padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Mentaliti Prasangka

Mentaliti Prasangka

/ February 23, 2012 /
Sikap manusia di ciptakan berbeza dan bervariasi. Barangkali ada persamaan sikap tetapi di bezakan melalui cara pembawakan, pengendalian dan penyesuaian. Bagi blog entri kali ini, sengaja aku bawakan mengenai sikap prasangka.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, prasangka ialah sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki) perkara yang sebenarnya. Jika melihat maksudnya, jelas mentaliti prasangka ini merupakan sikap yang perlu di elakkan.


Prasangka (atau juga di sebut prejudis) mempunyai skop yang luas. Semasa belajar di universiti, topik prasangka ini di kupas berkenaan prejudis terhadap etnik, ras dan juga kaum. Hmm, agak berat jika mahu mengulas hal berkenaan. Hahaa..



Prasangka sesama manusia juga sering berlaku. Andaian demi andaian di buat, tanpa usul periksa dan kadangkala andaian itu boleh menimbulkan masalah. Ya, dalam subjek Sains, individu perlu ada kemahiran membuat inferens, ramalan, hipotesis tetapi semua andaian itu hendaklah di buktikan melalui kajian, selidikan atau eksperimen sebelum anda boleh mengatakan andaian itu benar atau palsu.


Bukan apa, jika anda selalu sahaja berprasangka, ia akan merosakan kedamaian. Timbul rasa curiga, fitnah, malah mungkin juga kebencian seterusnya mengacau-bilaukan kehidupan yang harmoni sebelum itu. Aku pasti anda tahu, "sekeping gambar boleh punya 1000 cerita". Itulah realitinya juga pada mereka yang punya mentaliti prasangka.


Dalam kehidupan, pasti ada giliran di mana anda di hambat masalah yang membuatkan anda sedih, gusar, malah marah jika sesuatu yang berlaku tidak seperti apa yang di harapkan. Manusia cenderung untuk bersangka baik jika terjadi hal baik terhadap dirinya, dan begitu juga sebaliknya.


Justeru, daripada apa yang aku garapkan di atas sana, adalah lebih baik kita bersangka baik dalam apa jua perkara. Tak perlulah berprasangka yang bukan - bukan kalau kita tidak mengetahui perkara sebenar. Jika anda seorang yang optimis, bersangka baik akan membawa anda kepada kebaikan juga. 


Dapat? 

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap