padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Bermula Sekali Lagi

Bermula Sekali Lagi

/ May 9, 2013 /
Bermula sekali lagi. Ya. Itu tajuk yang aku rasa paling sesuai untuk aku abadikan entri pertama aku bulan Mei 2013. Berakhirnya sesuatu perkara adalah fasa bagi permulaan sesuatu yang baru. Berakhir sekolah rendah adalah permulaan bagi sekolah menengah, berakhir zaman bujang adalah permulaan kepada hidup berumahtangga.

Sebelum aku merepek dan menyimpang jauh, aku cuma ingin melontar rasa melankolik dalam entri ini kerana aku baru sahaja kehilangan data di dalam komputer peribadi. Banyak data. Banyak rasa. Hendak katakan sedih pun iya, hendak kata runsing pun iya.

Aku rasa sedih sebab banyak juga perkara personal yang disimpan termasuk gambar, dokumen dan nota semasa di universiti...senang cerita data personal lah, termasuk data yang aku bangunkan selama 3 tahun hilang sekelip mata.

Itu tidak mengapa.


Aku rasa runsing sebab kebanyakan data adalah berkaitan kerjaya aku. Dokumen kerja hakiki termasuk nota, bank soalan terdahulu, format - format, contoh surat, dokumen ISO 9001:2008, dokumen MQA dan yang penting adalah rekod (data) kerja dan keputusan pelajar. Huhuuu...Hanya beberapa yang dapat diselamatkan melalui simpanan peti masuk/keluar email. Pheww..

Kata orang, bila keranda di bawa baru bercucuran air mata. Saat itu, sudah tiada gunanya lagi. Aku menyesal dan sangat menyesal tidak membuat back-up. Niat tu ada tapi aku yang melengahkan proses tersebut. Padan muka aku.

Kini, aku berusaha untuk membangunkan semula sedikit demi sedikit dokumen yang penting. Down memang down, tapi kalau tak di mulakan aku jugak yang cari nahas nanti. Bermula sekali lagi, sama seperti mula - mula aku membeli komputer dahulu.

Terima kasih membaca coretan ini. Kalau anda tidak mahu padan muka macam aku, beringat - ingatlah bahawa malang tidak berbau. Boleh datang dalam keadaan yang tidak terduga. Paparan komputer aku hilang tanpa ada sebarang amaran, cuma logika yang aku kena terima adalah penggunaan komputer aku dalam tempoh 3 tahun boleh dikira hardcore juga dan idea yang boleh aku simpulkan, "memang dah sampai masa"..

Mood berblog juga aku rasa seperti bermula sekali lagi. Sekian,

0 comments:

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap