padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Lambat Matang

Lambat Matang

/ August 3, 2012 /
Aku berkhidmat dalam sektor pendidikan yang memang majoritinya Melayu. Tetapi dalam pengamatan dengan mata kepala aku sendiri, aku berasa sedikit sedih dengan sikap dan fokus mereka. Tidak di nafikan, umur purata adalah 18 - 22 tahun, belum matang tetapi aku rasa inilah waktu kritikal untuk menentukan masa depan remaja ini.

Aku akui, cabang kemahiran yang disediakan oleh IKM tidaklah se-gah institut yang menawarkan pengajian akademik tetapi bidang kemahiran juga seiring dalam menjadi pelopor pembangunan negara. Kalau semua nak jadi bos, siapa nak jadi pekerja? Bidang kemahiran juga tidak kurang menyumbang kepada pergerakan industri negara dengan pengeluaran tenaga kerja mahir dan berkualiti.

Maaf cakap, rata - rata pengambilan pelajar ke IKM berdasarkan keputusan SPM yang cukup - cukup makan, (berdasarkan beberapa kriteria), tetapi fokus IKM menjadikan pelajar yang 'ketinggalan' ini masih boleh terus berjaya sepatutnya memberi peluang kedua untuk mereka memperbetulkan kelalaian lalu.



Tapi, di sebabkan lambat matang, tidak mengubah sikap dan tidak fokus dengan apa yang ada di hadapan mereka, menjadikan ia seperti mencurah air ke daun keladi. Pelajar - pelajar ini diberikan kemudahan pengajian percuma, kediaman percuma di tambah pula dengan bayaran makan percuma. Tetapi, kemudahan seperti itu menjadikan mereka lebih manja dan selesa.

Disiplin adalah dalam keadaan sederhana. Disiplin dalam pembelajaran, disiplin tatacara kelakuan, gaya hidup seolah - olah menggambarkan mereka hanya budak hingusan yang perlu di beri perhatian, perlu di beri tunjuk ajar A - Z. Ada juga segelintir yang seolah mencabar pengurusan dan bertindak seperti orang hebat.

Tambah memilukan, ada pelajar yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Taktahu lagi nak cakap apa. Cukup sifat. Cukup sihat. Tetapi rupanya sekadar luaran. Menjaga pelajar dalam tempoh umur sebegini memang perlukan kesabaran tinggi, lebih tinggi daripada menguruskan budak sekolah rendah.

Entahlah. Kalau tengok niat murni MARA membantu bumiputera seakan tidak memberi apa - apa makna kepada anak remaja ini yang.... tidak mahu berubah. Aku sendiri mahu lihat pelajar aku matang dalam pengalamannya di IKM, tetapi aku kena terima hakikat perkara umpama itu bukan perkara yang boleh di gapai dengan mudah.

1 comments:

{ lepakk.com } on: 05:20 said...

Mungkin faktor persekitaran menjadi punca kurang matang dikalangan pelajar ni.

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap