Teaser jualan emas Edisi Terhad IKM Johor Bahru sempena Sambutan 50 Tahun |
Poster "teaser" atau poster awal ialah poster promosi awal yang mengandungi imej atau rekabentuk asas tanpa mendedahkan terlalu banyak maklumat. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran dan menjana gembar - gembur untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Slogan mungkin boleh disertakan.
Teknik Rahsia Buat Poster Teaser Dalam 2 Minit
Nampak seakan mustahil menyediakan poster teaser dalam tempoh 2 minit. Tapi percayalah dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada, ia bukanlah perkara mustahil lagi. Cuma, untuk meraih pengalaman dan pengetahuan itu adalah priceless. Jadi jika anda mengupah seseorang, maka anda harus meletakkan pengalaman itu sesuai dengan tanda harga lebih - lebih lagi jika anda perlukan rekabentuk yang segera.
Untuk artikel kali ini, saya berbesar hati membongkarkan rahsia bagaimana saya dapat menyediakan poster teaser dalam tempoh 2 minit.
Langkah 1: Tentukan Tema
Penting jika anda ingin memulakan kerja merekabentuk, tentukan tema, konsep dan perkara yang menjadi fokus utama kepada hebahan maklumat yang hendak disampaikan. Contoh yang saya bawakan adalah tentang falsafah rama - rama.
Sekian kita tahu, rama - rama bermula dengan ulat beluncas yang menggelikan, namum keazaman dan kecekalan meneruskan fasa berikutnya menjadikan ia serangga yang cantik dan memukau. Dalam erti kata lain, dalam kehidupan pasti akan bermula dengan struggle tapi dengan kesungguhan yang ada, tidak mustahil ia akan berakhir dengan kemanisan.
Langkah 2: Pilih genre atau niche poster.
- Untuk gambar pertama, saya menggunakan aplikasi Canva (magic media). Magic Media ini merupakan satu tool kecerdasan buatan (AI), terhad kepada 50 janaan bagi akaun percuma.
- Saya memasukkan prompt "man looking flying butterfly overhead". Prompt ini perlu spesifik jika anda mahu janaannya sama dengan apa yang anda fikirkan.
- Untuk gambar kedua, saya menggunakan gambar koleksi peribadi.
- Cari gambar rama - rama dengan menggunakan katakunci "butterfly transparent png" di enjin carian
- Dengan menggunakan aplikasi phonto (ios), tambah image (add image layer) pada gambar asal.
- Bagi gambar terakhir, saya menggunakan stock photo. Tambah teks mengikut citarasa. Anda boleh juga cari "inspirational quotes" di enjin carian untuk mutiara kata yang lebih menarik.
- Anda boleh dapatkan stock photo yang menarik di sini.
Di sini, saya sertakan juga teaser lain berkaitan Kejohanan Futsal Piala Pengarah IKMJB Oktober lalu.
Gambar dari stock photo, tambahkan teks menggunakan apps Phonto
Gambar dari koleksi peribadi, tambahkan teks menggunakan apps Phonto
Gambar janaan AI "colourful abstract background, man playing football"
Untuk mendapatkan kemahiran, saya yakin dan percaya tiada jalan singkat melainkan latihan berterusan yang konsisten bagi memacu keberhasilan yang lebih baik.
Selamat mencuba!
0 comments