padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Blog Kedua

/ September 29, 2011 /
Emm, update ringkas sahaja untuk entri terakhir bulan September ni. Yup, aku ada blog kedua..
Sebenarnya pun bukan blog kedua, tapi lebih kepada blog cubaan.. Blog untuk menguji template, termasuk lah rekabentuk, kelajuan, kesesuaian dan bila dah berpuas hati baru aku gunakan di blog utama.


Kalau tengokkan, banyak je tutorial, tips dan pelbagai lagi panduan dalam berblog. Jadi aku cuba dahulu di blog kedua, dan bila aku rasakan ia sesuai, aku apply la.. Lagipun kalau tak menjadi, blog kedua yang jahanam, hahah..


Jadi, alang - alang dah ada blog kedua takkan lah takde posting kan.. So, aku reka lah satu cerita, dan aku jadikan blog kedua tu sebagai blog cerpen. Tapi tulah, dah namanya blog kedua, kurang la mendapat perhatian. Aku nak update blog ni pun malas, blog kedua berganda malasnya..


Hahah, kalau pembaca blog ni dah takde kerja, bolehlah baca cerpen aku di sana.. Cerita tu hanya rekaan, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada, ia hanya kebetulan sahaja.. hee..


"Hujan. Memang mudah untuk fikiran menerawang, hanyut di buai perasaan. Membuka tirai kenangan lama, melondehkan satu persatu, saat indah suka duka diari kehidupan lalu. Suasana yang dingin, kelam, mengingatkan aku tentang seseorang, yang berada jauh dari pandangan mata dan hati. Seraya, mengimbas kembali detik perkenalan aku dengan Wanie, seorang gadis desa, berlesung pipit di kiri, alis mata yang cantik, dan kehalusan dalam bual bicara. - Detik Itu Bermula"


Sekian.

Gambaran Peribadi

/ September 28, 2011 /
Semasa aku mengambil ujian MUET, sesi perbincangan dalam kumpulan, tajuk yang di berikan ialah "Penampilan Lambang Peribadi".. Tajuk macam boleh goreng, tapi bila kena bincang dan bercakap dalam Bahasa Inggeris, 10 minit tu memang terasa sangat lama.


Banyak juga isi yang kami bincangkan. Tapi dah tak berapa ingat, 2004 dan 2011 tu memang banyak dah hari yang di lalui hehee.. Tapi takpe mari kita bincangkan semula, dan sambil - sambil mengucah kuaci boleh juga anda memberi pandangan anda.


Di bangku sekolah lagi kita memang di ajarkan untuk mengenakan pakaian yang kemas, bersih dan sopan. Penampilan sebegini memang sesuai dengan pelajar yang berilmu, profesional dan berketerampilan. Sama halnya di tempat kerja, penampilan perlu sentiasa di jaga.


Kalau semasa di sekolah, baju tidak bergosok mungkin boleh di terima lagi, tetapi bagi orang yang bekerjaya, lebih elok rasanya kita mengenakan pakaian yang kemas supaya selain boleh menunjukkan imej yang baik, ia juga boleh menjadikan individu lebih confidence.


Bagi yang ada rambut, sisir lah denganpenampilan lambang peribadi rapi. Jangan lupa menyapu minyak rambut supaya tidak kelihatan kusut masai dan selekeh di tempat kerja. Walau apa pun profession kita, perlu untuk kita memastikan diri sentiasa segar, dan kelihatan profesional. Bukan untuk mendapat anugerah, cukup sekadar untuk mendapat good impression dari rakan sekerja atau Bos.


Sebagai pendidik, aku memang menekankan hal penampilan ni. Bayangkan jika guru sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik, masakan pelajar mengambil endah apa yang di sarankan kepada mereka. Nanti ibarat ketam mengajar anak berjalan pula.


Falsafah aku, biar diri tak handsome, asalkan segak! hahah, boleh terima ke? Penampilan mencerminkan peribadi. Tapi, ada juga inferens negatif yang mengatakan, penampilan semata - mata tidak boleh di jadikan ukuran. Ada juga pembunuh upahan yang memakai sut kemas, dan ada juga hartawan yang hanya memakai selipar.. err.. Terpulang lah kan.. pembawakan diri masing - masing.


Pendapat pembaca pula bagaimana? Apa komen anda mengenai topik 'Penampilan Lambang Peribadi'?.. Mungkin, anda punya jawapan sendiri?..

Survival Hidup

/ September 26, 2011 /
Teringat babak di mana Kapten Barbossa menceritakan situasi di mana dia dan Black Pearl yang cuba di musnahkan oleh Blackbeard, dia cuba bertahan dengan segala usaha yang ada dan walaupun terpaksa hilang sebelah kakinya, namum Barbossa tetap optimis untuk survive.


Begitulah hendaknya kita dalam hidup ni. Jangan mudah mengalah. Hidup dengan azam. Hidup dengan usaha. Pasti segala apa yang kita hajati akan berhasil. Bulatkan tekad, hadapi segala rintangan dengan cara penyelesaian yang terbaik.


Siapa yang boleh bantu kita untuk cemerlang dalam peperiksaan? Siapa yang boleh bantu kita untuk hidup sempurna? Siapa yang boleh bantu kita untuk mendapat kerjaya yang baik? Siapa yang boleh bantu kita untuk memenangi pilihan hati?

permandangan laut
Tanya diri anda, dan at the end of story, semua jawapan itu akan berbalik kepada diri anda. Andalah yang akan menentukan laluan hidup anda samada cemerlang, ataupun apa sahaja yang anda hajati. Bagi aku, semua yang berlaku dalam ranjau kehidupan aku adalah motivasi terbaik untuk aku bertahan.


Aku survive sendiri dalam penentuan kehidupan yang aku telah, sedang dan akan aku lalui. Pasti kalian juga begitu. Aku taknak menyusahkan isi keluarga aku, dan apa sahaja kehendak, aku yang buat keputusan mengikut apa yang aku mampu.


Bagi yang mengikuti 'cerita' aku, sememangnya aku agak ketinggalan dan lambat dalam setiap perkara. Tetapi aku tak cakap aku tak akan dapat memilikinya kan? Mungkin cepat atau lambat sahaja. Manisnya bila memiliki sesuatu dengan usaha sendiri. Ibubapa, guru dan kawan - kawan mungkin sebagai pendorong semangat sahaja.


Yang pentingnya ada perancangan dan tekad yang kuat untuk melaksanakan perancangan tersebut. Dulu - dulu bukan aku tak mahu beli kereta, bukan aku tak mahu ambil lesen memandu, tetapi aku hanya memikirkannya bila keadaan sesuai. Bila status kewangan dah stabil, bolehla berkira - kira untuk maju setapak lagi.


Aku bukan jenis yang nak sesuatu perkara, perlu segera dan perlu menyusahkan orang lain. Tidak. Biarlah lambat sedikit asalkan tidak mengheret orang lain. Ada yang hidupnya mudah, semuanya di suap - sedikit pun aku tidak berasa cemburu kerana itu laluan hidupnya sendiri. Apa yang aku tekankan di sini, mana - mana yang senasib dengan aku, hanya satu perkara - ukur baju di badan sendiri.


Beringatlah tentang satu perkara, jika anda fikirkan boleh, anda pasti boleh! Sebab, semua yang terjadi dalam hidup anda, diri sendiri yang menetukannya. Tara...

Yang Tidak Boleh Di Beli

/ September 24, 2011 /
Kalau kebiasaan, kita akan lihat "Not For Sale" dan di terjemahkan sebagai "Bukan Untuk Di Jual". Tetapi sama atau tidak kalau aku letak dua ayat ni, "tidak boleh di beli" dan "bukan untuk di jual"?.. Err aku pun tak pasti, tapi macam best je letak tajuk tu..


Banyak perkara atau benda yang tidak boleh dijual-beli. Setuju? Heheh.. Dalam lagu Raihan pun ada kan, "Iman tak dapat di jual beli... dari seorang ayah yang bertaqwa.." Memang benar, tak semua perkara kita boleh beli dengan apa yang kita ada, kemewahan, kemasyhuran.. Sekalipun secara fizikal kita seakan mampu memiliki kesemuanya, tetapi ternyata ia adalah silap.


Kita tidak boleh membeli jiwa.not for sale Kita tidak boleh membeli perasaan. Kita tidak boleh membeli pengalaman. 3 cukuplah, banyak lagi elemen yang tidak boleh di beli. Mungkin, elemen yang selebihnya aku berikan pada kreativiti blogger untuk membuat olahan sendiri. Ada berani?


Jiwa, perasaan dan pengalaman ini merupakan kombinasi terbaik dalam membezakan setiap individu terhadap individu yang lain. Mungkin pengalaman di tinggalkan kekasih sebagai suatu kenangan pahit yang sukar di lupakan, atau mungkin juga ia kenangan manis yang akan di kenang sampai bila - bila.


Perasaan ketika pertama kali berjumpa hantu, perasaan semasa di khatankan, perasaan ketika pertama kali jatuh motor, perasaan ketika bermain Roller coaster, perasaan ketika mengambil ujian memandu bersama JPJ, perasaan ketika pertama kali meluahkan isi hati - ke semua ini memang tidak boleh di jual kepada orang lain.


Kalau nak tahu apa rasanya di sengat tebuan, nak tahu apa rasanya di tampar di pipi berkali - kali, nak tahu apa rasanya kuku tercabut, nak tahu rasanya hidup menanggung rindu anda perlu melaluinya sendiri dan sesudah itu, barulah anda dengan senang hati boleh berkata, "Aku pernah rasa pengalaman itu.."


Pengalaman tidak boleh di beli, juga ia bukan untuk di jual. Pengalaman adalah untuk perkongsian. Pengalaman akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, jika dan hanya jika kita benar - benar mahu ia menjadi lebih baik.


Entri ini adalah catatan aku yang ke 300 dalam laman padinno, dan aku tak sangka rajin jugak aku menulis hahhaa.. Tak boleh di beli jugak angka ni kalau aku sendiri tak melaluinya kan.. Agak - agak tahun ke berapa angka ni genap 1000? Entahla kan.. Sebenarnya, aku dah merepek je ni. Mula - mula tadi ada idea, tapi bila kopi dah abes, idea entah hilang ke mana..


Kurang sempurna artikel ni.. Aku pun taktahu di mana silapnya, nak olah semula panjang pulak, nak delete.. dah berapa perenggan aku garap nih.. Rugi. Sekali sekala buat entri macam ni, apa salahnya. Kalau salah, lain kali aku tak buat lagi. He He He..

Bangga Mereka Berjaya

/ September 22, 2011 /
Hahah, menghampiri penghujung September, baru 8 je blog entri yang terhasil (tidak termasuk entri ini), tidak hairan lah 2 tahun dah dalam blogging, post entri belum cecah 300. Tapi takpe, tulis banyak - banyak pun belum tentu ramai orang yang baca blog ni.. Slow and steady je lah. :D


Bulan ni jugak aku belum lagi membuat ulasan, tips atau panduan untuk blogger kan? Heheh, nak mencari kelainan tu bukan perkara senang (bagi aku la), dan kalau nak post benda yang sama aja, pergi blog ni, pergi blog tu, pergi blog sana-sini semua yang sama je, bosan juga kan?


Tak perlu melalut lebih panjang, di kesempatan ini, aku bukanlah untuk memberi tips, tapi hanya ingin menyuarakan rasa bangga aku pada kawan - kawan blogger yang rapat dengan aku suatu ketika dulu, kerana sekarang boleh kata mereka telah berjaya.


Berjaya di sini, ikut konteks la. Kalau sasaran untuk mencari pendapatan yang berbaloi melalui blogging, aku rasa mereka memang dah berjaya. Kalau sasaran untuk mencari pengunjung yang Woww!! aku rasa mereka dah berjaya.. dan lain - lain sebab lah kan.. Hehehee sebab minat dan halatuju blogging ni terlalu subjektif.


BloggerAlexa Rank
Ciktom148,932 (WP)
Belalang141,344 (WP)
Ellen 53,421 (WP)
Mak Lagenda217,100 (WP)
Jericho493,569 (WP)
Mankete 99,283 (BS)
Padin373,764 (BS)
Jadual 1 : Alexa Rank for Blogger


Kalau tengok jadual di atas, kebanyakan mereka telah berpindah ke Wordpress dan melangkah maju setapak ke hadapan lagi. Aku masih dalam 'keluarga blogspot', dan Alexa Rank aku corot gila hahaa keh3..


Tapi, yang buat aku seronok, blogger berjayasekarang aku boleh berjimat untuk membeli suratkhabar sebab kebanyakan berita terkini aku boleh dapatkan di blog diorang :D, termasuk tips memasak dari Ciktom yang di jamin mudah dan sedap... Bak kata orang, semua maklumat ada di sekeliling aku je. Nak maklumat, just one click!


Jadi, kalau ada sesiapa yang ingin berjaya seperti diorang bolehlah berguru dengan diorang, aku pasti diorang takkan mengabaikan pertanyaan korang. Kalau apa yang sarankan ni bercanggah, aku minta maaf lah sebab saranan aku ni berdasarkan apa yang aku kenal diorang waktu dulu, sekarang ni entahlah.. jarang dah berbual.


Okey, itu sahaja kali ini. Walau apa pun tujuan anda berblogging, tak perlu nak kecoh - kecoh, tak perlu nak bergaduh, umpat sana umpat sini. Dunia blogging ni kecik aja.. :D,bersatu lah, berkerjasamalah dan beramah-mesra lah, tak rugi apa pun. Babai.

Cabaran Blogger : Bola Tepuk

/ September 21, 2011 /
Cabaran Blogger dari Bro Ismail N kembali lagi, dan kini DLSL memfokuskan kepada permainan kegemaran di masa kanak - kanak (mungkin dalam siri mengenang waktu kanak - kanak), dan blogger yang berminat bolehlah membuat satu entri berkaitan, dan di sertakan juga sebab - sebab anda menggemari permainan tersebut dan juga pengalaman menarik mengenainya.


Dalam entri 'Memori Itu' lalu, sempat juga aku selitkan beberapa permainan aku di masa kanak - kanak. Tapi untuk Cabaran blogger ini, Bro Ismail hanya ingin menamakan satu sahaja permainan kegemaran. Baik, seperti tajuk di atas, terang - terang aku sukakan permainan bola tepuk.


Bola Tepuk
Ramai yang dah mengetahui bola tepuk ni macamana kan? Tapi takpe, aku bagi breifing lagi mengenainya. Bola tepuk ni permainan bola sepak lah, di mana pemain di buat daripada kertas (lagi keras lagi power). Biasanya, aku memilih kotak ubat nyamuk Fumakilla pasal kertas dia keras sikit.


Kemudian kertas tersebut di potong, di lipat dan di tulis/lukis lah jersi dan nama pemain untuk pasukan tertentu. Bola pula boleh di buat dari kertas timah kotak rokok atau kalau yang lebih advance, boleh ambil manik di jarum tudung, atau manik pada bunga hiasan atau nak lebih kenyal dan padu, boleh ukir getah pemadam menjadi bulat.


Dalam keluarga, aku dan abang aku seorang je, jadi kami berdua je lah yang main. Kami mula bermain liga Malaysia dan England dari 1993 sehingga 2004, dan di sambung dengan menggunakan PS1 dan 2007 kami mula menggunakan PS2. Dalam tahun 2000, kami mula bermain liga Sepanyol dan Itali. Kalau ada tournament besar seperti World Cup dan Euro, kami buat pemain lain.


Format pertandingan, kami yang reka sendiri. Dari tahun ke tahun, ada je improvement. Pada awalnya kami bermain 8 pemain sepasukan, dan pada tahun 1997 kami bermain 11 orang dan memperkenalkan sistem kad. Dalam tahun 2000, kami meletakkan pengadil di tengah padang, dan kalau rembatan bola menjatuhkan pengadil, prittttt Red Card!! hhahaa


Dalam EPL, kami hanya memilih 12 pasukan sahaja. Liga Malaysia, semua pasukan main. Musuh tradisi dalam permainan ni semestinya Selangor-Perak,dan Arsenal-Manchester United. Main memang serius gila lah, kalau kalah tu memang boleh buat bergaduh. Sampai tak bertegur sehari pun ada.. hahaa


Pengalaman yang aku rasa menarik, pernah suatu ketika, abang aku mengamuk pasal MU kalah dengan Marseille 1-0, masa tu dah guna PS1.. dia mengamuk dan pecahkan joystick.. Aku hanya terdiam je la pasal benda tu pun dia yang beli..Bila dah pecah tu, dok termenung je la pasal nak main dengan apa? hahaa..


Bila aku di sekolah, aku bawakan game ni di asrama. 2002, time World Cup, dan masa tu aku ambil Brazil.Keh3.. Dalam peringkat kumpulan, memang aku belasah team - team lain, dan bila masuk final memang aku jangka aku menang mudah, tapi rupanya penyokong semua bagi pressure kat aku. Sudahnya aku kalah 4-2 dengan Itali.. hampehh betul..


Kat sini aku tak dapat nak tunjukkan gambar - gambar pemain yang aku ada, sebab mak aku dah bakar kesemuanya.. Tapi memang best lah, siap colour dengan 'colour magic' lagi tu, tapi tulah kenangan.. hahahh..Jadi persoalan kedua Bro Ismail, kenapa suka permainan ni? Jawapannya, ada kat atas tu hehee...

Transformasi Jentera

/ September 20, 2011 /
Ehem, sedar tak sedar dah genap 2 bulan aku memiliki kereta sendiri, dan Alhamdulillah makin serasi nampaknya dengan jentera Honda Civic EG9 ni.. Heheh.. Boleh kata ia menjadi koleksi kesayangan aku sekarang ni, menolak keutamaan Honda EX5, Presario C35 dan Nokia E75.


Cuti raya tempoh hari, aku seorang diri membelah Lebuh Raya Utara-Selatan, sejauh 550 km dengan muatan petrol 40 Liter dan cukup untuk sampai di hadapan pintu rumah. Sekembalinya ke Johor Bahru, membelah pantai timur pula pada minggu berikutnya ke Kuantan dan Dungun untuk bertemu dengan Dr Hafidzah.

hiasan dalaman eg9

Jentera ini aku beli daripada staf di jabatan aku, dan disebabkan hal itu jentera tersebut memang sangat di kenali di IKMJB. Tapi yang tak seronoknya orang masih memandang jentera tersebut sebagai jentera pemilik lama. Aisehh :D


Aku sedang merencanakan beberapa transformasi bergantung pada lebihan kewangan yang ada. Hehehee.. Dari segi enjin dan prestasi aku rasa sekarang pun dah steady, cuma bila terlihat paparan imej di blog entri Bro Ismail N, jadi macam teruja pulak nak tukar warna jentera ni kepada hitam. Hehee..

honda civic eg9 black
Sumber Gambar : dululainsekaranglain.com

Satu dua perkara yang nak di tambah, termasuklah menggunakan bumper EG6 yang lebih menawan, dan pemasangan sunroof. Tapi perkara ni mungkin berlaku bila majlis pertunangan selesai kot.. Tengoklah mana yang boleh sambar dulu, ekekee.. Pertukaran sistem transmisi dari automatik ke manual.. err nanti - nanti lah kot..

honda civic eg9 with sunroof
Sumber gambar : honda-tech.com

Nak ronda - ronda?

Tahniah XYZ

/ September 18, 2011 /
Heheh hujung minggu ni tambah pulak cuti sehari, jadi tepu pula.. Tengok kiri tengok kanan, ZZZZ hahaa.. Bangun tidur, ZZZZ semula...


Apa pun, blog entri kali ini hanya untuk mengucapkan tahniah pada Pn XYZ kerana selamat menimang cahaya mata pertama pada 1 Syawal tempoh hari.. Ada yang masih ingat blogger MissXYZ? Dah kahwin kena panggil Pn XYZ la pulak kan..


Blogger yang menggunakan domain ahmad al mahdilensahidup.com (dah expired domain ni) selamat melahirkan bayi lelaki yang di beri nama Ahmad Al Mahdi, seberat 3.2 kg pada 2.58am 1 Syawal. Kebahagiaan berganda di pagi Syawal kan hee..


Di kesempatan ini, aku ingin sekali mengucapkan tahniah, dan semoga dengan kelahiran Ahmad Al Mahdi ni menambahkan lagi kebahagiaan dan kasih sayang Pn. XYZ bersama suami. InsyaAllah ada kelapangan dan rezeki, bolehlah menjenguk anak sulung Pengopi Tegar ni hehee..


Sekian.

Memori Itu

/ September 16, 2011 /
Kehidupan di teruskan dari hari ke hari, dari usia remaja menganjak dewasa dan begitulah formatnya yang mana semua manusia juga akan melaluinya tanpa boleh untuk skip walau satu fasa pun. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan angka umur, malah juga perubahan dari sikap, pemikiran dan tanggungjawab.


Perubahan ini mungkin juga di kaitkan secara langsung dengan perubahan persekitaran seperti zaman pemerintahan, kewujudan teknologi terkini, undang - undang baharu, faktor ekonomi dan sebagainya. Suatu perkara yang tidak akan terpadam ialah memori dan kenangan itu akan menjadi sejarah seadanya.


Dalam minggu ini sahaja, banyak bahan bacaan aku termasuk penulisan artikel di majalah, komik mahupun di blogosphere sendiri berkaitan mengenang memori lama semasa di zaman kanak - kanak. Antara yang aku sempat untuk pautkan di laman ini ialah tulisan Bro Ismail mengenai Sebab Dulu Tak Ada, tulisan WR mengenai kemeriahan Piala Malaysia.


Dalam komik APO? isu 305 juga, permainan kanak - kana 80anKartunis Pandan cuba menyorot semula nostalgia lama dengan memaparkan beberapa jenis permainan kanak - kanak 80- 90an. Sesetengah permainan itu masih ada di jual sehingga kini seperti DinDang, Tora dan JoJo tapi taklah popular macam waktu dahulu.


Tak boleh kata juga kanak - kanak sekarang perlu bermain dengan permainan seperti itu, tetapi aku rasa memang permainan dulu lebih mengakrabkan hubungan sesama rakan sebaya termasuk ibubapa rakan itu sendiri. Sekarang pun masih ada, tapi melalui perbandingan aku ia seakan janggal sedikit.


Sumber Gambar : kembara-giantpolar.blogspot.com

Antara permainan masa kanak - kanak aku :

  1. Askar & Komunis - Patung - patung askar dan komunis ni memang dah di lengkapi dengan senjata, kenderaan, kubu dan lain - lain. Biasanya aku akan jadi komunis dan abang aku akan jadi askar yang kalah! hahaha
  2. Bola Tepuk - Kos yang murah, hanya mengambil kotak terpakai, gunting, lipat dan tulislah nama pasukan dan pemain anda. Memang banyak koleksi ni dulu tapi hilang sekelip mata bila mak aku mengamuk dan membakarnya dalam satu operasi 'pembersihan rumah'.. adehh
  3. Die-Cast Model - Seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini, aku minat mengumpul model kereta mainan ni sejak 93 sehingga sekarang. Semuanya masih dalam keadaan baik dan ada sesetengah model yang telah mendapat warna baru keh3..
  4. Lainnya, permainan Kad Terup bergambar, di antaranya helikopter, kereta, kapalterbang dan kapal. Aktiviti outdoor plak biasanya penggal selipar @ kadang - kadang tin susu, memancing di tali air, teng - teng dan 'Askar & Komunis'.

Heheh.. mungkin ada yang tak di senarai di sini. Anda pula bagaimana??

Kata - Kata Sebagai Doa

/ September 14, 2011 /
Mood untuk blogging sudah kembali, seperti sediakala membaca, memberi ulasan, mencari idea dan menulis artikel baru untuk perkongsian dengan pembaca padinno.com. Apa yang di harapkan agar blog ini mampu memberi manfaat berterusan sekalipun sedikit kepada pembacanya.


Ayuh. Semalam, aku tertarik padatangan berdoa satu artikel yang di karang rapi oleh Saudara Eyman, dan sukacita ingin aku suarakan ulasan aku mengenai artikel tersebut. Isu Ucapan Itu Doa yang di garap kemas Saudara Eyman memang ada benarnya dan ia lebih kepada haluan psikologi.


Kata - kata, ucapan, perkhabaran berita, penulisan rencana,arahan, cacian (di sebut ucapan) merupakan suatu perkara yang perlu kita awasi. Ucapan boleh di pecahkan kepada 3 kategori iaitu positive stroke, negative stroke dan plastic stroke.

Sumber Gambar : tendipsycho.blogspot.com

Dalam ketiga - tiga ketegori tersebut, seeloknya kita memilih positive stroke, supaya ucapan yang kita lontarkan manis di dengar orang lain dan tidak menyakiti hati sendiri secara langsung. Berbeza dengan negative stroke, ucapan sebegitu seakan meminta penumbuk lagaknya.


Plastic stroke adalah di mana wujudnya ucapan bertindih di antara positive dan negative, terpulang yang mana dahulu untuk di sebutkan. Kategori ini juga boleh mewujudkan ketegangan sekiranya ucapan tersebut tidak boleh di terima oleh pendengar atau pelaku pilihan.


Contoh positif stroke biasa kita lihat seperti "Tahniah, anda mendapat keputusan cemerlang", manakala negative stroke seperti "Bodoh betul la, soalan senang pun tak boleh jawab". Plastic stroke? Lebih kurang macam "Sedap betul kau menyanyi, tapi lagi best kalau kau senyap!!" Hahah..


Antara tulisan Saudara Eyman yang menarik ialah .."Jika kita membuka akhbar dan melihat tajuk berita ‘Seorang Penumpang Maut Kemalangan Bas,’ ia tidak menceritakan 40 lain yang terselamat. Begitu juga, kalau kemalangan yang tidak berlaku pun ditulis, ‘Sekeluarga Nyaris Maut Kereta Terjun Gaung.’ Ia tidak ditulis ‘Sekeluarga Terselamat Kereta Terjun Gaung.’.."


Adalah lebih baik jika dodoikan kehidupan kita dengan perkara - perkara baik, manis dan indah kerana secara psikologinya kita akan merasa sentiasa positif. Kita juga di sarankan bercakap hal - hal baik, kerana itu adalah doa kepada Tuhan. Seperti kata orang, masinnya kata - kata orang tua.


Sekiranya anda betul - betul mahukan perkara yang anda inginkan, sebutlah dengan baik dan jelas kerana kita percaya Tuhan Maha Mendengar dan dengan izinNya permintaan kita akan tertunai setimpal dengan apa yang kita usahakan.


Bagaimana komen anda??

Hadiah Ulang Tahun Kelahiran

/ September 13, 2011 /
Hai.. hai.. hai.. apa khabar anda sekalian? Pastinya sekarang kemeriahan sambutan hari raya sudah berkurangan, di mana pekerja kembali menjalankan tugas dan anak - anak kembali ke persekolahan dan mungkin segelintir darinya akan menghadapi peperiksaan.


Apa pun, seperti kata orang, hidup perlu di teruskan. Perjalanan yang entah di mana hujungnya perlu di jalani sebaik mungkin dan kesempatan itu juga perlu di manfaatkan untuk bekalan di hari muka kelak.


Ulang tahun kelahiran merupakan tanda padin junior sebagai umur kita meningkat setahun lagi, dan yang pastinya umur kita juga semakin pendek - menghampiri kematian. Alhamdulillah, aku masih lagi berkesempatan untuk bertemu dengan ulangtahun kelahiran aku Ahad lepas.


Aku mengucapkan terima kasih atas ucapan kalian, dan mudah - mudahan apa yang kalian doakan untuk aku di makbulkan Tuhan. Isu hadiah ulangtahun kelahiran selalu sahaja di sebut - sebut sebagai tanda meraikan hari istimewa tersebut.


Dari satu sudut, hadiah ulang tahun ini adalah di berikan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang berterusan serta berbahagia di dalam kehidupan. Kesihatan yang baik membolehkan kita hidup berkualiti di samping dapat menjalankan aktiviti harian dengan sempurna.


Lain - lain perkara, mungkin hadiah ulangtahun ini dilihatkan dalam bentuk fizikal seperti belanja makan, sebentuk cincin, seutas jam tangan, seekor beruang.. errkk teddy bear kot.. dan lain - lain hadiah yang di fikirkan logik, sesuai mengikut status perhubungan samada kawan, tunang, suami-isteri, anak-ibubapa dan lain - lain.


Bagi aku, untuk tahun ini, hadiah ulangtahun kelahiran adalah dapat berjumpa dengan F di Kuantan, dan seterusnya makan tengahari bersama keluarga F di Dungun, hujung minggu lepas.


Bagi anda, apa cerita hadiah ulangtahun kelahiran?

Bab 2?

/ September 10, 2011 /
Melihatkan komen saudara tehr gerhana bulandalam blog entry cinta pertama, memang ada benarnya ada bab yang kedua, hahah.. Orang berpengalaman, memang boleh teka dan aku tak nafikan episodnya masih ada, cuma tak pasti sampai episod berapa.


...Masa ambil keputusan SPM, aku cadang nak mintak phone number F, tapi dia datang dengan family daa.. Malas nak cari pasal, aku simpan je la niat tu jauh - jauh, aitt simpan je tau, bukan buang. Kesudahannya, aku pun senyap, F pun senyap...


Sumber Gambar : anekaremaja.blogspot.com

*****************

Tapi, senyap pun hanya beberapa bulan je, ekekee.. Sebelum nak daftar matrikulasi, kebetulan aku berjumpa dengan F di sekolah, masa tu kami nak selesaikan pengurusan untuk beberapa dokumen dan kesempatan tu aku sempat ambil no phone dia.


Dah masuk era study di pengajian tinggi, kami ambil keputusan untuk fokus dalam mengejar impian masing - masing, cewaahh tipu je tu.. masa tu entah apa impian aku, sendiri pun tak pasti. Yang pastinya, aku dalam bahagian kejuruteraan dan F dalam bidang perubatan.


Kami masih berhubung dengan penggunaan talian telefon sahaja, dan beberapa kali juga mengatur pertemuan ringkas tapi tu lah... belum ada rezeki. Sehinggalah aku menamatkan degree di UTM, dan memulakan kerjaya kami masih belum bersua lagi.


Baru - baru ini.... err tinggalkan bab 2 ni setakat ni je boleh?.. heheh..umm ok, sambung sikit lagi.. Taklah baru mana. Dalam tahun ni jugaklah, aku mengambil keputusan untuk membuka semula ikatan cerita lama yang kami simpulkan suatu masa dulu. Ada confidence sikit pasal aku pun dah kerja, dan dah di sahkan dalam jawatan.


Khabar gembira untuk aku, sebab...F pun dah bersedia seadanya. Alhamdulillah.. Untuk pertama kali dalam tempoh 8 tahun,


...aku dapat berjumpa semula dengan F.

Sweet September

/ September 7, 2011 /
Ahah, Alhamdulillah dapat lagi berjumpa dengan September untuk tahun ni. Kalau tengok kan tajuk, macam tajuk lagu la pulak, tapi tak boleh samakan dengan lagu tu, pasal itu lagu sedih. Ini cerita, taklah sedih kui3.


Dah lama bercuti, termasuk cuti blogging, entah di mana nak bermula pun taktahu, jadi kekok la pulak. Tapi, kalau tak mula mengetuk keyboard ni memang tak jalan la jawabnya.. Bukan apa, di kampung talian internet macam biskut kejap ada kejap tak..


Ehmm, berbalik kepada tajuk di atas, tiap tahun parking keretabulan yang aku rasa special bulan September lah, hehe.. pasal banyak benda manis berlaku dalam bulan ni, termasuklah birthday aku sendiri, birthday blog ni, birthday Hana Zaty.. wahh.. banyak la lagi.


Complete sudah, 2 tahun aku dalam dunia blogging, banyak perkara yang aku belajar, aku sedar dan pelbagai ilmu/perkongsian aku boleh dapat melalui blogging. bukan hanya sekadar menulis, tetapi membaca, menghayati dan mempelajari.


Apa pun ini post pertama aku dalam bulan ni, tak banyak yang ingin aku perkatakan, cuma apa yang sempat aku selitkan di sini, raya tahun ni berbeza sikit dengan tahun sebelumnya.. bermula dengan balik kampung, aku tak perlu memikirkan hal tiket bas lagi.. dan nak beraya, tak perlu tunggu orang ajak lagi :D


Okeh kawan - kawan pembaca sekalian, aku rasa sampai di sini sahaja. Sekadar warm-up sahaja, cewahh macam nak pi main bola pulak lagaknya. Apa pun, jaga diri, hiasi peribadi. Smile!

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap