padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Kaji Sebelum Bertindak

/ January 26, 2012 /
Terima kasih buat rakan blogger yang memberikan pendapat berkenaan maksud sebenar peribahasa "Seekor Ayam Berketur, Yang Lain Turut Menyampuk" pada blog entri lepas. Sebenarnya, peribahasa ni aku dengar 2 kali dari orang yang berbeza dan aku cuba mendapat kepastian berkenaan mesej yang cuba di sampaikan melaluinya.


"Salam.. saya tak biasa dengar peribahasa ini, tapi saya jawab secara lojik je lah.. "ayam bertelur sebijik riuh sekampung" -dah memang dasar ayam kan, bertelur sebijik nak riuh sekampung..jadi perkara yang kecil pun nak di sebarkan seluruh alam perkhabarannya itu. "Seekor ayam berketur, yang lain turut menyampuk" -sudah pasti ianya ada kena mengena dengan peribahasa awalan tadi..satu kisah yang di hebohkan oleh seseorang, diiyakan oleh orang yang lain menjadikan perkara tersebut seolah benar belaka." - Sdr. Zulkbo


Beberapa rakan blogger lain juga sependapat dengan keterangan Sdr Zulkbo, dan ada juga yang mencuit hati, seperti komen dari Sdr. Rahman, "takpenah dengar lagi setakat ni, tapi ayam dalam gambar tu kalau di goreng kunyit panas panas memang sedap :)". Macam tahu sahaja aku gemar makan nasi goreng ayam kunyit KAW!! Hehehee..

Sumber : Link

Melalui proses screening, dan juga pandangan beberapa orang lagi teman di tempat kerja, apa yang dapat aku simpulkan ialah berkenaan sikap sesetengah manusia yang gemar bertindak tanpa usul periksa, hanya mengiyakan sahaja dan menyebarkan apa yang di perkatakan orang sebelum itu. Bukan! Bukan maksud sebenar, tapi ini merupakan justifikasi dari pendapat aku.


Isu Roti & Tepung Gandum
Dalam minggu ini ramai juga yang "berketur sama" bila ada individu yang membangkitkan isu roti dan tepung gandum jenama terkenal perlu di boikot kerana kononnya mengandungi bahan yang tidak sepatutnya. Ya, aku sedar isu ini sensitif (tidak kata menyebelahi mana - mana pihak) tapi cuba selidiki dahulu sejauh mana ia sahih. Ia perkara besar.


Isu Pemain Import Liga Malaysia
Ada yang cuba jadi hero, berketur sekuat hati bila pemain importnya tidak di terima dalam Liga Malaysia, dan cubaan untuk menarik diri - mungkin lebih kepada serangan individu, dan menarik perhatian ramai. Hey, jangan bertindak tergesa - gesa kawan! Kaji dulu, duduk berbincang dan selesaikan dengan profesional. Aku tidak kata A betul dan B salah, mungkin 2 - 2 betul, atau 2 - 2 salah.


Isu Politik Negara
Kalau kurap, orang kata dah sampai ke tahap bahaya dah. Pemimpin sini berketur di sini, pemimpin di sana berketur di sana. Pengikut masing - masing turut berketur sama. Benar, kalau ada barisan pencadang pasti ada barisan pembangkang, tapi keterlaluan jika taburan fitnah, bercakaran sesama sendiri bermaharajalela melainkan ia terbukti sahih!


Jadi, bagaimana pendapat anda? Tahu bagaimana ayam berketur? "..... Kekkee KetoQQQ!!!" Haishhh.. rimas lah! Hahahaaa...

Minta Tolong...

/ January 24, 2012 /
Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa. Samada sering di dengar atau jarang di dengar, tetapi penggunaan peribahasa ini di gunakan sebagai kiasan bermadah dalam menyampaikan sesuatu maksud atau perkara. Peribahasa pilihan kali ini ialah "Seekor ayam berketur, yang lain turut menyampuk". 

Sumber : Link

Secara peribadi aku tak pernah dengar pula peribahasa di atas sebelum ini. Minta tolong pada rakan blogger atau pembaca kalau ada yang tahu maksud sebenar pepatah ini? Nanti, aku akan cuba buat screening dan buat kesimpulan, boleh kan? Hee,

Di Sebalik Komedi

/ January 23, 2012 /
Aku menghabiskan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina ini di rumah sewa sahaja. Merehatkan badan dan juga kepala otak dengan menonton televisyen, banyak juga siaran yang menarik, antaranya Tenis Terbuka Australia dan petang tadi aku menonton King of Beggars, lakonan Stephen Chow.


Kebiasaannya, cereka Stephen Chow ini pasti gila - gila dengan komedi ringan yang membuatkan penonton tak kering gusi dan tidak jemu melihatnya berulang kali. Tengok sahaja kejayaan filem Shaolin Soccer, Kungfu Hustle dan beberapa lagi filem komedi yang menghiburkan.


Namun, di sebalik komedi tersebut, aku percaya ada sesuatu yang mahu di sampaikan kepada penonton, cuma ia di susun longgar supaya penonton tidak bosan dan terlalu berfikir untuk sebuah filem komedi ringan. Jadi, aku senaraikan beberapa persoalan mengikut pandang mata aku mengenai filem King of Beggars (1992).

Sharla Cheung

Kepentingan Ilmu
Kepentingan penguasaan ilmu supaya di pandang tinggi oleh masyarakat. Scene : Syarat yang di kenakan oleh Yu-Shang (Sharla Cheung) kepada So Chan (Stephen Chow) untuk mengahwininya ialah perlu mendapatkan Sarjana dan perlu memiliki kehandalan dalam berkung-fu.

Tidak Putus Asa
Tidak mudah putus asa dalam mengejar apa yang di ingini. Scene : Walaupun So Chan buta huruf, tapi dia nekad untuk mendapatkan gelaran Sarjana, seterusnya dapat mengahwini Yu- Shang.

Rasuah
Perbuatan rasuah di kalangan orang yang berkedudukan semata - mata impian tercapai. Scene : Bapa So Chan (Ng Man Tat) merasuah penyelia peperiksaan supaya anaknya lulus dalam ujian bertulis kerana dia tahu So Chan memang seorang buta huruf yang unggul, hahhaa

Orang Dalam
Penggunaan "Orang Dalam" untuk menidakkan kejayaan orang lain. Scene : Kesemua telah di atur supaya So Chan kalah dalam pertarungan merebut gelaran Sarjana, tetapi semua usaha tersebut gagal.

Terburu - buru Membuat Keputusan
Sikap manusia yang suka terburu - buru membuat keputusan tanpa membuat usul periksa. Scene : Maharaja mengarahkan hukuman pancung serta - merta kepada So Chan dan bapanya, tetapi hukuman itu di ringankan setelah undang - undang sedia ada di bacakan.

Kasih Sayang
Hubungan kekeluargaan memang tidak dapat di pisahkan. Scene : Kasih bapanya menggendong So Chan yang telah di cacatkan oleh Chiu setelah di perintahkan mengemis seumur hidup.

Perebutan Kuasa
Bila bercerita mengenai kuasa, semua orang sukakannya, tetapi bagaimana anda mendapat kuasa? Scene : Perancangan jahat Chiu untuk menggulingkan Maharaja bagi membolehkan dia mendapat kuasa pemerintahan.

Cinta
Perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi. Scene : Keazaman So Chan untuk menyelamatkan Yu-Shang di tangan penjahat Chiu, dan akhirnya mereka dapat bersama.


Hahahaa... entah ye entah tidak itu yang cuba di sampaikan pengarah filem tersebut, aku sendiri tak pasti. Senarai ini melalui pendapat aku sahaja. Bagi yang belum pernah menonton cerita King of Beggars, kena tengoklah nanti. Tak rugi, maksud aku walaupun ceritanya agak melalut, tapi sesuai la dengan tema komedi ringan, ye tak? Hehee sekian..

Note : King of Beggars synopsis

20 Tahun Lagi

/ January 20, 2012 /
Kalau panjang umur, agak - agak rupa aku 20 tahun lagi macam ilustrasi ni kot?? Hehee...


Temuduga : Punca Kejayaan

/ January 17, 2012 /
Apa Itu Job Interview

Secara ringkas, Job interview merupakan janjitemu formal di mana bakal majikan dan calon pekerja bertanya soalan untuk penjelasan dan pertukaran maklumat tentang calon dan pekerjaan yang di pohon.



Kemahiran Yang Perlu untuk Sukses

Melalui pembelajaran, pembacaan dan juga sedikit pengalaman, aku kongsikan beberapa perkara yang perlu untuk berjaya dalam Job Interview. Mohon jika ada tips tambahan anda boleh kongsi di ruangan komen.

Good Grades
Pencapaian yang baik merupakan titik tolak untuk anda di panggil temuduga. Sesetengah majikan lebih suka mengambil calon yang mempunyai kelayakan akademik yang baik, dan mungkin juga keseimbangan pengalaman yang telah di timba.

Ability to Communicate
Kemahiran berkomunikasi dengan baik merupakan aspek penting yang di cari oleh majikan.

Thinking on Your Feet
Boleh berfikir di atas kebolehan anda sendiri. Ini boleh di tunjukkan semasa temuduga saringan (screening interview)

Focussing Your Thoughts
Penemuduga biasanya melihat bagaimana anda fokus dengan pendapat anda. Mereka memerhati dan menganalisa bagaimana anda merangka jawapan dan memberi tindakbalas dalam menyelesaikan sesuatu masalah berbangkit.

Giving Genuine Answers
Penemuduga boleh mengesan sekiranya anda memberi jawapan yang tulen, atau berpura - pura memberi jawapan yang di hafal.

Demonstrating Your Enthusiasm
Penemuduga juga boleh melihat semangat, usaha calon, cita - cita, kepintaran dan kebolehan untuk berfikir secara logikal dan analitikal.

Ability to Get Along With Colleagues
Penemuduga akan menimbulkan soalan untuk menentukan keupayaan anda untuk bekerja bersama rakan - rakan sekerja lain. Mereka boleh mengukur melalui cara anda menjawab soalan, berfikir dan meluahkan perasaan anda.

A Sense of Humour
Bergantung pada environment kerja anda, jika memerlukan kemahiran ini. Ia penting supaya pekerja boleh meredakan ketegangan di tempat kerja.

Emotional Quotient (EQ)
Majikan percaya, keupayaan IQ semata - mata tidak menjamin kualiti kerja yang bagus. Ia perlu di seimbangkan dengan EQ yang baik. Ia termasuk kesedaran diri, ketabahan, keyakinan diri, motivasi diri dan kemahiran meyakinkan (persuasive).


Aku rasa, setakat ini sahaja. Sekadar panduan supaya peluang untuk berjaya dalam Job Interview lebih besar untuk anda.  

Kekal Momentum

/ January 15, 2012 /
IKM JB United (IKMJB) membuka tirai 2012 dengan kejayaan menewaskan pasukan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) 1 - 0, dan hari berikutnya berjaya menundukkan cabaran Jabatan Imigresen dengan keputusan 2 - 1 pada siri perlawanan persahabatan bola sepak yang di rangka sepanjang tahun ini. Kedua - dua perlawanan telah berlangsung di padang utama IKM Johor Bahru.


Permulaan yang baik, setelah pasukan ini berehat panjang pada November lepas. Permulaan perlawanan yang agak perlahan ketika menentang JAIJ, namum ia sedikit berbeza ketika menentang Imigresen pada hari berikutnya. 


"Pemain melalui rehat yang panjang, dan kita jarang - jarang mengadakan latihan. Dari segi stamina memang jelas pemain kita perlukan improvement. Kita menang dengan satu gol, dan mereka kalah kerana mereka gagal menghasilkan sebarang gol", ujar Pengurus pasukan, En. Khairul selepas tamat perlawanan menentang JAIJ.


Dalam perlawanan tersebut, Hanif menjaringkan gol tunggal perlawanan, menghukum kesilapan pertahanan pihak lawan memberi ruang untuk beliau melakukan percubaan. JAIJ juga melakukan beberapa percubaan bahaya tetapi ketangkasan penjaga gol IKMJB wajar di puji dalam menafikan setiap percubaan tersebut.


Perlawanan kedua menentang Imigresen, corak permainan lebih agresif di tunjukkan di mana kedua - dua pasukan berbalas serangan tetapi gagal menemui penyudah. Di separuh masa kedua, IKMJB terus melancarkan serangan dan berjaya memecah kebuntuan apabila hantaran Hanif dari sebelah kanan pintu gol mudah di sempurnakan Padin untuk gol pertama perlawanan.


Nyata, gol itu membakar semangat pemain dan selang 5 minit kemudian, berpunca daripada tendangan sudut, Ajak menanduk masuk bola di depan pintu gol yang sudah ternganga untuk gol kedua. Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Imigresen melancarkan serangan dan berjaya merapatkan jurang gol, tetapi masih belum mampu untuk mengelak daripada kekalahan.


"Saya harap untuk perlawanan akan datang, pasukan ini dapat kekalkan momentum kemenangan, dan sebagai langkah persediaan untuk kita menghadapi Sukan Staf IKM/KKTM tidak lama lagi", kata Rambong, ketua pasukan IKMJB.


Hahahaa, dah macam wartawan berita pulak artikel aku kali ni.. Hee, apa yang penting untuk 2012 ni, aku harap aku boleh bagi sumbangan yang terbaik untuk pasukan IKMJB. Taraa...

Apa Asal Kejayaan?

/ January 12, 2012 /
"Tanya sama hati, apa asal sayang, adakah tandanya nampak di pandang..." Teringat bait lagu indah yang di popularkan Seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Anakku Sazali. Cuba olah pula bait ini dengan tanya sama hati, apa asal kejayaan?

Menggapai kejayaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak aspek yang perlu di lalui, perlu di tempuh sebelum anda mengecapi sesuatu yang di idamkan. Bergantung pada apa yang hendak di capai, barangkali ia perlu usaha yang minima atau boleh jadi perlukan usaha yang berlipat ganda. Pokoknya, sejauh mana usaha anda.

Jika anda lihat, Datuk Lee Chong Wei, ikon sukan negara yang memegang gelaran pemain nombor satu dunia dalam sukan badminton. Bagaimana beliau mampu memegang gelaran tersebut, jika tanpa usaha yang berterusan dan kesungguhan yang tinggi dalam merealisasikan impian tersebut?

Sumber : dah lupa da...

Antara faktor yang menyumbang kepada penterjemahan kejayaan ialah disiplin. Walau apa jua bidang yang anda lalui, sukan, belajar, memasak dan (sebagainya), disiplin menjadi tunjang utama. Disiplin dari segi masa, minat, kesungguhan dan juga komitmen anda dalam melakukan perkara tersebut.

Selain itu, anda perlu sentiasa fokus dengan matlamat yang anda sasarkan. Lalai dan tidak bersungguh boleh meragut dan membunuh kejayaan yang bakal anda tempa kelak. Hindarkan diri dari melakukan atau terjebak sama sekali dalam perkara - perkara yang boleh melalai dan menghanyutkan minda anda.

"Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, menyembah berhala dan menenung nasib adalah termasuk amalan syaitan. Maka jauhilah, mudah - mudahan kamu beroleh keberuntungan" - Al - Maidah, ayat 90.

Jelas, dalam ajaran agama juga turut menyebut menjauhi perkara yang haram (termasuk melalaikan) merupakan kunci kejayaan. Justeru, hindarilah perkara yang melalaikan, seperti khayal melayari laman sosial sehinggakan terlupa untuk menunaikan kewajipan... dan lebih menyedihkan, ada yang taksub dan seronok meluah perasaan.. dan teruja melihat berjuta - juta rakan menekan "LIKE" sedangkan jutaan manusia itu tidak mampu memberi sebarang pahala dan kebaikan pun.

Jika sudah melakukan usaha yang terbaik, maka di saat itu tadahlah tangan anda, dengan rendah diri memohon kepada Tuhan, mudah - mudahan Dia memperkenankan segala usaha dan doa anda. Akhir kata, jadilah manusia yang bekerja keras, semoga anda akan menjadi manusia yang berjaya bagi kehidupan di dunia dan juga di akhirat kelak. :D

Bantal Kekabu

/ January 9, 2012 /
Blog entri blogger pilihan minggu ini, aku tertarik dengan artikel Pn Suri mengenai Homemade Bantal Musyuk. Blog entri tersebut mengisahkan bantal busuk, dan yang buat aku tertarik, ada penggunaan kekabu di situ. Yup, bantal kekabu. Biasa dengar kan??

Awal 90 -an, keluarga aku berpindah ke Perak, dan di kawasan rumah aku ada beberapa batang pokok kekabu yang besar dan dah pun menghasilkan buah kekabu. Bila musim berbuah je, seronok juga mengutip kekabu yang luruh bak salji... wakakaaa... atau pun mengait buah yang masih di atas pokok.

Sumber : fazlisyam.com

Seronok tengok bila buah tu dah kering, dan mengembang... gebu je nampak.. tapi tak syok bila bersepah - sepah dan susah untuk mengumpulnya bila di tiup angin. Yang paling perfect, buah tu dah kering, tapi masih kemas macam susunan biji jagung tu.. Tugas aku masa tu mengasingkan biji dan pangsa - pangsa antara kekabu.

Sumber : imtiyazmaju.blogspot.com

Bila dah cukup banyak untuk jadi sebuah bantal, wahh syoknya. Ada yang suka bantal mampat, dan ada yang suka sedang - sedang aje. Buah kekabu ni jugak, bentuknya macam ikan paus pon ada. Aku dan abang, selalunya mengait buah yang muda, dan mengukirnya menjadi paus. Entah apa yang seronok bermain paus, aku pun tak paham lerr.. Kanak - kanak, semua benda nak di jadikan permainan.

Tahun bersilih, musim berganti.. demi kemajuan kampung, cewaahhh di tambah pulak mendengar rungutan budak - budak kampung yang sering ternampak lembaga bergayutan di pohon tersebut sewaktu pulang dari kerja, maka pokok tu di tebang.... dan takde dah pokok kekabu dan sumber untuk buat bantal kekabu.

Entahla, blog entri Suri tersebut membangkitkan nostalgia aku zaman kanak - kanak dulu, dan tak salah aku mengabadikan juga cerita pokok kekabu dan buahnya dalam Perjalanan Ini untuk tatapan anda. Ada pokok kekabu? Jom mengutip kekabu, he he he..

Tips Membeli Tayar Kereta

/ January 8, 2012 /
Kata orang, bila menggunakan kenderaan seperti kereta contohnya, bukan sahaja perlu tahu membawanya, tetapi kena ambil tahu juga untuk perkara - perkara lain. Bukanlah bermaksud kita perlu mengetahui 100% selok belok mengenainya, tetapi cukup sekadar perkara asas.


Tayar kereta juga merupakan komponen utama bagi sesebuah kenderaan. Ia di cipta untuk memudahkan pergerakan. Pemilihan yang tidak sesuai boleh mengakibatkan masalah dan ketidaksesuaian pada kenderaan seterusnya memberi masalah pula pada kita.

Jadi, mari kita lihat sejenak, maklumat yang ada pada sisi tayar (sidewall) kenderaan anda. 



1. Brand - Jenama pengeluar tayar.. Macam aku guna sekarang, Yokohama
2. Tyre Pattern Name - Nama spesifik untuk model berkenaan
3. Tyre Wear indicator - petunjuk ketebalan / kehausan bunga tayar
4. Tyre Construction - Bila tayar tersebut di buat, contohnya 2311 memberi maksud ia di buat pada minggu ke - 23, tahun 2011.
5. Maximum Load and Pressure - Beban maksimum yang boleh di tampung dengan tekanan yang sesuai
6. Mounting Direction - Arah rotation
7. Speed Index - Kelajuan maksimum untuk tayar tersebut, S: 180km/j, T: 190, U: 200, H: 210, V:240, W: 270 dan Y : 300. ZR untuk kelajuan melebihi 270km/j.
8. Tyre Size - 195/55R15 H, 195 : lebar tayar ialah 195mm, 55 : tinggi sisi tayar ialah 55% berbanding lebar tayar, 15 : diameter tayar ialah 15 inci, H : speed index - 210 km/j.

Jadi, kalau rasa nak pakai tayar baru, ada duit lebih sikit carilah tayar yang betul - betul sesuai dengan penggunaan dan jenis kereta anda. Kalau selalu jalan jauh, berbaloi kalau cari tayar yang bagus, taklah cepat sangat kena tukar tayar baru kan? 

Aku pun baru je pakai kereta, dan taklah cekap dan pandai sangat bab automotif ni. Tapi kena ambil tahu juga perkara - perkara sebegini. Aku gunakan petunjuk yang di berikan oleh Michelin untuk penentuan tayar  kereta aku. Jadi untuk lain kali senang aku nak beli tayar. Boleh tahan juga harganya, hee lebih kurang je harga tayar yang aku gunakan sekarang. :D



Benda - benda macam ni kita boleh tanya kawan - kawan yang dah biasa dengan kereta, atau pun mekanik yang kita dah kenal lama jugak. Saja - saja nak post di sini. Kalau ada salahnya, mohon anda betulkan. Aha, kalau anda ada tips sendiri, apa salahnya berkongsi, kan? Adios. 

Bagaimana Ia Bermula

/ January 5, 2012 /
Sesuatu yang berlaku atau tercipta hari ini, pasti ada permulaannya. Begitu juga dengan apa yang berlaku hari ini, akan menjadi titik mula bagi sesebuah perkara yang di sebut akan datang. Aku cuba mengajak anda untuk menggamit semula sejarah lama, berkenaan topik bagaimana nama gelaran/ samaran/ pena anda bermula.

Umum, manusia yang lahir akan di beri nama untuk di panggil. Objek sekeliling kita juga ada nama tersendiri dan cuba di ubahsuai mengikut gelaran - gelaran tertentu. Nama yang di berikan ibu bapa kita pastinya indah - indah dan punya maksud yang mereka gemari.

Waktu dahulu nama agak ringkas, maka terbitan nama samaran jarang - jarang di gunakan sebaliknya menggunakan nama penuh yang ringkas dan mudah di ingat. Tetapi, anak - anak kecil masa kini, nama agak panjang dan moden, kadangkala terbelit juga lidah nak menyebutnya. Maka, dengan itu terbitlah nama gelaran/samaran yang lain untuk ringkasan.

Biasanya, nama gelaran ini muncul di kalangan rakan taulan... yang mungkin mengambil nama sempena perlakuan, identiti, gaya, tempat tinggal dan beberapa cara unik lain untuk memberikan gelaran. Boleh jadi juga nama samaran di sekolah lain, di universiti lain dan di tempat kerja lain. 

Sebagai contoh, kawan aku nama sebenar Hamizan. Di kampung, orang memanggilnya Mat, di sekolah Mizan, tapi di universiti orang memanggilnya Acai. Macamana boleh jadi Mat? Dan macamana pula menjadi Acai? hehee, ada juga kawan - kawan yang di panggil mengikut tempat tinggal, "Rawang, Ketereh".. dan.... bermacam - macam gelaran lagi lah.



Di sini, pasti lebih menarik jika anda yang membaca artikel ini, sudilah kiranya berkongsi dengan pembaca lain di ruangan komen, apa nama gelaran/ samaran anda, dan bagaimana ia bermula. Kalau nak letak bagaimana nama pena (blogger) tercipta pun boleh juga. :D

Bagi aku, memang sejak dari kecil (mengikut apa yang aku dengar di rakaman suara), di panggil Padin, di sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah di universiti dan di tempat kerja orang memanggil Padin. Hatta, dalam laman sosial seperti blog dan facebook juga aku menggunakan nama tersebut. 

Hehee, walau apa pun, kalau kita terlibat dalam memulakan gelaran orang lain, gelarlah dengan nama yang baik dan bermakna, sebab nama tersebut akan sentiasa di panggil dan kita hendaklah selesakan orang yang di panggil tersebut. Lebih baik lagi, tak payah nak bagi gelaran apa - apa, guna je nama yang ibubapa diorang daftarkan. Apa kata anda? Hee,

Mari Ke Sekolah 2

/ January 3, 2012 /
Perjalanan Ini di teruskan macam biasa untuk tahun 2012 pula. Teringat komen saudara Biomed, bila hendah 'pencen' berblog? Aku pun tak tahu lagi jawapannya, cuma buat masa sekarang aku masih ada hati untuk terus menulis dalam lembaran ini. Sokongan dari rakan - rakan membuatkan aku terus tegar untuk melontar kata - kata di sini.

Minggu pertama bulan pertama tak banyak yang di perkatakan selain daripada ucapan tahun baru, review tahun sebelumnya dan yang paling menarik mungkin pengalaman kali pertama menghantar anak ke sekolah Tahun 1. Pasti berbagai ragam. Ada yang teruja dan barangkali ada juga sebaliknya.

Bagi blogger Lagenda Mahsuri a.k.a Mak, pastinya melalui keadaan baru, menghantar anak sulungnya ke sekolah asrama. Hehee, sempat juga aku berbual dan isi perbualan antara lainnya menyebut dia walaupun berasa berat hati tapi bangga anaknya masuk asrama. Bagi aku, ia suatu keputusan yang baik juga, sebab memang ada kelebihannya tinggal di asrama.

Koleksi Komik aku, : Once Upon a Time

Mengimbas kembali semasa aku di Tingkatan 1, aku yang teruja untuk masuk ke asrama. Tetapi tak sampai seminggu, aku merasa sedih dan rindu (hahah) pada kampung halaman. Makanan pun tidaklah begitu menyelerakan, dan keadaan yang sangat berbeza jika di bandingkan dengan rumah sendiri. Selesai orientasi aku membuat panggilan ke kampung mengatakan mahu pulang dan tidak mahu belajar di sana.

"Kamu jangan mengada! Dulu kamu yang beriya - iya nak masuk, dah banyak abis duit kamu taknak sekolah? Kalau berani, balik lah kampung!!!" Jawapan padat daripada Abah aku. Walaupun perasaan tawar, tapi terpaksalah juga tekadkan hati untuk hidup di asrama, tak larat dah nak ber-kungfu dengan Abah tiap - tiap hari.

Bila berkumpul dengan keluarga, keluar semula cerita begini memang di sulami hilai tawa. Lirik senyum yang panjang, memberikan aku tamparan betapa indahnya pengalaman sedemikian.... untuk satu tempoh akan datang. Pengalaman ketika mendaftar Tahun 1 pun masih segar lagi dalam ingatan, walaupun dah hampir 20 tahun peristiwa tu, :D

Pengalaman anda?

Note : Baca juga Mari Ke Sekolah 1

Bab 4 : My E-Day

/ January 2, 2012 /
Cereka ini di taut dengan Bahagian 4 : E-Day.


"Andai Kata boleh jadi Dusta, Ikatan ini Galang gantinya.."


Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap