padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , , » Kundasang | Desa Cattle Dairy Farm

Kundasang | Desa Cattle Dairy Farm

/ October 26, 2016 /
Alhamdulillah, PR dan ciktom selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu sekitar jam 930 pagi, 2 jam penerbangan dari Johor Bahru. OK, ini kali ketiga PR menjejak kaki ke Sabah, setelah 2013 (salam pengenalan) dan 2015 (Misi mendaki Gunung Kinabalu). Tema 2016, adalah misi bulan madu! Hahah

Cuma dalam perjalanan tersebut, tertinggal satu kawasan di namakan ladang lembu di Kundasang, difahamkan keadaannya seperti ladang lembu di New Zealand. hahahh takpe kalau ada rezeki aku akan sampai ke sana lagi - Baca Selanjutnya

Kereta Sewa
Sepanjang di Kota Kinabalu dan Kundasang, kami menggunapakai kereta sewa Proton Iriz (A) milik syarikat 3M Global Transportation (088-492764) dengan bayaran RM130 sehari dan deposit RM100. Syarikat kereta sewa ini telah diperkenalkan oleh rakan blogger PR, Bro Ismail. Boleh juga terus hubungi En Baharudin (013-8990062).   

5 in 1 Deal : Cuti Sabah Bah!
Promosi yang melayakkan anda melawat 5 destinasi popular pelancongan di Sabah dengan harga RM39 (berbanding harga RM47.44 jika perjumlahan tiket masuk destinasi individu). Tiket ini sah selama 3 hari berturut - turut bermula dari destinasi pertama. Promosi ini sampai bila, tidaklah PR tahu. Boleh rujuk di laman ini : 5 in 1 Deal - Cuti Sabah Bah!

Tiket 5 in 1 Deal - Cuti Sabah Bah!
Tiket 5 in 1 Deal - Cuti Sabah Bah!

Rumah Terbalik, Tamparuli
Dalam perjalanan menuju ke Kundasang, singgah di Rumah Terbalik, Tamparuli - rumah terbalik pertama di Malaysia [1]. Bagi PR, kali kedua mengunjungi Rumah Terbalik ini sedikit sebanyak menurunkan sedikit perasaan teruja, tetapi berbeza dengan ciktom. Layann.. Tiket masuk ke Rumah Terbalik adalah RM10.60.

rumah terbalik tamparuli
Papan Tanda Pintu Masuk Rumah Terbalik

rumah terbalik tamparuli
Terbalik!

Selain Rumah Terbalik, terdapat beberapa tarikan lain yang terdapat di lokasi ini termasuklah 3D Wonders Museum, Mango Garden Restaurant. kedai cenderamata dan terdapat kemudahan surau dan tandas.


Taman Kinabalu
Sebelum tiba di Desa Cattle Dairy Farm, singgah mengambil gambar kenangan di Taman Kinabalu. Tiket masuk adalah RM3. Sebelum ini, hanya menjadi penumpang tetapi kali ini PR pandu sendiri kereta. Seram juga jalan sempit yang berliku dan curam. Errkk.. 

Mercu Kinabalu Park
Mercu Kinabalu Park

Monumen Gempa Bumi gunung kinabalu
Monumen Gempa Bumi 

Desa Cattle Dairy Farm
Oh, yes!! Akhirnya sampai juga jejak kaki ke Mini New Zealand ni. Tak terkata. Pemandangan yang menakjubkan ditambah pula udara yang segar dan nyaman. Tiket masuk RM5.

desa cattle dairy farm

desa cattle dairy farm

Entahlah setiap kali memandang banjaran ini, terasa sesuatu perasaan istimewa. Nak daki lagi, rasanya cukuplah sekali.

desa cattle dairy farm
Beratur punya panjang dan lama, nak habiskan memang sangat singkat.


Bagi anak lembu minum susu dikenakan bayaran RM1.50 sebotol dan rumput RM1.00 seikat. Bab bagi anak lembu minum susu ni, serah pada ciktom. Teruja benar nampaknya. Hihi. Kemudian, sambung lagi mengambil gambar kenangan! Klik! Klik!

desa cattle dairy farm


desa cattle dairy farm

Penginapan : Mile 36 Lodge
Usia petang semakin berlabuh, giliran mencari tempat menginap tiba. Terdapat banyak tempat penginapan yang boleh didapati sepanjang jalan berhampiran pekan Kundasang. Kami memilih Mile 36 Lodge, berdasarkan carian di internet juga mengenai kewujudan lokasi ini hihi.

mile 36 lodge

mile 36 lodge

Kadar bayaran untuk 2 malam adalah RM260 (Begonia Lodge). Paling win bagi lokasi ini, menjamah mee segera cawan di beranda menghadapkan Gunung Kinabalu! Pehhh... 

mile 36 lodge

Cuma......satu perkara yang kurang menyenangkan PR adalah kehadiran anjing yang berkeliaran. Memang menjadi kebiasaan bagi pekerja dan sebilangan pengunjung lain, tapi PR memang tak berani. Panjang kisahnyaaaaaa....

mile 36 lodge
Pemandangan dari beranda Begonia Lodge, Mile 36 Lodge

Okeh, malam dah larut. Keesokan harinya memang sehari suntuk di Kundasang - Ranau. Jadi, datang semula ke blog PR esok, kot - kot ada sambungan kisah percutian ini. Hihi

0 comments:

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap