.."


Adalah lebih baik jika dodoikan kehidupan kita dengan perkara - perkara baik, manis dan indah kerana secara psikologinya kita akan merasa sentiasa positif. Kita juga di sarankan bercakap hal - hal baik, kerana itu adalah doa kepada Tuhan. Seperti kata orang, masinnya kata - kata orang tua.


Sekiranya anda betul - betul mahukan perkara yang anda inginkan, sebutlah dengan baik dan jelas kerana kita percaya Tuhan Maha Mendengar dan dengan izinNya permintaan kita akan tertunai setimpal dengan apa yang kita usahakan.


Bagaimana komen anda??

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap