padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Blues 80 - 90'an (Part 2)

Blues 80 - 90'an (Part 2)

/ September 15, 2012 /
Hahahh kalau kena musim rajin, memang laju je bertambah post entri kat blog ni. Singkap semula blog entri lama, ada beberapa post yang boleh dihidupkan semula, selain boleh mengurangkan bounce rate, boleh juga membawa anda ke post yang terdahulu (bagi anda yang belum pernah membacanya lagi).

Blues 80 - 90'an akan aku singkap sedikit demi sedikit, mengembalikan kenangan ke era tersebut dan jika anda pernah melaluinya, aku pasti anda juga akan tersenyum bila mengenangkannya. Jika Part 1 aku menceritakan hal siaran televisyen kegemaran, kali ini aku membawakan perihal semasa di sekolah rendah.

Pengalaman Aku:

Bangun Tidur
Pergi sekolah menaiki bas di mana ada satu trip sahaja (campur sekali budak sekolah rendah & menengah). Bas akan datang dalam jam 6 atau lebih - lebih sedikit, jadi bangun, mandi, sarapan dan bersiap kena awal. Untungnya kawasan aku menjadi tempat pertama, dan kumpulan di situ akan sentiasa dapat tempat duduk.

Awalnya, keluarga aku menggunakan air telaga jadi pada pukul 5 pagi, airnya sangat sejuk. Sampai darjah 3 rasanya, aku hanya membasuh muka, kepala dan gosok gigi untuk pergi sekolah. :P

Belanja Sekolah
Tambang bas pergi balik pada 93-95 (20 sen), 96-97 (40 sen) 98 (60 sen). Duit belanja kadang - kadang 30 sen, dan bila Darjah 6, dapat RM1, jadi belanja 40 sen lah.. (tolak duit tambang). Biasanya mak aku akan sediakan bekal ke sekolah, yang paling seronok cucur ikan bilis lah..

Kelas Pendidikan Seni
Kelas yang di nanti. Pada hari sebelumnya, cikgu akan berpesan supaya menyediakan bahan yang perlu di bawa keesokannya. Batang pisang, ubi kentang, bawang.. biasalah tu. Benda yang paling susah nak sediakan dulu ialah kertas warna. Ayah aku malas sangat nak pergi kedai. Aku? Tak dibenarkan pergi kedai. Gam biasanya dibuat daripada tepung kanji je, :D

Program Gosok Gigi, [Sumber gambar : Link]

Waktu Lapang
Kalau cikgu lambat masuk kelas, biasanya akan ada pertandingan lawan pemadam. Fakta, aku banyak mengumpul kemenangan dan pemadam yang aku dapat aku simpan. (Sehingga kini masih ada 35 pemadam yang aku simpan). Pemadam yang banyak memberi jasa ialah pemadam negara China.

Waktu Rehat
Ada yang suka bermain getah, apa nama ntah permainan tu, Zero Point kot.. best tengok budak perempuan main.. ehemmm :D
Antara permainan lain, main kejar - kejar, main sorok - sorok, Pepsi-Cola. Bila masuk kelas, memang berpeluh la jawabnya. Lelaki dan perempuan sama sahaja.

Balik Sekolah
Biasanya kalau dah ada keluaran terbaru, aku akan ke kedai membeli komik Lingkaran Terkunci. Kadang - kadang terlambat dan nyaris ditinggalkan bas. Nasib lah pakcik yang bawak bas tu dah tahu perangai aku.

Di waktu petang, biasanya akan bermain dengan rakan sekampung. Banyak permainan yang dilakukan termasuklah lumba basikal, bola tepuk, bola padang, daun terup, tutup botol dan beberapa permainan tradisional yang lain.

Kerja Sekolah
Biasanya kerja sekolah akan di buat waktu malam. Aku dan adik beradik lain ada pelita masing - masing, jadi buat kerja sekolah tempat asing - asing. Bila tak tahu, aku akan jerit kuat - kuat bertanyakan soalan. 
Jam 10, semua dah masuk tidur..... dan bila bangun, bermulalah semula rutin sebagaimana yang di sebutkan di atas.

Note | Aku hanya dapat kenal kurang daripada 5 orang rakan - rakan aku semasa di SK Bota Kanan, 1993-1995.

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap