Ramuan segera air minuman 3 dalam 1 ni kalau tak salah aku mula popular lebih kurang 1998 (kalau salah tu jangan ambil kisah ye). Sehingga kini, dah bertambah - tambah produk yang menggunakan paket segera ni dan jangan terkejut kalau ada mencapai 7 dalam 1. Hahahh.. Semasa di asrama, selalunya Milo dan Nestum tu ratah macam tu je, gaul dengan air liur ekekee..
Entry kali ini, aku juga menggarap cerita 3 dalam 1. Bukan malas, tapi............ entahla, boleh terima jugaklah kot alasan malas tu. Hehe. Jangan marah.
Majlis Perkahwinan
Ahad lalu, aku bergerak ke Serdang - lebih tepat UPM Serdang untuk menghadiri kenduri majlis perkahwinan rakan sekerja. Tiba di UPM tu tiada masalah cuma bila masuk ke dalam dan mencari dewan untuk majlis, itu yang jadi masalah. Bertanya pada pengawal keselamatan, direction yang diberikan macam senang, tapi.....bila menyelusuri jalan - jalan di dalamnya, masih tidak bertemu mercu yang di cari.
Tambah menyakitkan hati, tanya kepada pelajar di situ pun masih tergaru - garu kepala. Kalau nak kata pelajar baru mendaftar, rasanya pendaftaran bulan September. Akhirnya terlihat papan tanda kecil. UPM tu besar, letaklah beberapa papan tanda di jalan utama, taklah susah orang nak cari. Tiba di dewan, semasa mengambil makanan, nasi telah habis, dan dikhabarkan nasi baru di tanak semula [????]...........Grrrr....
Sesat Di Kuala Lumpur
Patah hati untuk makan kenduri, aku bergerak keluar dari UPM menuju ke Shah Alam. Berjumpa dengan teman lama, dan petang itu aku sendirian menuju ke Prescott Inn Hotel di Kuala Lumpur. OK. Ini salah aku juga, tidak memiliki sebarang gadjet yang boleh membantu aku ke sana, sedangkan aku memang tidak pernah memandu sendirian ke Kuala Lumpur.
Melalui maklumat yang ada, hotel berkenaan berhampiran sahaja dengan Bangunan MARA dan Sogo, tapi agak lama juga aku berpusing - pusing di Dataran Merdeka dan Bangunan MARA tapi tak jumpa juga. Bertanya pada individu yang membuka premis di situ pun menggaru kepala. [?????] Akhirnya?
Mesyuarat Pemurnian Dokumen Kualiti
Aku ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Pemurnian Dokumen Kualiti MS ISO 9001:2008 untuk IKM Johor Bahru, Lumut dan TSYA (IKMJLT). Untuk makluman, IKMJLT telah di anugerahkan Persijilan ISO oleh SIRIM pada September 2009 dan akan tamat pada September 2012. Oleh itu, untuk mendapat persijilan semula, SIRIM akan melakukan sekali lagi audit.
Jadi, beberapa pindaan telah di buat bagi memastikan Dokumen Kualiti tersebut terkini dan terdapat sedikit pembetulan dan penambahbaikan. Yang paling ketara adalah perubahan pada Objektif Kualiti, selari dengan KPI baru yang di tetapkan oleh Bahagian Kemahiran Teknikal MARA, (BKT).
Sebahagian AJK Pelaksana MS ISO 9001:2008 IKMJLT
Jadi, aku rasa sampai di sini sahaja laporan 3 dalam 1 aku, keh keh keh.... Aku kongsikan di sini sebagai catatan perjalanan hidup aku, kalau ada makna tersurat atau tersirat jangan ambil hati, tetapi ambillah sebagai satu perkongsian...
Nota : Cuba teka macamana aku sampai ke Prescott Inn Hotel tu?
0 comments