padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Malas Balik Kampung, Sebab...

/ February 27, 2012 /
Aku mula tinggal berjauhan dengan kampung sejak umur 13 tahun lagi. Sejak masuk asrama, menyambung pelajaran di matrikulasi dan universiti sebelum memulakan kerjaya di Johor Bahru, memang jarang - jarang la aku balik kampung.


Banyak faktor yang menyebabkan aku malas balik kampung. Hehee... Ok, semua orang pun suka je sebenarnya bila ada kesempatan untuk pulang ke kampung, bersama kedua ibubapa, dan mungkin adik beradik lain.. suasana, dan apa sahaja yang berkenaan dengan kampung.


Siapa yang suka balik kampung, sila skip perenggan ini. Siapa yang tidak suka balik kampung, cuba anda angkat tangan, hempuk kepala sendiri... Haipp!! Masih boleh baca? Hempuk sekali lagi, lagi dan lagi... sampai la anda dah tak boleh baca perenggan ini........



Secara semulajadinya, semua orang mempunyai naluri, untuk kembali pada asalnya, dalam konteks balik kampung la ye.. Tetapi, seperti yang aku tekankan di tajuk artikel, "Aku malas balik kampung!!!" Ha, kenapa aku malas sangat balik kampung?


Jawapannya ialah, bila balik kampung makan tak henti - henti! Bila sampai je rumah, makanan dah terhidang. Tak kisahla makan pagi ke, makan tengahari atau malam (tengok keadaan bila aku sampai kampung). Aku ni bukan apa, kesian bila makanan banyak tapi tak habis. So, selagi ada, makan, makan dan makan.. hahaha


Walaupun banyak benda yang aku tak makan, tapi aku makan banyak benda yang boleh aku makan, keh3.. Mak aku tak habis - habis cakap, "kamu di Johor tak jumpa makanan ke? Kurus je...".. Huk alaaa... apa kes takde makanan pulak.. Ada je bersepah - sepah tapi yelah, mungkin tak kena selera jadi makan pun kuantiti sedikit aje.



Bila makan tak henti dan tanpa jadual ni, secara automatik badan jadi malas. Asyik nak melepak je, baring tengok TV takpun layan game PS2. Orang tua yang seorang lagi tu bukan boleh tengok orang senang lenang, ada je yang tak kena. Tu yang aku bingung tu, wakakaa dah makan mesti le kenyang, dahtu camne nak buat kerja lain???


Wakakaa... tu lah antara salah satu sebab, kenapa aku liat sangat nak balik kampung. Yang penting, rezeki ada melimpah - limpah, tak di makan nanti katanya makanan tak sedap ke? Makan nanti, badan jadi malas kena bising pulak telinga nanti. Habis, macamana??  Hahahaa....

Mentaliti Prasangka

/ February 23, 2012 /
Sikap manusia di ciptakan berbeza dan bervariasi. Barangkali ada persamaan sikap tetapi di bezakan melalui cara pembawakan, pengendalian dan penyesuaian. Bagi blog entri kali ini, sengaja aku bawakan mengenai sikap prasangka.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, prasangka ialah sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki) perkara yang sebenarnya. Jika melihat maksudnya, jelas mentaliti prasangka ini merupakan sikap yang perlu di elakkan.


Prasangka (atau juga di sebut prejudis) mempunyai skop yang luas. Semasa belajar di universiti, topik prasangka ini di kupas berkenaan prejudis terhadap etnik, ras dan juga kaum. Hmm, agak berat jika mahu mengulas hal berkenaan. Hahaa..



Prasangka sesama manusia juga sering berlaku. Andaian demi andaian di buat, tanpa usul periksa dan kadangkala andaian itu boleh menimbulkan masalah. Ya, dalam subjek Sains, individu perlu ada kemahiran membuat inferens, ramalan, hipotesis tetapi semua andaian itu hendaklah di buktikan melalui kajian, selidikan atau eksperimen sebelum anda boleh mengatakan andaian itu benar atau palsu.


Bukan apa, jika anda selalu sahaja berprasangka, ia akan merosakan kedamaian. Timbul rasa curiga, fitnah, malah mungkin juga kebencian seterusnya mengacau-bilaukan kehidupan yang harmoni sebelum itu. Aku pasti anda tahu, "sekeping gambar boleh punya 1000 cerita". Itulah realitinya juga pada mereka yang punya mentaliti prasangka.


Dalam kehidupan, pasti ada giliran di mana anda di hambat masalah yang membuatkan anda sedih, gusar, malah marah jika sesuatu yang berlaku tidak seperti apa yang di harapkan. Manusia cenderung untuk bersangka baik jika terjadi hal baik terhadap dirinya, dan begitu juga sebaliknya.


Justeru, daripada apa yang aku garapkan di atas sana, adalah lebih baik kita bersangka baik dalam apa jua perkara. Tak perlulah berprasangka yang bukan - bukan kalau kita tidak mengetahui perkara sebenar. Jika anda seorang yang optimis, bersangka baik akan membawa anda kepada kebaikan juga. 


Dapat? 

Sabar Mengawalnya

/ February 21, 2012 /
Selain hobi aku termenung, melukis dan punya kegemaran mengumpul model kereta mainan, aku juga aktif dalam sukan. Paling aku gemari ialah sukan bolasepak. Sejak dari kecil memang aku di dedahkan dengan sukan ini, cuma tak bernasib baik untuk mewakili mana - mana sekolah yang aku belajar (tak hebatlah tu ekekee)


Kalau di televisyen, semua siaran sukan aku layan. Tenis, badminton, Formula One, MotoGP, futsal, renang, Curling dan pelbagai jenis sukan lagi. Cuma, belum berpeluang nak merasa main kesemua permainan tersebut. Chop.. sukan perisian komputer, aku tidak berapa gemar mana.


Terkini, aku dah jarang bermain bola sepak. Banyak faktor antaranya cuaca, kadangkala padang di gunakan oleh pelajar IKM sendiri untuk latihan, dan faktor wargakerja yang mengambil anak di sekolah sesi petang. Akhirnya, waktu petang aku hambar dan tiada aktiviti.

Sumber : Link

Jadi, untuk mengelakkan badan jadi lesu dan longlai, aku dan beberapa rakan staf lain bersetuju untuk bermain ping pong. Dalam umur aku, memang tak pernah bermain ping pong... hehe memang taraf lauk - ulam la bila bermain. Tangan tak boleh control langsung, ekekee, memang sabar jelah mengawalnya.


Dah hampir sebulan aku bermain, ada la nampak sikit perubahan. :D, tapi kalau lawan dengan Adele, memang gelak guling - guling je la dia bila berhadapan aku, ekekee... Jauh lagi kalau nak jadi bintang, wahahaa..


Orang kata, "kalau nak main, jangan main - main". Betul! Walau apa pun kita buat jangan sambil lewa dan main - main. Rugi. Buang masa. Sebaliknya, ambil peluang dan buat dengan kesungguhan. Ekekee.. 


Ada Bran??? Hahahaa,

Melukis Mata

/ February 19, 2012 /
Bercuti adalah saat yang sering di nantikan baik pelajar atau pekerja. Cuti hujung minggu adalah masa emas untuk bersiar -siar bersama keluarga, riadah sesama rakan atau mungkin mengadakan temu janji dengan kekasih. Walau apa pun aktiviti hujung minggu anda, di harap dapat menceriakan kehidupan anda.


Selain menghabiskan masa dengan orang tersayang, boleh juga waktu rehat itu di isi dengan hobi dan kegemaran masing - masing. Bagi aku, di masa lapang aku selalu saja termenung, dan juga adakalanya melukis untuk merehatkan minda. 

Cubaan Melukis Mata
Seharian, aku menonton dan memuat turun video tentang cara - cara melukis mata, hidung dan mulut (untuk lukisan potrait), dan setelah berulang kali menonton dan memahami lenggok lukisannya, aku mencuba sendiri bagaimana cara melukis mata (realistik) mengikut panduan video tersebut.

Pandangan Hadapan

Pandangan Sisi

Tidaklah berapa tepat, tetapi masih ada rupa. hehee.. Aku meneruskan usaha untuk melukis sebuah wajah penuh, tetapi...... gagal menjadi. Kawalan emosi longgar, dan sikap tidak sabar menjelma. Betul kata orang, berkarya ini bukan menilai pada kecepatannya, tetapi hasilnya. Aku akui, agak tergesa - gesa untuk menyiapkannya, dan hasilnya begitu mengecewakan.
Bagaimana hujung minggu anda? 

Ukur Baju Di Badan Sendiri

/ February 15, 2012 /
Seronok juga bermain dengan peribahasa. Sesekala kita cuba bongkar pengetahuan mengenai peribahasa ini tidak salah juga, kan? Memang biasa juga, peribahasa sinis ini di gunakan dalam perkataan. Ukur baju di badan sendiri.


Peribahasa ini membawa maksud bertindak/ melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri. Takrifan ini idea aku sahaja, kalau mahu yang lebih tepat, kena dapatkan dari sumber bahasa lah agaknya. Hendak mencari tu, malas pula rasanya. Idea on-going je ni.


Ya. Sememangnya, apa jua perkara yang anda ingin lakukan, jangan lupa ukur baju di badan sendiri. Supaya ia well-suited dengan diri anda. Cewahh ber-English pula. Bukan apa, takut nanti orang label kita cakap tak serupa bikin, atau juga "dia ni tak pandang cermin ke??!!"


Duduk termenung sambil merenung nostalgia lama, teringat kata Mak aku dahulu, "Kalau kita bukan orang berada, buat macam orang tak berada.. Jangan asyik nak mengada - ngada, aku kapak kepala nanti!!" Mengimbas kenangan itu, aku tersenyum, brick game yang berharga RM10 pun tak boleh di beli. Ya, dah namanya kanak - kanak, pasti ada saja kemahuan untuk berhibur dan terpengaruh dengan rakan sebaya.

Sumber : Link

Menceritakan pengalaman lalu, banyak perkara yang aku hajati tidak di tunaikan. Semasa umur itu, aku hanya memberontak di dalam hati, kenapa aku tidak sama dengan kawan - kawan lain, yang punya basikal cantik dan baru? Kenapa rumah aku tidak punya televisyen sendiri, terpaksa menumpang rumah jiran untuk menonton rancangan Ultraman Ace?


Sekali lagi, ancaman Mak tadi membuatkan aku takut.........takut untuk meminta, takut kapak menebas kepala! Hahah.. Usia menginjak remaja, dari situ aku mula faham apa yang di katakan ukur baju di badan sendiri. Pesan Abah, "kalaupun kamu hendak sesuatu, lambat memiliki lebih baik daripada tak dapat langsung, kui3.."


Aku akui, berbanding dengan rakan - rakan lain, kebanyakan mereka lebih awal berjaya daripada aku. Mereka lebih awal memiliki apa yang mereka mahukan, tetapi aku sematkan dalam hati, bukan tak boleh dapat, lambat sedikit aje.. 


Entri ini bukan untuk show - off, sekadar menceritakan pengalaman sahaja. Aku pasti ada ramai lagi yang mungkin senasib, atau lebih tidak bernasib baik seperti aku. Mudah - mudahan, kita sedar kemampuan kita, dan bersyukur apa yang kita ada. Jangan pula angannya tinggi, tapi usaha tidak sampai ke mana, bak kata pepatah, "Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga".


Pengalaman masa kecil anda?

Cinta Membutakan?

/ February 12, 2012 /
Kononnya, kehangatan cinta semakin membara apabila Februari kunjung tiba, bila mana tanggal 14 Februari, di angkat sebagai Hari Kekasih Sedunia. Keghairahan bercinta tiba pada kemuncaknya pada tarikh tersebut dan ramai manusia yang ingin mengabadikan kenangan indah pada waktu tersebut.


Bagi umat Islam, di ketahui bahawa hukum menyambut Hari Kekasih adalah haram. Jadi, aku tidak mahu mengulas panjang mengenainya. Jika ada di kalangan kita yang tidak tahu, segeralah mendapatkan penjelasan, dengar - dengarlah ceramah agama yang berhampiran tempat anda, atau mungkin membeli senaskah dua buku yang berkaitan agar anda terhindar dari perkara yang di tegah.



Benar Cinta Itu Buta?

Benarkah cinta itu buta? Bila berhadapan dengan soal cinta, aku yakin ramai yang suka akannya, tapi tidak kurang juga ada yang mual dengan ungkapan ini. Apa sahaja erti cinta dalam hidup anda, ketahuilah ia suatu perkara yang besar, unik dan tidak boleh di nafikan.




Melihat komen pembaca yang di terima saudara Hafiz, masuk akal juga, cinta itu suci. Cinta tidak buta, tetapi manusia itu yang buta. Hati dan nafsu manusia yang buta. Meletakkan nafsu mengawal akal, sedangkan kita perlu yang sebaliknya.


Tidak hairan sekarang, kita lihat, kita baca, kita dengar pelbagai masalah yang timbul akibat cinta. Ikatan yang sepatutnya suci, tetapi di noda oleh turutan nafsu. Akibat cinta, manusia boleh lupa segalanya, hanyut dan leka. Saban hari, waktu dan ketika terbentang di dada akhbar, cerita - cerita yang kurang enak di baca.


"cinta itu buta sebab kadang2 tak mengenal usia, tak mengenal isteri atau suami orang..huhu" - Ciksembang.


Boleh jadi juga perkara seperti yang di sebut oleh Ciksembang di atas. Kadangkala, tidak perlu ada sebab untuk kita suka dan menyintai seseorang, walaupun statusnya isteri atau suami orang. Hahah, tetapi ingat,bak kata pepatah.. "Tiada beban, batu di galas".. Tak payahlah nak mencari nahas bercinta dengan isteri/suami orang. Realistik la sikit, ekekee..


Apa pandangan anda? 

Paling Jauh

/ February 11, 2012 /
Sebelum meneruskan pembacaan lanjut, aku nak bagi teka - teki. Apa benda yang paling jauh dengan hidup manusia?.........



Umm, seminit sudah. Bagaimana? Anda sudah punya jawapan? Hehee, Sekarang mari baca pula apa jawapan yang aku berikan. Sebenarnya, mentari bukanlah jawapan sebenar, bukan juga sang rembulan.. tetapi yang paling jauh adalah masa yang berlalu.


Sampai bila pun, anda tidak dapat pergi ke masa lalu. Jika watak dongeng si robot biru Doraemon, pasti anda boleh, tetapi dalam realitinya, secanggih mana anda mencipta teknologi, ia tidak akan membawa apa - apa makna. 


Justeru, nostalgia yang bagaimana anda mahukan kelak? Semua itu terletak di bahu anda. Anda yang memilihnya, anda yang menetukannya. Jika anda mahu nostalgia anda sesuatu yang menarik, sesuatu yang manis, atau mungkin boleh memberi manfaat kepada kehidupan lain, maka...... ciptalah ia sekarang. Kerana, apa yang anda lakukan hari ini, akan pergi menjauh tanpa belas kasihan meninggalkan diri kita.



Penyesalan di kemudian hari memang tiada gunanya, ibarat pepatah bila keranda di bawa, barulah bercucuran airmata. Adakah anda mahu kehidupan masa lalu yang buruk? Ya.. jika apa yang sudah berlaku sebelum anda membaca artikel ini, yang anda rasakan ia tidak berapa bagus untuk di kenang, lupakan saja. Biarkan ia berlalu. Apa yang perlu anda lakukan, fokus untuk masa sekarang dan hari yang mendatang.


Tanamkan tekad di hati, "apa yang aku lakukan hari ini, akan menjadi kenangan yang segar untuk hari esok, lusa, tulat......." Maka, ayuh kawan! Jangan cacatkan nostalgia kita dengan kesilapan demi kesilapan, sebaliknya belajar dari kesilapan. Moga, apa yang kita dapat, hanya satu perkataan.


KEBAHAGIAAN.


Note : Apa jawapan pertama anda? He Hee

Ponteng Kuliah

/ February 9, 2012 /
Semasa di zaman belajar, atau mungkin ada sesetengahnya sewaktu bekerja, kadangkala kita gagal hadir ke kelas atau bekerja atau pelbagai sebab. Jika kegagalan itu di sebabkan perkara yang tidak di ingini, contohnya masalah kesihatan, mungkin ia boleh di pertimbangkan, tetapi jika di sengajakan kita boleh sebut sebagai ponteng.


Aku tidak bercadang untuk mengupas satu persatu keadaan yang tersebut di atas, sebaliknya ingin berkongsi pengalaman aku ponteng kuliah semasa di universiti beberapa tahun yang lalu. Makluman pembaca, aku ini bukanlah pelajar yang berdisiplin sangat.. Di asrama pun, selalu juga ponteng kelas dan tidur di masjid. Ekekee


Di awal semester, nampak macam ok je, hehee kelas jauh - jauh pun takde masalah. Pergi kelas dan balik kelas jalan kaki memang takde masalah. Siapa yang pernah belajar di UTM Skudai, laluan aku hari - hari dari Kolej Tun Dr Ismail ke FKKKSA. Tak jauh, tapi mendaki bukit.. hahaaa..



Bermulanya era ponteng ni, bila ada satu pagi tu, aku dan roomate bangun lewat. Kelas Mass Balance jam 8 pagi, dan kelas tersebut memang di puncak bukit sana. Melihat jam di telefon 7.55 pagi, rasanya memang tak sempat mandi. Jadi, kami ambil keputusan basuh muka dan gosok gigi terus salin pakaian dan berjalan ke kelas.


Setibanya kami di depan kelas, pintu terkunci rapat. Aisehhhh.... Kelas batal rupanya. Punya la jalan laju - laju, sekali kelas batal daa... Yang kawan - kawan lain pun tak bagitahu pula yang kelas telah di batalkan. Mungkin sengaja ingin kami terkena. Hahah... Alkisahnya sehari suntuk kelas yang lain pun kami ponteng! 


Bermula dari peristiwa tersebut, kejadian ponteng kelas bermaharajalela. Di universiti, peratus kehadiran tidak kurang dari 80% untuk membolehkan diri mengambil peperiksaan. Jadi, kira siap - siap berapa jam yang boleh 'di benarkan' ponteng dan bila rasa malas, tarik semula selimut dan sambung tidur...Tambah - tambah pula kalau malam sebelumnya ada perlawanan bolasepak Champion League, memang sanggup tengok bola la daripada datang kuliah keesokkan harinya...



Tetapi, sebenarnya ponteng ini bukan suatu yang positif. Memang benar kita masih boleh mengambil peperiksaan akhir jika peratus kehadiran mencukupi, tapi anda kena consider dari sudut pandang yang lain. Sejam kuliah yang kita ponteng, tapi berapa banyak ilmu yang kita telah rugi? Jika menggunakan wang biasiswa, anda fikirkan tajaan itu meminta anda supaya hadir ke kelas dan menuntut ilmu, tapi anda tidur?


Fokus! Fokus anda sebagai pelajar, perlu belajar samada formal atau informal..bukan kata kena menghadap buku je siang malam, masa ada kelas belajarlah kan, masa takde kelas nak tidur ke, nak main bola ke, ikut suka. Heheheee... Aku bila dah bekerja ni dah insaf dah sikit, tak mendadak la berubahnya huhuu yelah takut juga gaji yang aku dapat ni macamana statusnya kan kalau asyik mengular je, ekekee.. Pandangan anda?

Aura Yang Hilang

/ February 6, 2012 /
Aura. Suatu perkara yang tidak dapat dilihat secara terus melalui mata kasar, tetapi kita boleh sedar kehadirannya. Melalui rujukan dan pembacaan aura di terjemahkan sebagai sesuatu suasana yang punya kualiti tersendiri tetapi tidak ketara yang seolah - olah mengelilingi seseorang atau benda.


Merujuk kepada laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu, aura di takrifkan sebagai suasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri seseorang atau sesuatu.


Heheh, Jangan risau, artikel ini tidak serius seperti yang anda sangkakan. Seperti yang aku karangkan dalam blog entri terdahulu, hidup ni janganlah terlalu serius. Ukirkan senyuman, pasti ramai yang bahagia. Hehehee.. Tiada apa yang yang lebih penting apabila melihat individu di sekeliling kita ceria dan bahagia sentiasa.



"Weh, ko kenapa? Aku tengok entri ko sekarang pendek dan ringkas je.. Tak puas baca lah.. Dulu entri ko panjang, memang aku tak baca semua tapi aku boleh dapat scan la apa yang ko nak deliver, tapi sekarang dah pendek - pendek.. Hilang aura ke??" - Cik Tom


"Dah kurang entri motivasi sekarang eh? Best je awak kaitkan pengalaman sendiri untuk jadikan motivasi tapi sekarang awak ni da macam takde motivasi je, blueerrkk!!" - Ani


Antara komen rakan blogger yang menegur aku supaya bangun dari tidur.. Eh salah, bangun dari lamunan. Wahahaa.. Ciktom.. Ani, ketahuilah..... aku dah takde idea dah. Wakakakaa....Nak siapkan entri ni pun dah entah berapa kali aku backspace. Kalau aku tak muncul tu, bukan bermakna aku busy, tapi aku takde idea. Baik senyap - senyap aja, hehee.. [Bajet ada orang tunggu sangat entri padinno hahah]

Gurau Senda

/ February 5, 2012 /
Termenung sambil melayan lagu kadangkala mengasyikkan juga. Pelbagai genre di dengar, dan sesekali melayan lagu jiwang best juga, hehee..

Dalam Air ku Terpandang Wajah
Adikku Yang ku Puja
Tenteram Semula Hati Gundah
Dapat Mambang Indah



Di ingatan Ku Terlukis Wajah
Abangku yang Gagah
Baik Budi Serta Ramah Tanah
Hensem Macam Gajah

Rasa di Hati
Masam  - Masam Manis
Rindu Asmara

Kandaku Jangan Nangis
Hilang Rupa Lawa
Timbul Rupa Naga

Kalau Hidup Tak Bergurau Senda
Hilang Nikmat Cinta
Bila Rindu Mendebarkan Dada
Tahan Nafas Sahaja


Betul juga, dalam hidup ini kena ada gurau senda, ada turun naiknya, barulah seimbang dan menjadikan hubungan sesama manusia menjadi lebih menarik. Apa kata orang, sedangkan lidah lagikan tergigit. Kalau nak serius je, kurang ceria lah hidup. Komen anda?

Meja Peribadi

/ February 3, 2012 /
Hehee.. bagi kebanyakan pelajar IPTA/IPTS yang tinggal di asrama pasti mempunyai set lengkap seperti katil, almari pakaian dan meja peribadi untuk mengulangkaji pelajaran. Ada yang kemas, ada yang berselerak.... bergantung kepada tuan punya meja.


Bagi aku, masa belajar dulu, meja aku kalau kemas pun mungkin Sabtu Ahad je.. Hari lain dah mula bersepah, nota bercampur - campur... Pengurusan memang failed! hahah.. semua benda nak di letak atas meja, entah mana yang berguna entah mana yang hampeh pun dah bercampur - campur.

Losyen pelembab kulit pon ada, LOL

Untungnya, sekarang pun kerja aku di pejabat, dan ada juga di sediakan meja peribadi. Tapi dah bekerja ni kena matang lah, pengurusan pun dah lebih teratur, segan juga kalau student tengok meja bersepah.. Tapi.... kalau datang penyakit malas, fail entah ke mana, dokumen entah ke mana. Boleh jadi sehari suntuk juga nak asingkan semula satu persatu. Satu kerja pulak..


Haishhh tu lah, kata orang kalau tabiat lama ni memang susah nak di ubah secara mendadak, tambah pula berkawan rapat dengan penyakit M, memang hancus jadinya. Anda pula bagaimana? Punya tabiat yang sama? 

Note | Jangan sampai ular bertelur pun tak sedar, dah kes naya! Hahahh..

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap