padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , » Lukisan Perspektif Cetus Idea Berbeza

Lukisan Perspektif Cetus Idea Berbeza

/ March 17, 2016 /
Seni menggambar mempunyai skop dan cabang yang luas. Kadangkala objek yang nampak biasa tapi boleh jadi luar biasa jika dipelbagaikan bentuk persembahan dan teknik menggambar. Lukisan atau gambaran perspektif merupakan salah satu teknik yang boleh meningkatkan nilai tambah seni dan nyawa objek yang digambar.

Ciri - ciri lukisan perspektif adalah objek yang hampir besar dan lebih tinggi dibandingkan objek yang jauh. Garisan (construction line) yang hampir lebih jarang dan garisan objek yang jauh lebih rapat

 Memahami Ciri Ruang dan Perspektif

Konsep lukisan perspektif menerangkan perihal perubahan saiz, jarak dan warna objek apabila dilihat dari jarak yang jauh. Objek yang hampir akan kelihatan lebih besar berbanding objek yang jauh. Objek yang hampir akan mempunyai warna yang lebih nyata berbanding objek yang jauh.

Lukisan perspektif boleh dilukis dan digambar dengan 3 cara, iaitu:
  • Perspektif 1 Titik Lenyap
  • Perspektif 2 Titik Lenyap
  • Perspektif 3 Titik Lenyap
Ketiga - tiga cara ini akan mewujudkan mood yang berbeza untuk menerangkan gambaran sebenar objek. Untuk memulakan lukisan, bina satu garisan lurus melintang (horizontal line), kemudian tentukan di mana dan jumlah titik lenyap yang anda hendak gunakan.

Grid rujukan perspektif
Grid rujukan lukisan perspektif

Berikut merupakan contoh gambar dan lukisan perspektif yang PR hasilkan.

Perspektif 1 titik
Permandangan Pulau Kekabu, Marang

perspektif 2 titik
Menggambar semasa kursus Thermal Ice Storage :D 

perspektif 2 titik
Applikasi Notes, ios

Perspektif Cetus Idea Berbeza

Apabila anda melihat sesuatu perkara dari sudut pandang berbeza, setidak - tidaknya akan tercetus idea dan tidak terkongkong dengan satu pendapat sahaja. Semakin banyak anda lihat, dengar dan analisa, semakin tinggi pemahaman anda. Ia akan membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan bijak.

Jika anda memiliki buku dan melihatnya hanya sekadar buku, anda akan simpan buku tersebut tanpa apa - apa faedah tambahan. Tetapi jika anda ada idea lain, mungkin buku tersebut boleh dijadikan sumber untuk mencetuskan inspirasi, menajamkan semula pengetahuan, berkongsi dengan rakan lain atau paling tidak boleh digunakan untuk menghempuk lalat!

Nah. Tiba di hujung entri, adakah anda mendapat sesuatu daripada perkongsian ini? 

Sumber rujukan : Link

0 comments:

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap