padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Apa Asal Kejayaan?

Apa Asal Kejayaan?

/ January 12, 2012 /
"Tanya sama hati, apa asal sayang, adakah tandanya nampak di pandang..." Teringat bait lagu indah yang di popularkan Seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Anakku Sazali. Cuba olah pula bait ini dengan tanya sama hati, apa asal kejayaan?

Menggapai kejayaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak aspek yang perlu di lalui, perlu di tempuh sebelum anda mengecapi sesuatu yang di idamkan. Bergantung pada apa yang hendak di capai, barangkali ia perlu usaha yang minima atau boleh jadi perlukan usaha yang berlipat ganda. Pokoknya, sejauh mana usaha anda.

Jika anda lihat, Datuk Lee Chong Wei, ikon sukan negara yang memegang gelaran pemain nombor satu dunia dalam sukan badminton. Bagaimana beliau mampu memegang gelaran tersebut, jika tanpa usaha yang berterusan dan kesungguhan yang tinggi dalam merealisasikan impian tersebut?

Sumber : dah lupa da...

Antara faktor yang menyumbang kepada penterjemahan kejayaan ialah disiplin. Walau apa jua bidang yang anda lalui, sukan, belajar, memasak dan (sebagainya), disiplin menjadi tunjang utama. Disiplin dari segi masa, minat, kesungguhan dan juga komitmen anda dalam melakukan perkara tersebut.

Selain itu, anda perlu sentiasa fokus dengan matlamat yang anda sasarkan. Lalai dan tidak bersungguh boleh meragut dan membunuh kejayaan yang bakal anda tempa kelak. Hindarkan diri dari melakukan atau terjebak sama sekali dalam perkara - perkara yang boleh melalai dan menghanyutkan minda anda.

"Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, menyembah berhala dan menenung nasib adalah termasuk amalan syaitan. Maka jauhilah, mudah - mudahan kamu beroleh keberuntungan" - Al - Maidah, ayat 90.

Jelas, dalam ajaran agama juga turut menyebut menjauhi perkara yang haram (termasuk melalaikan) merupakan kunci kejayaan. Justeru, hindarilah perkara yang melalaikan, seperti khayal melayari laman sosial sehinggakan terlupa untuk menunaikan kewajipan... dan lebih menyedihkan, ada yang taksub dan seronok meluah perasaan.. dan teruja melihat berjuta - juta rakan menekan "LIKE" sedangkan jutaan manusia itu tidak mampu memberi sebarang pahala dan kebaikan pun.

Jika sudah melakukan usaha yang terbaik, maka di saat itu tadahlah tangan anda, dengan rendah diri memohon kepada Tuhan, mudah - mudahan Dia memperkenankan segala usaha dan doa anda. Akhir kata, jadilah manusia yang bekerja keras, semoga anda akan menjadi manusia yang berjaya bagi kehidupan di dunia dan juga di akhirat kelak. :D

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap