padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Bagaimana Ia Bermula

Bagaimana Ia Bermula

/ January 5, 2012 /
Sesuatu yang berlaku atau tercipta hari ini, pasti ada permulaannya. Begitu juga dengan apa yang berlaku hari ini, akan menjadi titik mula bagi sesebuah perkara yang di sebut akan datang. Aku cuba mengajak anda untuk menggamit semula sejarah lama, berkenaan topik bagaimana nama gelaran/ samaran/ pena anda bermula.

Umum, manusia yang lahir akan di beri nama untuk di panggil. Objek sekeliling kita juga ada nama tersendiri dan cuba di ubahsuai mengikut gelaran - gelaran tertentu. Nama yang di berikan ibu bapa kita pastinya indah - indah dan punya maksud yang mereka gemari.

Waktu dahulu nama agak ringkas, maka terbitan nama samaran jarang - jarang di gunakan sebaliknya menggunakan nama penuh yang ringkas dan mudah di ingat. Tetapi, anak - anak kecil masa kini, nama agak panjang dan moden, kadangkala terbelit juga lidah nak menyebutnya. Maka, dengan itu terbitlah nama gelaran/samaran yang lain untuk ringkasan.

Biasanya, nama gelaran ini muncul di kalangan rakan taulan... yang mungkin mengambil nama sempena perlakuan, identiti, gaya, tempat tinggal dan beberapa cara unik lain untuk memberikan gelaran. Boleh jadi juga nama samaran di sekolah lain, di universiti lain dan di tempat kerja lain. 

Sebagai contoh, kawan aku nama sebenar Hamizan. Di kampung, orang memanggilnya Mat, di sekolah Mizan, tapi di universiti orang memanggilnya Acai. Macamana boleh jadi Mat? Dan macamana pula menjadi Acai? hehee, ada juga kawan - kawan yang di panggil mengikut tempat tinggal, "Rawang, Ketereh".. dan.... bermacam - macam gelaran lagi lah.



Di sini, pasti lebih menarik jika anda yang membaca artikel ini, sudilah kiranya berkongsi dengan pembaca lain di ruangan komen, apa nama gelaran/ samaran anda, dan bagaimana ia bermula. Kalau nak letak bagaimana nama pena (blogger) tercipta pun boleh juga. :D

Bagi aku, memang sejak dari kecil (mengikut apa yang aku dengar di rakaman suara), di panggil Padin, di sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah di universiti dan di tempat kerja orang memanggil Padin. Hatta, dalam laman sosial seperti blog dan facebook juga aku menggunakan nama tersebut. 

Hehee, walau apa pun, kalau kita terlibat dalam memulakan gelaran orang lain, gelarlah dengan nama yang baik dan bermakna, sebab nama tersebut akan sentiasa di panggil dan kita hendaklah selesakan orang yang di panggil tersebut. Lebih baik lagi, tak payah nak bagi gelaran apa - apa, guna je nama yang ibubapa diorang daftarkan. Apa kata anda? Hee,

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap