padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Kundasang | Desa Cattle Dairy Farm

/ October 26, 2016 /
Alhamdulillah, PR dan ciktom selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu sekitar jam 930 pagi, 2 jam penerbangan dari Johor Bahru. OK, ini kali ketiga PR menjejak kaki ke Sabah, setelah 2013 (salam pengenalan) dan 2015 (Misi mendaki Gunung Kinabalu). Tema 2016, adalah misi bulan madu! Hahah

Cuma dalam perjalanan tersebut, tertinggal satu kawasan di namakan ladang lembu di Kundasang, difahamkan keadaannya seperti ladang lembu di New Zealand. hahahh takpe kalau ada rezeki aku akan sampai ke sana lagi - Baca Selanjutnya

Kereta Sewa
Sepanjang di Kota Kinabalu dan Kundasang, kami menggunapakai kereta sewa Proton Iriz (A) milik syarikat 3M Global Transportation (088-492764) dengan bayaran RM130 sehari dan deposit RM100. Syarikat kereta sewa ini telah diperkenalkan oleh rakan blogger PR, Bro Ismail. Boleh juga terus hubungi En Baharudin (013-8990062).   

5 in 1 Deal : Cuti Sabah Bah!
Promosi yang melayakkan anda melawat 5 destinasi popular pelancongan di Sabah dengan harga RM39 (berbanding harga RM47.44 jika perjumlahan tiket masuk destinasi individu). Tiket ini sah selama 3 hari berturut - turut bermula dari destinasi pertama. Promosi ini sampai bila, tidaklah PR tahu. Boleh rujuk di laman ini : 5 in 1 Deal - Cuti Sabah Bah!

Tiket 5 in 1 Deal - Cuti Sabah Bah!
Tiket 5 in 1 Deal - Cuti Sabah Bah!

Rumah Terbalik, Tamparuli
Dalam perjalanan menuju ke Kundasang, singgah di Rumah Terbalik, Tamparuli - rumah terbalik pertama di Malaysia [1]. Bagi PR, kali kedua mengunjungi Rumah Terbalik ini sedikit sebanyak menurunkan sedikit perasaan teruja, tetapi berbeza dengan ciktom. Layann.. Tiket masuk ke Rumah Terbalik adalah RM10.60.

rumah terbalik tamparuli
Papan Tanda Pintu Masuk Rumah Terbalik

rumah terbalik tamparuli
Terbalik!

Selain Rumah Terbalik, terdapat beberapa tarikan lain yang terdapat di lokasi ini termasuklah 3D Wonders Museum, Mango Garden Restaurant. kedai cenderamata dan terdapat kemudahan surau dan tandas.


Taman Kinabalu
Sebelum tiba di Desa Cattle Dairy Farm, singgah mengambil gambar kenangan di Taman Kinabalu. Tiket masuk adalah RM3. Sebelum ini, hanya menjadi penumpang tetapi kali ini PR pandu sendiri kereta. Seram juga jalan sempit yang berliku dan curam. Errkk.. 

Mercu Kinabalu Park
Mercu Kinabalu Park

Monumen Gempa Bumi gunung kinabalu
Monumen Gempa Bumi 

Desa Cattle Dairy Farm
Oh, yes!! Akhirnya sampai juga jejak kaki ke Mini New Zealand ni. Tak terkata. Pemandangan yang menakjubkan ditambah pula udara yang segar dan nyaman. Tiket masuk RM5.

desa cattle dairy farm

desa cattle dairy farm

Entahlah setiap kali memandang banjaran ini, terasa sesuatu perasaan istimewa. Nak daki lagi, rasanya cukuplah sekali.

desa cattle dairy farm
Beratur punya panjang dan lama, nak habiskan memang sangat singkat.


Bagi anak lembu minum susu dikenakan bayaran RM1.50 sebotol dan rumput RM1.00 seikat. Bab bagi anak lembu minum susu ni, serah pada ciktom. Teruja benar nampaknya. Hihi. Kemudian, sambung lagi mengambil gambar kenangan! Klik! Klik!

desa cattle dairy farm


desa cattle dairy farm

Penginapan : Mile 36 Lodge
Usia petang semakin berlabuh, giliran mencari tempat menginap tiba. Terdapat banyak tempat penginapan yang boleh didapati sepanjang jalan berhampiran pekan Kundasang. Kami memilih Mile 36 Lodge, berdasarkan carian di internet juga mengenai kewujudan lokasi ini hihi.

mile 36 lodge

mile 36 lodge

Kadar bayaran untuk 2 malam adalah RM260 (Begonia Lodge). Paling win bagi lokasi ini, menjamah mee segera cawan di beranda menghadapkan Gunung Kinabalu! Pehhh... 

mile 36 lodge

Cuma......satu perkara yang kurang menyenangkan PR adalah kehadiran anjing yang berkeliaran. Memang menjadi kebiasaan bagi pekerja dan sebilangan pengunjung lain, tapi PR memang tak berani. Panjang kisahnyaaaaaa....

mile 36 lodge
Pemandangan dari beranda Begonia Lodge, Mile 36 Lodge

Okeh, malam dah larut. Keesokan harinya memang sehari suntuk di Kundasang - Ranau. Jadi, datang semula ke blog PR esok, kot - kot ada sambungan kisah percutian ini. Hihi

Pengalaman Pindah Rumah Sewa

/ October 18, 2016 /
Pepatah "kusangka panas sampai ke petang, rupa - rupanya hujan di tengahari" memang sering dan hampir saja dengan kehidupan seharian. Perkara yang diharap lancar sehingga ke penghujung sering saja berlaku upset di pertengahan.

Manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya, Allah itu adalah sebaik - baik perancang dan penentu segalanya

Jun lalu, PR sangat teruja dengan pemakluman terkini dari pemaju rumah, dan berkira - kira selesai majlis pada pertengahan September, PR dapat berpindah masuk ke rumah baru. Memang confirm sweet September lah kalau dapat masuk rumah baru.

nusantara prima

Tetapi graf keterujaan itu bertukar plot. Sehingga habis September, actually sampai coretan ini ditulis, belum ada khabar gembira perihal penyerahan kunci. Pusing kepala juga sekejap hendak mencari kediaman sementara memandangkan PR kena keluar dari rumah sewa yang didiami sejak 2010 lalu.

Pengalaman Pindah Rumah Sewa
Rezeki kahwin agaknya, permohonan PR untuk mendiami sementara rumah kakitangan tempat PR bekerja diterima dengan syarat - syarat yang dipersetujui bermula 1 Oktober. 

In fact, ini bukan kali pertama PR pindah rumah sewa, tetapi setelah hampir 6 tahun menyewa di kediaman sama, memang azab juga nak pindahkan barang termasuk barangan peribadi dan juga aset kelengkapan rumah. Tambah azab, barang - barang belum dikemas dan dibungkus. Huhuhuhu

Berulang alik dari rumah sewa ke kediaman baru, memindahkan barang - barang keperluan harian. Mujur jarak kedua lokasi ini kurang 5km. Tetapi memang serba tak sena selagi semua barang tidak dipindahkan. Yelah, dah selesa sebelum ni bila berpindah ke tempat baru dengan barang yang minimum, pasti berasa kekurangan.

pengalaman pindah rumah sewa

5 Oktober, PR menyewa lori untuk memindahkan saki baki barangan yang tidak boleh dimasukkan dalam kereta. Tak boleh nak tunggu lama juga sebab penyewa baru telah masuk pada awal Oktober. Pada masa ini, hanya set tv dan sistem audio yang belum diangkut. Syukur pada Tuhan kawan - kawan tidak lokek tenaga membantu PR dalam urusan pindah rumah sewa.

laman rumah sewa baru

7 Oktober, secara rasminya dapur PR mula berasap! Hahah.. Dalam masa memindahkan barang dari rumah sewa terdahulu, sibuk juga ke hulu ke hilir melengkapkan barang dapur termasuk peralatan asas. Yang di rumah sewa lama masih baik, tetapi tak sampai hati pula nak kosongkan semua memandangkan peti sejuk, mesin basuh, set sofa dan set tv PR angkut semua. Hihi

Tips Pindah Rumah Sewa / Baru
Melalui pengalaman ini, PR menggariskan ada beberapa perkara atau tips yang perlu anda buat semasa mahu pindah rumah sewa atau baru. 

1. Packing barang
Anda perlu mengasingkan barang mengikut tahap pentingnya barang tersebut. Lebih baik masukkan ke dalam kotak, dan label. PR tersilap langkah, dan dalam masa yang terburu - buru PR campak je semua benda dalam kotak, bila nak mencari balik sesuatu barang.... kena bongkar semua T_T

2. Sahkan perkhidmatan lori
Kalau boleh anda sahkan perkhidmatan lori awal daripada tarikh anda mahu berpindah. Yang ini pon, PR tersilap langkah. Hari tu nak pindah, hari tu juga baru bagitau lori.. T_T

3. Persiapan mental dan fizikal
Hahahahah ini sepatutnya jadi nombor 1!! Tapi sebab dah taip panjang, PR malas nak ubah. Anda kena persiapkan kekuatan mental dan fizikal, untuk memindah, memunggah, mengemas barangan dan mendekorasi rumah baru. Fuhh.. 




Nota Kaki:
Setakat ini saja coretan PR berkenaan pengalaman pindah rumah sewa. Kediaman baru ini nampak lebih tenang dengan laman yang luas dan tanaman yang menghijau, berkat kerajinan orang terdahulu. Giliran PR pula mengambil alih, sekurang - kurangnya dapat juga mengeluarkan peluh dan melakukan aktiviti bersama dengan isteri.

Faedah Menulis di Blog Atau Facebook

/ October 14, 2016 /
Penyebaran atau perkongsian maklumat masakini amat mudah. Bermacam jenis maklumat kita boleh dapatkan dalam masa yang singkat dengan cara yang mudah dan praktikal. Tempat menarik yang ingin dilawati, atau resepi masakan cara mudah dan sedap, isu - isu hangat politik, sukan mahupun gosip artis serta pelbagai lagi contoh maklumat yang kita boleh cari hanya menggunakan jari.


Kemudahan teknologi masakini menyemarakkan individu untuk menulis dan berkongsi maklumat berkenaan dengan apa yang mereka ada, ke mana mereka pergi, apa yang mereka makan dan banyak lagi. Bagi penulis, (seperti blog ini), maklumat yang disampaikan haruslah tepat, sahih dan berfaedah kepada pembaca. Tapi PR tak nafikan, ada juga kadangkala maklumat yang dimanipulasi untuk tujuan tertentu.

Berkongsi Maklumat di Blog atau Facebook
Mengikut statistik dari laman internet live stats, pengguna internet di dunia hampir mencecah 3.5billion, pengguna facebook aktif 1.7billion, blog post written today 2.8 juta (statistik pada 14/10/16) dan dijangka angka ini akan terus meningkat setiap saat.

Trend masakini, individu gemar berkongsi melalui platform facebook dan blog. Feature yang praktikal untuk menulis karangan, artikel atau pandangan yang panjang dan boleh menyertakan gambar bagi menarik minat pembaca. Apatah lagi sekarang sangat mudah untuk merakam gambar.

Jika anda menulis di facebook, rakan dalam senarai kenalan akan membaca penulisan anda, dan kalau kena gaya, mereka akan kongsikan pula. Andai anda mempunyai senarai kenalan yang ramai dan jumlah perkongsian pada tahap yang memberangsangkan, mana tahu penulisan anda akan menjadi viral. Nah! Jika sebelum ini hanya anda seorang yang tahu perihal sesuatu perkara, sekarang ramai orang akan mengetahui perkara sama.

Dalam pembikinan...

Tetapi, perkara ini bukannya boleh terjadi sekelip mata. Anda perlu membina kredibiliti supaya orang kenal sebelum bersedia untuk mengkongsikan idea dan buah fikiran anda. Begitu juga jika anda menulis di blog. Bukan mudah juga untuk "memperkenalkan" maklumat anda kepada pengguna internet lain.

Penulis yang serius perlu mempelajari teknik - teknik yang berkesan dalam penulisan, serta perlu mengetahui bagaimana anda mahu melariskan penulisan tersebut. Semakin banyak menulis, anda akan menjadi semakin mahir dan hasil penulisan juga akan menjadi semakin baik.

Mungkin pada awalnya, anda hanya ingin menulis, kemudian ingin berkongsi maklumat sehinggalah anda mahu jadikan penulisan anda sebagai punca pendapatan sampingan. Sepeti yang PR garapkan pada perenggan awal tadi, ia bukan datang sekelip mata tetapi ia tidak mustahil untuk dicapai.

Faedah Menulis di Blog atau Facebook
Secara keseluruhan, PR merumuskan dalam era perkongsian maklumat global, terdapat beberapa faedah menulis di blog atau facebook. Anda boleh memperkenalkan tempat menarik di kampung anda, memperkenalkan resepi rahsia sepanjang zaman, berkongsi tips - tips kekeluargaan, petua, tutorial DIY, mempromosi perniagaan dan mesej - mesej lain yang pelbagai.

Selain berkongsi, anda boleh menajamkan kemahiran menulis serta mencuba nasib untuk menjana pendapatan sampingan melalui penulisan di blog atau facebook.

Apa kata anda?

Pengalaman Menarik Di Pulau Kapas

/ October 8, 2016 /
PR mengambil cuti panjang sempena majlis perkahwinan, dan di kesempatan itu PR mengambil peluang berkunjung ke Pulau Kapas, Terengganu. Selepas negeri Perak dan Johor, Terengganu pula menjadi home ketiga PR.

Pulau Kapas is an ideal island paradise with white sandy beaches fringed with shady palm tress making it a perfect retreat
Perkhidmatan Bot dan Parkir Kereta
Terdapat beberapa agensi yang menyediakan perkhidmatan bot, samada day-trip ataupun bersekali dengan pakej penginapan. Walaupun telah tersedia banyak pakej Pulau Kapas, PR mengambil keputusan tidak mengambil mana - mana pakej. 

PR menggunakan perkhidmatan bot Makcik Gemok dengan nilai tambang RM35 seorang (return). Perjalanan dari jeti Marang ke Pulau Kapas hanya mengambil masa 10 - 15 minit. Kadar bayaran letak kereta untuk satu malam adalah RM7.

jeti marang

Pulau Kapas Resort
Terdapat 12 resort yang menyediakan penginapan bagi pengunjung yang berhasrat untuk bermalam di Pulau Kapas. Setiap resort mempunyai pakej tersendiri, dan yang pasti menjanjikan pengalaman menarik kepada pengunjung. Julat kadar bayaran bilik resort bermula dengan RM25 (Kapas Beach Chalet) sehingga RM880 (Gem Island Resort).

PR memilih untuk menginap di Ombak Kapas Island Beach Resort. Kadar harga bilik bagi satu malam adalah RM150 (bilik berhawa dingin). Best juga bilik dilengkapi dengan beranda, sama seperti PR menginap di MarangGuestHouse Februari lalu. Cuma pandangan laut dari bilik terhadang oleh Ombak Cafe.

Pulau Kapas view

Restoran dan Cafe di Pulau Kapas
Terdapat pelbagai restoran dan kafe di Pulau Kapas resort. PR tidak terikat dengan mana - mana pakej, jadi bebas untuk menjamu selera di mana - mana yang kaki singgah. Bagi makan tengahari, PR memilih untuk menikmati masakan di Pak Ya Sea View chalet. Bagi makan malam dan sarapan hari kedua adalah di Ombak Cafe. Jumlah belanja makan bagi ketiga - tiga sesi tersebut adalah RM122 (untuk 2 orang).

sarapan di ombak cafe
Sarapan di Ombak Cafe

Aktiviti Menarik di Pulau Kapas
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan termasuk pakej snorkeling (RM25/orang), ronda pulau (RM30/orang) dan jungle tracking (RM10/lesson). Teringin juga nak trekking merentasi isi dalam pulau tersebut namun kandungan percutian kali ini berkonsepkan santai maka PR simpan dulu hasrat tersebut. Kalau nak bersantai di private islands, bolehlah mengunjungi Pulau Gemia yang terletak bersebelahan dengan induk Pulau Kapas.

Pulau Kapas view

PR melakukan aktiviti bebas sahaja, berjalan di gigi air sambil melewati 9 resort sehingga Koko Restaurant. Bila melakukan aktiviti air, memang perut akan berasa cepat lapar. Tapi jangan risau, tempat makan banyak disediakan di pulau tersebut.

Pulau Kapas view

Pulau Kapas view

Pemandangan senja yang ditunggu - tunggu, tidak muncul kerana hujan. Khabarnya di Marang, hujan lebat pada petang tersebut mujur di pulau hanya rintik halus dan kasar berselang menghentam badan.

Makan malam di Ombak Cafe, sambil menunggu dan menikmati juadah yang dipesan, pengunjung juga dijamukan dengan alunan muzik inggeris yang mengasyikkan. Kebetulan malam tersebut PR semeja dengan pelancong dari Denmark. PR dan isteri berbual - bual, bertukar gambar dan cerita sekurang - kurangnya sebagai pengisian aktiviti malam.

Pelancong asing dari Denmark

Pulau Kapas: Destinasi Percutian Ideal
Pengalaman bercuti di Pulau Kapas merupakan satu pengalaman baru PR dalam kategori percutian pulau. Keunikan, keaslian dan keindahan alam semulajadi benar - benar merehatkan fikiran. Kalau sebelum ni, PR lebih banyak meluangkan masa dalam aktiviti mendaki/trekking dan juga melancong ke tanah tinggi. Jika anda belum pernah sampai ke sana, ayuh cari ruang masa yang sesuai dan bersedia merasai pengalaman menarik di Pulau Kapas.

Sweet September Lagi?

/ October 2, 2016 /
Sweet September Padin!
Seperti blog entri tahun terdahulu, September banyak memberi cerita manis bagi diri PR. Begitu juga bagi tahun 2016 ini, satu lagi sejarah terakam pada bulan September.



Walimatul Urus Padin & Ciktom
Alhamdulillah pada 17 September 2016 berlangsungnya majlis perkahwinan PR dan ciktom di Marang, Terengganu manakala 24 September majlis sambut menantu di Bota, Perak. Syukur dan lega majlis berjalan lancar seperti mana yang dirangka, hasil usaha ramai yang membantu dalam persiapan kedua - dua belah pengantin.

sambut menantu

Sekilas : Ciktom
Mengenai perihal ringkas pasangan PR, ciktom adalah seorang penulis blog sepenuh masa, dan blog kendaliannya ciktom.com merupakan nadi utama menjana pendapatan bagi Ciktom Global Resources. PR mengenali ciktom pada 2010 melalui laman blog.

photobooth pallet kayu

Projek DIY : Jimat Belanja, Kualiti Sama
1. Gubahan Barang Hantaran
Sepertimana majlis perkahwinan abang PR Julai lalu, gubahan barang hantaran adalah melalui hasil kerja tangan sendiri dan mastermind dalam gubahan ini adalah kakak kedua PR. Konsep minimalis moden menjadi pilihan untuk majlis kali ini.

gubahan barang hantaran

2. Set Pelamin @ Photobooth
Masih mengekalkan konsep pallet, namun berbeza dari sudut dekorasi dan  tema warna. Jumlah belanja dapat dijimatkan dengan mengguna semula peralatan sedia ada.

photobooth pallet kayu


Menu Istimewa
Hehee untuk kedua - dua lokasi, untuk makan beradab, menu istimewa adalah Sambal Tumis Ikan Bilis! Tak sangka apa yang PR idamkan suatu masa dulu menjadi kenyataan. Di Marang, sambal tumis pakej dengan petai. Pehh memang takde control dah di meja makan pengantin.

sambal tumis ikan bilis

Nota Kaki:
Mungkin banyak lagi perkara yang akan PR kongsikan pada blog entri mendatang, cukup sekadar ini sahaja untuk entri pertama bulan Oktober. Doakan kebahagiaan dan usia perkahwinan kami berkekalan sehingga akhirnya. :D

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap