padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Kekal Momentum

Kekal Momentum

/ January 15, 2012 /
IKM JB United (IKMJB) membuka tirai 2012 dengan kejayaan menewaskan pasukan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) 1 - 0, dan hari berikutnya berjaya menundukkan cabaran Jabatan Imigresen dengan keputusan 2 - 1 pada siri perlawanan persahabatan bola sepak yang di rangka sepanjang tahun ini. Kedua - dua perlawanan telah berlangsung di padang utama IKM Johor Bahru.


Permulaan yang baik, setelah pasukan ini berehat panjang pada November lepas. Permulaan perlawanan yang agak perlahan ketika menentang JAIJ, namum ia sedikit berbeza ketika menentang Imigresen pada hari berikutnya. 


"Pemain melalui rehat yang panjang, dan kita jarang - jarang mengadakan latihan. Dari segi stamina memang jelas pemain kita perlukan improvement. Kita menang dengan satu gol, dan mereka kalah kerana mereka gagal menghasilkan sebarang gol", ujar Pengurus pasukan, En. Khairul selepas tamat perlawanan menentang JAIJ.


Dalam perlawanan tersebut, Hanif menjaringkan gol tunggal perlawanan, menghukum kesilapan pertahanan pihak lawan memberi ruang untuk beliau melakukan percubaan. JAIJ juga melakukan beberapa percubaan bahaya tetapi ketangkasan penjaga gol IKMJB wajar di puji dalam menafikan setiap percubaan tersebut.


Perlawanan kedua menentang Imigresen, corak permainan lebih agresif di tunjukkan di mana kedua - dua pasukan berbalas serangan tetapi gagal menemui penyudah. Di separuh masa kedua, IKMJB terus melancarkan serangan dan berjaya memecah kebuntuan apabila hantaran Hanif dari sebelah kanan pintu gol mudah di sempurnakan Padin untuk gol pertama perlawanan.


Nyata, gol itu membakar semangat pemain dan selang 5 minit kemudian, berpunca daripada tendangan sudut, Ajak menanduk masuk bola di depan pintu gol yang sudah ternganga untuk gol kedua. Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Imigresen melancarkan serangan dan berjaya merapatkan jurang gol, tetapi masih belum mampu untuk mengelak daripada kekalahan.


"Saya harap untuk perlawanan akan datang, pasukan ini dapat kekalkan momentum kemenangan, dan sebagai langkah persediaan untuk kita menghadapi Sukan Staf IKM/KKTM tidak lama lagi", kata Rambong, ketua pasukan IKMJB.


Hahahaa, dah macam wartawan berita pulak artikel aku kali ni.. Hee, apa yang penting untuk 2012 ni, aku harap aku boleh bagi sumbangan yang terbaik untuk pasukan IKMJB. Taraa...

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap