padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

PENCARIAN MODEL BUDAK KAMPUNG

/ April 10, 2010 /
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dalam meniti usia yang kian menginjak dewasa ni, semakin banyak pengalaman baru yang dapat kita tempuhi.. Dan sampai satu masa pengalaman itu akan menjadi kenangan yang mungkin langsung tidak dapat di lupakan.. [ mak ai skema abis aku mengarang]..


Sebagai contoh, PENANGAN KENA PENAMPOR tu memang kenangan yang pasti aku tak boleh lupa.. huhu.. Tapi yang paling aku tak boleh lupa ialah kenangan masa kanak kanak la, tak kisah la apa rasanya masam, manis, pahit, kurang gula.. [weh ko nak masuk contest ke nak membebel kat sini?]


Ye.. Sabar lah.. huhu, masa kecik dulu aku di besarkan di kampung, mandi air telaga [sejuk gile weh-mandi kul 5.30 pagi].. pakai pelita minyak tanah, hutan keliling rumah.. binatang2 separa buas berkeliaran.. tapi walaupun macam tu, aku tak pernah merasa itu semua kekurangan pasal aku menganggap semua orang pun macam tu.. [pandai makbapak aku sorok kedaifan masa dedulu]..


Tapi tulah, lama - lama kehidupan dah improve.. Alhamdulillah sikit demi sedikit kehidupan family aku bertambah baik, mendapat bekalan air pada tahun 1996 [ aku darjah 4] dan bekalan elektrik tahun 1998 [darjah 6].. masa darjah 6 baru dapat tengok tv kat rumah sendiri tapi bila form 1 aku dok asrama.. [cet.. asrama mana ada tv.. ]


Sekarang? hehe sekarang aku dah di terima keja dengan gomen.. syukur sangat - sangat.. bukanlah kata kerja gomen ni kaya, tapi sekurang - kurangnya aku taklah hidup susah macam dulu lagi.. aku sentiasa ingat asal usul aku.. GULP!!! apa aku melalut ni? huhu sori la wahai CIK JARI, buat lama menunggu..


Aku nak masuk contest CIK JARI kita nih.. PENCARIAN MODEL BUDAK KAMPUNG..okey syarat - syarat dia


1 : tampal contest's banner [DAH]




2 : foto pertaruhan [ NI]




[ni gambar aku masa darjah satu.. pokok kat belakang tu bapak aku tebang, aku tolong tengok je.. Nampak macam senyum tapi dalam hati... ermm aku pun tak tahu apa yang dalam hati aku masa tu]


3 : bagi link's entry kat cik jari..



Siapa2 yang NAK tahu lebih lanjut, boleh tengok kat SINI.. sambil membebel masuk peraduan kih kih kih..

PENANGAN KENA PENAMPOR!!!

/ April 9, 2010 /

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


umm, sebelum nak tidur, tiba - tiba fikiran aku jauh menerawang kembali ke tahun 2000.. huhu, apa yang aku kenangkan? ha, kalau nak tahu, teruskan membaca..


memanglah kalau nak di ikutkan tahun 2000 tu ada 365 hari, tapi ada beberapa hari yang bagi aku sangat istimewa untuk di kenang termasuklah hari yang aku nak ceritakan kat bawah ni..


okeh, tahun 2000 aku berada di tingkatan dua.. salah satu subjek yang aku ambil masa itu ialah pendidikan seni.. Bukan pendidikan seni mempertahankan diri, tapi seni khat dan seni bebas.. haha


tiap - tiap minggu berselang seli lah antara khat dengan bebas.. tapi ada satu minggu tu, ada ujian penulisan khat..


AISEH!!!


Kebetulan masa itu aku tak bawa pulak pensel mahupun pen khat.. gelabah.. nak taknak aku bagitau cikgu itu macamana nak buat, mana la tahu kot - kot dia bagi pinjam pen khat dia.. jawapan dia "itu bukan masalah saya, yang saya tahu, cukup masa mesti siap".. aduyai, nak pinjam kengkawan diorang pun terkebil - kebil nak siapkan.. tak jadi la nak pinjam..


Masa terus berlalu, last -last aku dapat idea.. apa lagi, terus tulis.. zaas zass zass.. TIBA-TIBA:



Tebal gila pipi aku rasa time tu.. [sampai sekarang pun kalau teringat mesti masih terasa sakit je]..



huhu.. tu lah akibatnya kalau buat tulisan khat menggunakan MECHANICAL PENCIL!!


ARE YOU IN LOVE WITH SOMEONE?

/ April 8, 2010 /


When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person. But, when that special someone is not around, you might look around to find them..



At that moment, you are in love



Although there is someone else who always makes you laugh, your eyes and attention might go only to that special someone.


Then, you are in love




If you are much more excited for one short e-mail from that special someone than other many long e mail,


you are in love




While you are reading this page, if someone appears in your minds,


THEN YOU ARE IN LOVE WITH THAT PERSON




HAHAHAHA..

SIAPAKAH KITA?

/ April 7, 2010 /

Siapakah orang yang sibuk? :
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya? :
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? :
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? :
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? :
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? :
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? :
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? :
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? :
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

SEBALDI WEH..

/ April 6, 2010 /
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Bercuti di kampung, tidak banyak perkara yang aku boleh buat selain makan, makan, makan dan makan lagi.. hee kat JB tak makan ke? keh keh tak lah, dah makanan tersedia, makan je lah..



Ok, tegak kepada titik [straight to the point] hahaha apa ke benda yang "sebaldi weh" tu? ha, tengok nih..











haha ini lah koleksi model kereta aku.. dah berbulan di tayang dalam almari kaca tu, kali ini aku nak basuh, bagi buang habuk, dan sentiasa nampak berkilat.. hehe cuci dengan sabun Daia tu.. "lupakan yang lain"..




Secara umumnya, aku dah mula mengumpul model - model ini tahun 1993.. model pertama yang aku beli adalah kereta Ford - kereta polis konon - konon cita - cita masa itu nak jadi polis.. lepas tu aku terus membeli dan membeli sampai la sekarang. ada la dalam 32 bijik kot.. nak tengok lebih lanjut, boleh klik sini atau Pages DIE-CAST MODEL kat atas tu..




Tapi, memandangkan koleksi sekarang model kereta pun dah tak cantik lagi, aku mencari model yang lebih kick lagi.. hasilnya, aku sekarang layan kereta yang berskala lebih besar iaitu 1:24.. setakat ni aku dah kumpul 3 buah model, semestinya Ferrari [Ferrari F50], Subaru Impreza WRX STi dan yang terbaru Mitsubishi Evolution IX. Harga RM 70 untuk sebuah..




[nota kaki : minat korang pulak macamane?]

JANGAN MARAH 2

/ April 1, 2010 /
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


arini aku datang kerja macam biasa... mood pun ok je.. ceria je.. sampai je office terus bukak laptop nih.. godek - godek nak bukak internet..


Tapi tunggu punya tunggu, klik punya klik, tak connect jugak lagi.. haih..


lama ku tunggu akhirnya boleh gak la buka, sempat la bukak beberapa favourite link geng blogger yang lain, tapi aku dah mula nak rasa marah bila dia main connect disconnect sesuka hati..

Lepas tu terus tak boleh connect dah.. memang rasa nak marah betul.. agak -agak kalau ada lembu lalu depan mata, aku gigit je perut dia bertubi - tubi..

Tapi bila teringat entri aku dulu, jangan marah.. tak jadi la nak marah.. so, aku pon blah gi masuk kelas.. bagi "letihan" sikit kat budak budak ni.. heee.. berkesan betul motivasi tu..

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap