padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Tingkat Rasa Hormat

Tingkat Rasa Hormat

/ September 21, 2012 /
Aku belum cukup tua, tapi apa yang aku rasa sikap remaja masakini semakin longgar. Kurang rasa hormat, kurang rasa tanggungjawab, kurang rasa berdikari. Itu belum masuk lagi ceritera akhlak yang kian tipis dengan nilai budaya timur, terutamanya nilai budaya Melayu dan ajaran agama Islam.

Kalau tidak salah aku, awal September lalu, heboh juga perkara berkaitan engineer hina profession guru. Garapan penulis yang seadanya cuba memberitahu untungnya menjadi guru bersama beberapa fakta yang diketengahkan untuk membuka mata betapa senangnya menjadi guru.

Aku tidak mengikuti sangat perkara itu, sehinggalah aku terjumpa beberapa blog post yang membidas dan membalas pernyataan engineer tersebut. Reaksi yang ditonjolkan ada ketika amat memalukan lebih - lebih lagi reaksi-balas itu ditulis oleh guru dan mengeluarkan kata - kata kesat dan tidak sepatutnya.

Ingat Pesan Guru

Apa yang aku lihat, sepatutnya perkara ini bukanlah isu yang mengganggu gugat profession guru sangat pun. Individu yang menulis pernyataan tersebut hanyalah budak hingusan yang masih perlu dibantu dan dididik. Apa salahnya, jika anda mahu membuat reaksi-balas, cuba tangani dengan hikmah, tunjukkan kredibiliti anda sebagai seorang guru.

Ada juga reaksi balas yang positif, menghujahkan pendapat secara halus dan rasional. Aku pegang kata - kata Pn Bainah, guru Fizik aku yang banyak memberi inspirasi.

"kalau awak berkawan dengan orang malas jika di layan, awak akan sama je dengan dia"

Sama seperti isu ini. Jika anda melayan orang bodoh yang menulis tanpa menggunakan akal, anda juga akan terikut sama menjadi bodoh sehingga mengeluarkan kata - kata yang tidak sepatutnya. Aku sendiri walaupun bukan seorang guru, tetapi terbabit dengan bidang pendidikan sedikit sebanyak memang 'panas hati' juga dengan kenyataan tersebut.

Apa yang boleh aku simpulkan, di dunia ini memang ada kerjaya yang pelbagai. Kerjaya yang pelbagai fungsi yang akhirnya akan menjadikan kehidupan selesa dan harmoni. Tingkatkan rasa hormat pada kerjaya yang ada di dunia, dan tidak perlu berbangga "Kerjaya aku paling bagus!!". 

Jika tiada tukang sapu, siapa yang akan membersihkan pejabat? Jika tiada pekerja yang membina jalanraya, bagaimana anda mahu pulang ke kampung dengan selesa? Jika tiada individu yang membangunkan teknologi, mungkinkah anda membaca blog post ini? Maksud aku, come on.. setiap kerjaya ada fungsinya.

Berbalik kepada pendahuluan aku tadi, aku sangat geram pada budak yang memijak kaki aku di masjid tanpa sebarang ucapan maaf pun. Alahai...

Note | Kalau datang gila aku, dah lama aku taji.

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap