padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Diari Seorang Mama

Diari Seorang Mama

/ June 21, 2016 /
Baru - baru ini, PR menerima utusan kad raya daripada rakan blogger, yang menggunapakai nama pena Yana Yani, pemilik blog Diari Seorang Mama. Rasa teruja juga menerima kad raya, semenjak kad raya bukan menjadi pilihan utama tatkala penggunaan aplikasi media sosial lebih mendapat perhatian masakini untuk ucapan hari raya.

Sebuah blog berkisar mengenai pengalaman peribadi dan perkongsian ilmu sebagai seorang Mama dan pesakit tiroid - Deskripsi blog Diari Seorang Mama

Menyingkap kembali bagaimana PR melintasi laman blog YanaYani, adalah ketika mahu mendapatkan tutorial lengkap cara menempah photobook, sehinggalah terhasilnya buku Percutian Terengganu dan Travel Bandung seperti yang diulas di blog entri Alamak! Gambar Hilang.

kad raya yana yani

Disertakan bersama kad raya tersebut adalah Kempen Ramadhan Al - Khair 4 (2016).Berikut merupakan ringkasan kempen tersebut.

Kempen Ramadhan Al-Khair 4 (SyriaCare)
Pada tahun 2016 buat kali ke-4 Syria Care menganjurkan kempen Ramadhan Al-Khair. Kempen ini adalah program tahunan yang merangkumi bantuan makanan (iftar dan sahur), susu dan juga bantuan kewangan bagi membantu kebajikan golongan pelajar agama, anak yatim dan fakir miskin. Untuk menjayakan kempen ini, enam NGO di dalam Syria bekerjasama bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan teratur.

Di antara projek yang akan dilaksanakan dalam kempen ini adalah:

#Food4Syria
Merupakan projek bagi menyediakan makanan yang siap dimasak di dapur - dapur rakyat yang dikendalikan oleh rakan - rakan kerjasama Syria Care di Idlib, Homs, Latakia, Timur Ghoutah, Barat Ghoutah serta Selatan Damsyik dan diagihkan kepada penduduk setempat yang memerlukan.

#Milk4Syria
Projek ini khusus untuk membekalkan susu formula bagi kanak-kanak khususnya kanak-kanak 0-6 bulan yang sangat-sangat memerlukan susu akibat ketiadaan susu untuk dibeli di sana dan jika ada sekalipun harganya sangat mahal dan mereka tidak mampu untuk membelinya.

#Care4Syria
Projek ini memberi fokus bagi menghantar bantuan kewangan bagi anak-anak yatim,fakir miskin dan para pelajar ilmu syariah di Syria.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari pages FB : Syria Care - Malaysia


Indahnya Silaturahim
Menulis blog bukan sekadar berkongsi informasi, tetapi juga boleh menyatukan silaturahim antara penulis dengan penulis yang lain. Indah, bukan?

0 comments:

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap