padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Cuti Tapi Kerja

/ October 30, 2012 /
Cuti daripada kerja hakiki, di kampung aku dalam proses membina bilik persendirian daripada rumah utama mak ayah aku. Sebab aku daripada kecil tiada bilik khusus dan biasanya tidur di ruang tamu sahaja. Segala barang milik peribadi aku berkongsi dengan abang aku.

Progress pembinaan bilik tu agak perlahan kerana banyak faktor terutama modal la. Dari segi upah aku boleh jimat sedikit pasal ayah aku memang tukang rumah. Faktor lain adalah orang tua tu dah tua, dah 63 tahun, lagipun tiada pembantu - mak aku hanya menjadi peneman sahaja.

Aku nak upah orang lain, dia tak bagi. Tak puas hati katanya kalau orang lain yang buat. Faktor tambahan yang melambatkan proses ialah bentuk mukabumi kawasan pembinaan bilik tu. Rumah utama dah ada 4 bilik, dan bilik aku asing sedikit daripada rumah utama kerana kawasan sedikit berbukit dan bumbung untuk sambungan dah terlalu rendah.

3 Mac 2012 - Proses pembinaan benteng dan tangga

17 Mac 2012 - Proses pembinaan tapak dan mendirikan tiang

17 Mac - Benteng dan tangga yang telah siap

Jun 2012 - Separuh dinding telah dibina

Halaman Rumah : Kawasan parking kereta aku merupakan tanah tambak

Bila bilik siap nanti, parking lot ini aku yang punya! hehehe

Maka proses untuk meratakan tanah tu agak ambil masa. Senang cerita kawasan rumah aku berbukit dan kiranya rumah aku umpama di bina di lereng. Untuk bulan Oktober ni dinding telah siap sepenuhnya tapi belum di plaster lagi. Lepas ini pasang kayu dan bumbung, kemudian baru selesaikan lantai dan kemasan dinding.

Aku harap, menjelang Januari 2013, aku dah boleh tidur di bilik tu. :D

Basuh Kereta

/ October 25, 2012 /
Anda suka basuh sendiri atau hantar ke kedai?


Aku suka hantar kedai sebab :

1. Aku malas.
2. Lagi bersih terutama bahagian dalam kereta.
3. Lagi cepat berbanding basuh sendiri.
4. Jimat masa dan tenaga.


Monolog Hujung Minggu

/ October 21, 2012 /
Hehee kalau tengok cerita Allahyarham P Ramlee, jarang yang mengecewakan. Humor, nasihat, drama dan lagu - lagu yang indah menjadi igauan bagi peminat filem - filem beliau. Antara yang menarik dan sering diputar di televisyen ialah Anak Bapak.

Mak aku kata, abah dan aku banyak persamaan berbanding abang, dan memang sesuai disebut anak bapak... Antara yang paling ketara mak aku bagitahu ialah keras kepala, panas baran dan boleh berdikari dengan baik. Itu, mak aku sendiri yang cakaplah.


Bab keras kepala dan berdikari tu aku tak pasti lah, tapi bab panas baran tu aku akui dan terima. Aku jenis manusia yang cepat hilang sabar. Tapi bukanlah bermaksud aku gangster. Jangan salah faham. Aku cuma hilang sabar dan bila aku sudah reda, aku sudah boleh berada dalam situasi biasa. Biasanya tak ambil masa yang lama.

Bila bekerjaya ni, tambah pula pelanggan aku adalah pelajar, sedikit demi sedikit aku improve tahap kesabaran aku. Memang banyak cabaran bila berurusan dengan pelajar, rata - rata dalam umur perpindahan alam remaja mereka. Sebab tulah, aku kena bersabar banyak - banyak.

Tetapi kata orang sarang tebuan jangan di jolok. Kadangkala jika ujian itu terus mencabar tahap kesabaran aku, kadangkala aku kalah dan hilang sabar juga.

Hehehh,

Inilah pelajar di bawah seliaan aku, sebagai penasihat akademik. Sebenarnya, bukan sahaja untuk kepentingan akademik, tetapi termasuk juga pembinaan modal insan dan kemahiran insaniah. Aku yakin 3 tahun di IKM tidak memberi banyak perubahan kepada mereka, tetapi aku cuba untuk memberi sebanyak mana inspirasi yang boleh mereka terima.

Walaupun mereka tidak banyak berubah sebelum dan selepas belajar di IKM, jauh di sudut hati aku mengharapkan mereka akan lebih cepat matang dan bersedia untuk memperbaiki sikap mereka sedikit demi sedikit. 

Sekian, ini sahaja monolog hujung minggu aku. Hehee,

Koleksi Lukisan 2012

/ October 16, 2012 /
Bagi anda yang baru berkunjung ke blog ini, suka untuk aku menyatakan bahawa melukis adalah merupakan antara kegemaran aku di waktu lapang, kadang - kadang waktu tak lapang pun aku melukis juga. Asal sahaja ada pen dan kertas.

Jika di ikutkan aku dah banyak juga menghasilkan komik amatur, antara yang aku pernah hasilkan KBSM - Kenangan Budak Sekolah Menengah (ada 10 part rasanya), kemudian aku sambung dengan Once Upon a Time, sepatutnya dah masuk Bahagian 2 Episod kedua, tapi aku tiba - tiba rasa malas dan tidak berniat untuk meneruskan sambungannya.

Komik - komik ini tiada dalam simpanan peribadi aku, sebab aku dah hadiahkan pada individu lain, samada individu itu masih menyimpan atau membuangnya aku tak kisah pasal itu hak mereka. 2012 ni aku jarang dah melukis secara serius, tapi kadang - kadang mood melukis tu bertubi - tubi menghujani kepala hotak aku, maka aku pun melukis la jua.

Berikut merupakan antara koleksi lukisan aku, 2012.


Cubaan yang entah ke berapa kalinya aku melukis wajah perempuan, tapi masih ada "missing". Sepatutnya individu tu mirip pelakon yang memegang watak Phim (Ong Bak 2 & 3), tapi lain pula yang jadi, kui3..



Aku sememangnya tak pernah dapat melukis kereta, motor, lori, bas dan segala macam kenderaan bermotor dengan sempurna. Huhuu.. Gambar berwarna setelah mendapat sentuhan pakar..


Lukisan perspektif menggunakan 2 titik. Apa bendanya lukisan perspektif? Mana 2 titik? Cuba anda tenung, tenung dan tenung lagi. Kemudian anda pejam mata.... haittt jangan tidur! Cuba fahamkan sendiri ye, aku tak pandai nak explain bab ni..


Aku agak, 20 tahun dari sekarang fizikal aku akan jadi macam ni... Boleh?

Aku rasa setakat ini sahaja. Pada pendapat anda, aku sesuai untuk melukis jenis yang macamana? Permandangan? Manusia? atau lain - lain....

Cerita Atau Pelakon?

/ October 13, 2012 /
Semasa aku menaip entri ini, sesekali aku mengerlip pandangan ke TV yang menyiarkan marathon drama bersiri Adam & Hawa. Dah masuk siri keberapa pun aku tak pasti sangat, tapi yang aku tengok ni episod 27. Aku tak mengikuti drama ni dari awal, cuma kebelakangan ni je aku layan, :D

Memang banyak drama dan filem disiarkan di televisyen dan panggung wayang. Tak pernah habis. Kalau habis pun, pihak penyiar boleh ulangsiar drama - drama terdahulu. Banyak genre, banyak cereka dan dah banyak pengarah atau pelakon yang menerima anugerah hasil daripada berlakon dan berkarya.

Bukanlah suatu isu pun, aku cuma ingin mendapat respon anda sebagai pembaca, apa yang menarik perhatian anda untuk menonton? Barisan pelakon atau jalan cerita yang berkualiti?

Bagi aku, kalau cerita atau drama Malaysia ni, aku akui barisan pelakonlah yang menarik minat aku untuk menonton. Kalau masa kecil dahulu, aku suka dengan siri Keris Hitam Bersepuh Emas yang dibintangi Eman Manan dan Ebby Yus. Drama bersiri Ros Anita pun aku layan jugak, lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Ainina Ahmad B.

Sumber : Link

Kalau masa sekarang, aku suka cerita yang dibintangi Maya Karin & Remy Ishak (gandingan dalam filem Cun) memang cunlah hahahahaa, terbaru 29 Februari walaupun kesudahannya upset sikit. Kalau drama pukul 7 di TV3 tu, aku paling suka siri Nora Elena dan slot Lestari, aku suka Cinta Ellysa. hahahh..

Kalau dari segi jalan cerita, di Malaysia ni aku rasa sama sahaja. Kalau genre seram, macam tu jelah ceritanya dari satu filem ke filem yang lain. Kalau genre aksi, macam tu jelah aksinya, kejar mengejar dengan kereta, motor... kalau genre cinta.. macam tu jelah diorang bercinta... tu pasal aku pilih pelakon daripada jalan cerita.


Kalau drama atau filem luar negara, aku lebih tertarik dengan jalan cerita. Kung-fu mesti nombor 1. Filem yang aku tengok banyak kali tapi tak bosan.... siri Pirates of Carribean. entahlah cerita tu unik, bagi aku lah..

Umm aku rasa setakat ini sahaja. Aku ulang-soal sekali lagi, apa yang menarik perhatian anda untuk menonton drama atau filem?

Sedikit Demi Sedikit

/ October 8, 2012 /
"Sedikit demi sedikit, lama - lama jadi bukit". Masa kecil memang familiar lah peribahasa ni. Memang sesuai la dengan amalan menabung, untuk kegunaan masa mendatang. Dah dewasa pun, prinsip menabung perlu diteruskan, untung - untung kalau ada masalah mendatang atau perkara yang memerlukan, adalah sedikit simpanan.

Aku juga masih mengamalkan menabung ni, tapi tak besarlah jumlahnya. Pada kebanyakkannya, aku enjoy dan aku mengaku aku sedikit boros dan mudah berbelanja. 

Nampak baju cantik sikit, beli. 
Nampak kasut cantik, beli. 
Nampak kereta mainan cantik, beli. 
Nampak perempuan cantik, beli. 

Ok, aku tipu. Nampak perempuan cantik, aku teguk air liur.

Hmm, alang - alang kisah pertunangan aku upset, so simpanan yang ada tempoh hari aku joli sakan! Pergi melancong ke Paris, makan malam di Kota London dan mencari cinta di Bandung! Aisehhh rupanya gadis Bandung dah balik Malaysia. Penat - penat berjalan, rupanya semua yang dicari ada di Malaysia jugak.

Angan - angan aku 2012, menamatkan zaman bujang pada hujung tahun, tapi mungkin Dia Lebih Mengetahui, maka tertundalah hasrat tu. Satu lagi aku nak berpindah ke rumah sendiri, tapi sampai sekarang masih belum jumpa yang kena dengan hati. Ada yang murah, tapi jauh la dari tempat kerja, dekat dengan tempat kerja harga tak masuk akal pulak..

Sudahnya, aku mengumpul barang - barang dalam rumah je la dulu jawabnya. Benda - benda basic yang perlu ada untuk menceriakan hati di rumah. Bukannya aku tak mampu beli sebelum ni, tapi tulah, dah jadi Plan B.

Installer Bertauliah, :P

Best bila part movie dan siaran langsung bolasepak, tengok pula dalam tayangan HD, perghh memang dah macam panggung dah rumah sewa aku. Kadang - kadang bila dah larut malam, aku slowkan jugak la, takut jiran baling telur tembelang je depan pagar rumah aku. Tapi bila siang, aku belasah je, pasal orang sebelah pun asyik menyanyi je dari pagi. Nak berhujung minggu pun spoil.

Simple : Rumah sewa je

Terbaru, aku beli penapis air. Penapis air M6. Rakan sekerja aku memang dah lama menyarankan guna penapis air untuk minum di rumah, dan baru sekarang aku ambil keputusan membelinya.

Entri ini bukanlah aku sengaja untuk mengajak berbelanja cara aku. Memang ke laut lah jawabnya. Aku boleh berbuat macam ni sebab aku belum ada komitmen. Dan sebelum komitmen aku bertambah - tambah kemudian hari, apa salahnya aku berhibur untuk diri sendiri dulu?

Sedikit demi sedikit. Heheh,

Sumber Inspirasi

/ October 7, 2012 /
Aku berpendapat semua perkara yang kita lakukan dimulakan dengan motivasi dan inspirasi. Jika anda mahu keluar bekerja, pastinya ada semangat baru setiap hari. Jika anda mulakan hari dengan rasa negatif, anda mungkin akan kehilangan rasa bahagia untuk sepanjang hari tersebut, malah hilang bahagia sehari dalam jumlah hidup anda.

Jika aku kecilkan dalam skop menulis dan mengendali blog, motivasi dan inspirasi saling berkait rapat. Jika blogger kehilangan motivasi untuk menulis, tiada sumber inspirasi, tiada ilham anda boleh lihat lembaran tersebut seolah tidak berpenghuni. 

Nanti.

Pernyataan itu bukanlah suatu fakta yang tepat. Ia boleh berubah mengikut keadaan penulis itu sendiri. Banyak faktor yang boleh menyebabkan blog tidak dikemaskini dengan kekerapan yang sewajarnya, termasuk penulis mempunyai hal lain yang tidak dapat dielakkan seperti faktor kesihatan, tuntutan kerja hakiki yang lebih memerlukan, atau penulis mengambil cuti rehat daripada menulis blog.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya penulis kehabisan idea dan ilham untuk menulis blog? Mudah sahaja, anda perlu banyak membaca. Kalau di sekolah atau di universiti, pengajar sering mengingatkan "semakin banyak anda belajar, anda akan semakin sedar bahawa banyak perkara yang anda masih tidak tahu".

Jika anda malas sangat untuk membaca ditempat lain, anda selak semula entri - entri lama anda, dan di situ akan boleh mencetuskan beberapa perkara seperti

i. Pengembangan idea daripada entri terdahulu - Cth: 5 tips menjadi blogger popular Part 1, Part 2 dll
ii. Menaiktaraf cara persembahan/penulisan anda
iii. Percambahan/ penafian pendapat terdahulu - Cth: "Aku suka Nokia", "Kini aku beralih ke iPhone"

Hehehh

Sekurang - kurangnya anda boleh menghidupkan semula entri lama, membawa pembaca anda ke 2 atau 3 tahun lalu... atau jika malas dan tiada ilham juga, anda re-post sahaja entri anda yang terdahulu.

Aku sering menjadikan entri lama dan entri rakan - rakan blogger sebagai sumber inspirasi. Jikalau ada, aku akan kaitkan dengan pengalaman dan pendapat aku pula. Nah, siap satu entri sepertimana yang anda baca sekarang. 

Adakah ia memberi inspirasi?

Sikap Pemandu

/ October 4, 2012 /
Hehee.. kenapa aku mulakan blog entri dengan gelak? Sebab aku rasa bila menyebut perihal gender ni, perbandingan antara lelaki dan wanita memang takkan habis. Cerita lah isu apa pun, pasti akan meleret - leret sampai boleh jadi tegang urat juga. Isu yang aku cuba tampilkan mengenai sikap pemandu lelaki dan sikap pemandu wanita di Malaysia.

Sebenarnya, aku tak pernah pun memandu seluruh Malaysia ni, mungkin pada kebanyakan masa di Johor Bahru dan Seri Iskandar sahaja, tapi melalui 2 tempat ini boleh jadikan kesimpulan jugak kot. Kalau anda  terasa hati, aku tak boleh buat apa sebab aku simpul ikut mata aku dan anda perlu faham satu perkara, kerjaya aku bukan penganalisa sikap pemandu di Malaysia.

Inferens awal aku, sikap pemandu wanita lebih banyak mendatangkan bahaya berbanding pemandu lelaki. Sikap dan kemahiran adalah perkara berbeza. Aku tak nafikan kalau dari segi kemahiran, ada juga pemandu wanita yang lebih berkemahiran berbanding pemandu lelaki. Sebagai contoh, ada pemandu wanita yang mahir meletakkan kereta (parkir) tapi bila masuk bab sikap, payah juga sebab sikap parking ikut suka dan ikut dan! Hahahh.

Sumber Gambar : Link

Antara perkara yang boleh aku nampak, 

1. Berkhayal
Jalanraya ibarat milik peribadi, khayal membawa kereta walaupun di lorong sebelah kanan. Tambah pula kalau sedang menjawab panggilan telefon atau bersembang dengan penumpang lain.

2. Tidak beri laluan dan tergesa - gesa
Kalau kawasan sesak, sempit dan seumpama, memang jarang lah nak beri laluan. Kalau boleh lagi rapat dengan kereta hadapan. Kalau boleh nak lepas dahulu. Nak kata penting diri sendiri? Emm, taktahulah pulak. Di kawasan perumahan biasanya laluan sempit, tapi di situlah nak bawa laju, disitulah kalau boleh nak jalan dahulu bila ada kereta dari arah bertentangan. Aku lagi respect pemandu lelaki dalam bab ini.

3. Ikut suka hati
Menukar lorong sesuka hati tanpa melihat cermin pandang belakang, tanpa signal, berhenti dan parking sesuka hati, menggunakan lorong jalan sehala.. alahai...

Cukup sekadar 3. Mungkin ada point yang lain, tapi 3 perkara ini memang perkara kebiasaan yang aku nampak dan alami. Di kawasan perumahan tempat aku menyewa, memang laluan agak sempit dan ada kereta yang diletakkan di bahu jalan, dan bila ada kereta dalam dua - dua arah, salah satunya kena beralah. Tapi, pemandu wanita ni kebanyakkannya memang tak beri laluan dan berusaha untuk lepas dahulu dan sikap macam tu boleh mengundang kecelakaan tambahan pula dipanju laju.

Penafian. Aku tulis berdasarkan apa aku nampak, dan aku tidak menafikan sikap pemandu lelaki juga terlibat dengan senarai di atas, tetapi kena faham aku nyatakan sikap pemandu wanita lebih banyak mengundang bahaya berbanding pemandu lelaki.

Apa kata anda?

Note | Kata bos aku, "kalau awak (semua staf) terasa hati dengan saya, saya... OK je," mengundang tawa staf dengan sindiran sinis tu

Variasi Penulisan

/ October 1, 2012 /
Penyampaian kata - kata, pendapat atau luahan menerusi laman blog amat unik. Gaya bahasa yang pelbagai dari penulis mempunyai aura dan pengikutnya sendiri. Anda tulislah secara santai, tulis secara berterabur, tulis secara berhati - hati... variasi itu unik dan bukan jadi kesalahan dan diterima seadanya.

Penulis berhak memilih cara yang selesa bagi dirinya, tetapi dengan syarat prinsip "syok sendiri" tidak boleh diamalkan selalu. Takut nanti pembaca mual dan tidak berkeinginan lagi untuk terus membaca.

Aku juga masih terus mencuba untuk mempelbagaikan penyampaian penulisan dalam blog ini. Di sebalik perkongsian pendapat, pengalaman dan beberapa panduan untuk pembaca, aku juga berhasrat untuk memperbaiki dan memperkaya gaya bahasa aku sendiri. Sedia maklum, aku bekerja sebagai seorang pengajar dan aku sendiri sewaktu bergelar pelajar bosan bila pengajar menggunakan teknik sama berulang kali.



Pada sebahagian besar blog post Perjalanan Ini, aku muatkan dengan gaya bahaya.. alahh gaya bahasa lah, (malas nak backspace..) gaya bahasa yang agak kaku dan skema. Aku memilih untuk menulis secara berhati - hati dan kadangkala aku mangambil masa yang agak lama.. hahahh kadang - kadang bila dah panjang aku delete semula pun ada.

Jauh di sudut hati, aku mengharapkan Perjalanan Ini sesuai untuk semua lapisan pembaca. Remaja boleh, perempuan mengandung boleh, para intelek boleh, malah orang yang sakit gigi pun boleh baca. Sebab blog ini hanya memaparkan isu yang aku anggap dekat dengan diri manusia, dan secara konsepsualnya aku cuba memberi inspirasi dan motivasi kepada pembaca termasuk diri aku sendiri.

Banyak juga penulisan rakan blogger yang memberi inspirasi kepada aku, dan adakalanya point yang aku dapat aku gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Yelah, mendidik dan mengajar merupakan 2 perkara yang berbeza dan atas dasar tanggungjawab, kadangkala boleh juga beri motivasi kepada pelajar - pelajar.

Sebenarnya aku pun tidak tahu apa yang aku sedang sampaikan ni. Sempat habiskan dengar lagu "Mencari Kesayanganku - J Mizan" dan "Dalam Kenangan - Wheel" sebelum menyambung perenggan ketiga. Ekekee. Entahlah....... 

Note | Menulis lagi senang daripada berucap di depan tetamu yang ramai...huhuhuhuuu

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap