Sambil - sambil aku mengemas bilik, aku terjumpa keratan nota yang aku salin semasa di UTM dahulu berkenaan dengan sikap positif dalam membina kerjaya yang baik. Layannnnnn...
1. Fikirkan Boleh
"Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan..." Simple, bukan? Anda adalah apa yang anda fikirkan. Biasalah, manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan menemui kegagalan tetapi jangan pernah untuk putus asa dan mengalah, sebaliknya menjadikan kegagalan sebagai kunci kejayaan.
2. Jangan Berhenti Mencari Peluang
Peluang tidak datang bergolek. Jika itu yang anda fikir, ubah minda anda sekarang, dan sentiasalah mencari peluang untuk memajukan potensi diri dan sentiasa berkembang. Jika anda hanya menunggu keajaiban, mungkin ia akan mengambil masa yang lama atau boleh jadi ia hanya sia - sia
3. Miliki Jaringan Kemanusiaan
Anda perlu faham pentingnya jaringan kemanusiaan, baik di dalam atau pun di luar pejabat. Sentiasalah bergaul dengan masyarakat (lebih - lebih lagi rakan sekerja), ajak minum petang, borak santai dan kembangkan jaringan hubungan profesional.
4. Cuba Yang Baru
Adalah lebih baik lagi sekiranya anda tidak terikat dengan latarbelakang pendidikan anda sahaja di tempat kerja. Anda juga perlu tahu selok belok pengurusan dokumen, pengurusan manusia, pengurusan masa dan lain - lain yang wajar. Anda sendiri bertanggunjawab memajukan diri anda.
Stand Above The Crowd!
Sebab anda baca ke empat - empat point yang aku huraikan di atas, maka dengan senang hati aku menambah satu lagi bonus Sikap positif ke-5 bagi membina kerjaya yang cemerlang.
5. Buat Yang Terbaik
Aku sentiasa ingat pesan kata - kata, "Jangan buat bodoh, tapi buat yang TERBAIK.".. Apa sahaja pekerjaan yang anda lakukan, buat dengan sepenuh hati. Perlihatkan kemampuan anda, jika tidak berjaya untuk memenangi hati orang atasan pun, cukup sekadar dapat memuaskan hati sendiri dengan hasil kerja yang terbaik.
Sekian. :D
0 comments