padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Variasi Penulisan

Variasi Penulisan

/ October 1, 2012 /
Penyampaian kata - kata, pendapat atau luahan menerusi laman blog amat unik. Gaya bahasa yang pelbagai dari penulis mempunyai aura dan pengikutnya sendiri. Anda tulislah secara santai, tulis secara berterabur, tulis secara berhati - hati... variasi itu unik dan bukan jadi kesalahan dan diterima seadanya.

Penulis berhak memilih cara yang selesa bagi dirinya, tetapi dengan syarat prinsip "syok sendiri" tidak boleh diamalkan selalu. Takut nanti pembaca mual dan tidak berkeinginan lagi untuk terus membaca.

Aku juga masih terus mencuba untuk mempelbagaikan penyampaian penulisan dalam blog ini. Di sebalik perkongsian pendapat, pengalaman dan beberapa panduan untuk pembaca, aku juga berhasrat untuk memperbaiki dan memperkaya gaya bahasa aku sendiri. Sedia maklum, aku bekerja sebagai seorang pengajar dan aku sendiri sewaktu bergelar pelajar bosan bila pengajar menggunakan teknik sama berulang kali.



Pada sebahagian besar blog post Perjalanan Ini, aku muatkan dengan gaya bahaya.. alahh gaya bahasa lah, (malas nak backspace..) gaya bahasa yang agak kaku dan skema. Aku memilih untuk menulis secara berhati - hati dan kadangkala aku mangambil masa yang agak lama.. hahahh kadang - kadang bila dah panjang aku delete semula pun ada.

Jauh di sudut hati, aku mengharapkan Perjalanan Ini sesuai untuk semua lapisan pembaca. Remaja boleh, perempuan mengandung boleh, para intelek boleh, malah orang yang sakit gigi pun boleh baca. Sebab blog ini hanya memaparkan isu yang aku anggap dekat dengan diri manusia, dan secara konsepsualnya aku cuba memberi inspirasi dan motivasi kepada pembaca termasuk diri aku sendiri.

Banyak juga penulisan rakan blogger yang memberi inspirasi kepada aku, dan adakalanya point yang aku dapat aku gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Yelah, mendidik dan mengajar merupakan 2 perkara yang berbeza dan atas dasar tanggungjawab, kadangkala boleh juga beri motivasi kepada pelajar - pelajar.

Sebenarnya aku pun tidak tahu apa yang aku sedang sampaikan ni. Sempat habiskan dengar lagu "Mencari Kesayanganku - J Mizan" dan "Dalam Kenangan - Wheel" sebelum menyambung perenggan ketiga. Ekekee. Entahlah....... 

Note | Menulis lagi senang daripada berucap di depan tetamu yang ramai...huhuhuhuuu

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap