padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Sumber Inspirasi

Sumber Inspirasi

/ October 7, 2012 /
Aku berpendapat semua perkara yang kita lakukan dimulakan dengan motivasi dan inspirasi. Jika anda mahu keluar bekerja, pastinya ada semangat baru setiap hari. Jika anda mulakan hari dengan rasa negatif, anda mungkin akan kehilangan rasa bahagia untuk sepanjang hari tersebut, malah hilang bahagia sehari dalam jumlah hidup anda.

Jika aku kecilkan dalam skop menulis dan mengendali blog, motivasi dan inspirasi saling berkait rapat. Jika blogger kehilangan motivasi untuk menulis, tiada sumber inspirasi, tiada ilham anda boleh lihat lembaran tersebut seolah tidak berpenghuni. 

Nanti.

Pernyataan itu bukanlah suatu fakta yang tepat. Ia boleh berubah mengikut keadaan penulis itu sendiri. Banyak faktor yang boleh menyebabkan blog tidak dikemaskini dengan kekerapan yang sewajarnya, termasuk penulis mempunyai hal lain yang tidak dapat dielakkan seperti faktor kesihatan, tuntutan kerja hakiki yang lebih memerlukan, atau penulis mengambil cuti rehat daripada menulis blog.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya penulis kehabisan idea dan ilham untuk menulis blog? Mudah sahaja, anda perlu banyak membaca. Kalau di sekolah atau di universiti, pengajar sering mengingatkan "semakin banyak anda belajar, anda akan semakin sedar bahawa banyak perkara yang anda masih tidak tahu".

Jika anda malas sangat untuk membaca ditempat lain, anda selak semula entri - entri lama anda, dan di situ akan boleh mencetuskan beberapa perkara seperti

i. Pengembangan idea daripada entri terdahulu - Cth: 5 tips menjadi blogger popular Part 1, Part 2 dll
ii. Menaiktaraf cara persembahan/penulisan anda
iii. Percambahan/ penafian pendapat terdahulu - Cth: "Aku suka Nokia", "Kini aku beralih ke iPhone"

Hehehh

Sekurang - kurangnya anda boleh menghidupkan semula entri lama, membawa pembaca anda ke 2 atau 3 tahun lalu... atau jika malas dan tiada ilham juga, anda re-post sahaja entri anda yang terdahulu.

Aku sering menjadikan entri lama dan entri rakan - rakan blogger sebagai sumber inspirasi. Jikalau ada, aku akan kaitkan dengan pengalaman dan pendapat aku pula. Nah, siap satu entri sepertimana yang anda baca sekarang. 

Adakah ia memberi inspirasi?

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap