padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Industri Minyak dan Gas

Industri Minyak dan Gas

/ March 26, 2010 /
Mari kita tengok beberapa gambar di bawah ni..


Metering Station (Stesen Memeter)


Natural gas pipeline (talian paip gas asli)


LPG bulk tank (tangki pukal Gas Petroleum Cecair)


Gas Processing Plant (Loji pemprosesan gas)

Ha.. sebentar tadi anda telah di bawa sekejap berada dalam dunia minyak dan gas.. Ala, apa yang orang selalu sebut tu.. Oil & Gas.. Okeh, di sini aku nak ceritakan sikit pasal industri minyak dan gas ni.. Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak dan gas.

Permintaan terhadap penggunaan gas semakin meningkat tahun demi tahun.. (Gas yang di maksudkan di sini ialah gas asli dan gas cecair petroleum). Hal ini kerana gas merupakan sumber bahan bakar alternatif selain penggunaan petroleum dan diesel, yang menjanjikan pembakaran yang lebih bersih - mengurangkan masalah pencemaran, harga yang jauh lebih murah dan banyak faedah - faedah lain..

Aku bukanlah nak bercerita panjang lebar sangat pasal ni, hee cuma aku nak kongsikan yang industri gas ni merupakan salah satu prospek kerjaya.. Yelah, kita tengok sekarang ramai siswazah yang hebat - hebat tetapi menganggur.. Sebab apa? Sebab kebanjiran produk tidak setimpal dengan kekosongan yang ada.. Jadi apa salahnya kita beralih ke bidang baru, yang mana menjanjikan prospek kerjaya yang luas..

Jangan tak tahu pulak ye, di Malaysia ni, IPT yang menawarkan kursus gas asli dan petroleum adalah UTM Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dan Kolej Antarabangsa Teknologi Profesional Perlis. Dapatkan maklumat tambahan di pusat pendidikan tersebut. Sekian.

9 comments:

{ pak long } on: 23:57 said...

salam...
keja cam ni..gaji mesti banyak masyukkkkkkk

{ padin } on: 00:09 said...

pak long : ahah betol.. nak pulak post engineer kat offshore.. hee rekemen la kat kengkawan, anak - anak, adik-abang-kakak study pasal gas nih.. xrugi..

{ akhatam } on: 11:49 said...

Wah mantap infonya.. salam kenal..

{ padin } on: 12:20 said...

akhatam : hehe alang2 da jadi pengajar dalam bidang ni, promote la sket hee

{ Miecyber @ Sudu } on: 08:05 said...

Info menarik...thanks..

{ penaberkala } on: 16:43 said...

tumpang tnya, kerja katne?
thanx kongsi pasal ni
at least dpt tahu sedikit sebyak info pasal oil n gas dgn jelas

{ padin } on: 19:44 said...

kerja kat ikm johor bahru.. sebagai pengajar.. yup, masih ramai yang belum 'buka mata'.. rekemenlah pada adik2 kalau siapa yang berminat nak amik diploma gas atau ijazah gas..

dinie on: 10:53 said...

Din, UMP pn ada kursus ni.

Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Teknologi Gas
Under Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli.

ditawarkan kt UMP bermula sesi 2003/2004.

{ padin } on: 12:44 said...

oh ye ke? thanks info..

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap