Untuk kesekian kalinya, saya lah yang mengusung kereta Ciktom ni untuk selenggaraan rutin. Sebagai rekod, ini selenggaraan rutin kali ke-9 (mengikut tempoh 6 bulan). Jarak perbatuan kali ini sebelum selenggaraan adalah 63,300 km.
Selenggaraan Rutin 50,000 km & 70,000 km
Kereta Axia 1.0 G Ciktom dah mencecah usia 4 tahun setengah. Alhamdulillah setakat artikel ini ditulis, kereta ini masih kekal cemerlang. Dengan perbatuan mencecah 63,000 km dalam tempoh 4 tahun 6 bulan, di kira sebagai lasak juga penggunaannya. Yelah dalam tempoh 2019 - 2023 ni boleh kata kereta untuk daily use.
Service Centre Bandar Baru UDA, Tampoi.
Setakat dalam tempoh waranti 5 tahun, saya cuma menghantar untuk selenggaraan di Service Centre Perodua Bandar Baru UDA, Tampoi. Bagi saya, service centre ini sangat selesa dan mesra pelanggan. Baru - baru ini, ruang utama telah dibuka semula selepas beberapa bulan juga dalam proses renovasi.
Ruang menunggu lebih luas serta mempunyai beberapa jenis kerusi yang berbeza. Biasanya memang saya tunggu sahaja di pusat servis dari kereta dihantar sehingga siap diselenggara. Terdapat juga beberapa sajian untuk pelanggan seperti nasi lemak, bihun goreng dan manisan.
Selain sebagai pusat servis, premis ini juga merupakan pusat jualan dan edaran kereta baharu Perodua pelbagai jenis. Sambil - sambil menunggu kereta siap diselenggara, boleh juga cuci mata pandang - pandang model baharu yang tersedia di pasaran.
Penambahan Aksesori
Terdapat dua aksesori tambahan pada Axia G Ciktom, iaitu:
1. Gear Up Hood Insulator - original Gear UP Perodua, shield from engine heat, reduce creaking and rattling sound, reduce engine noise and body panel vibration, easy to install within 10 minutes.
2. Gear Up Chrome Scuff Plate - lama dah mencari chrome plate ni. Masa awal beli kereta tak jumpa pulak yang original Gear Up. Pada awalnya menggunakan aftermarket sticker. Tapi yelah, benda sentiasa dipijak tambah pulak anak sedang membesar, penggunaan pelekat bukan pilihan terbaik.
Penggantian
Untuk tukar ganti peralatan yang wear and tare, adalah seperti berikut:
1. Bateri - semasa selenggaran kali ke-8, pihak pusat servis telah membuat pemeriksaan dan memaklumkan bateri boleh dipertimbangkan untuk ditukar. Jadi Ciktom decide tukar di luar sahaja dari pusat servis.
2. Tayar - Seperti artikel terdahulu, saya belanja tukar tayar 4 biji dengan jenama Toyo. Baca artikel Axia G Guna Tayar Toyo Neo3.
3. Side Signal Lamp (genuine) - side signal ni, penutupnya tercabut entah ke mana. Nak mencari casing sahaja, alang - alang beli sekali terus set lampu. Cara pasang pun mudah je.
4. Untuk selenggaraan ke-9, mekanik mengesyorkan untuk menukar brake pad kerana dikhuatiri telah nipis dan boleh bertahan tidak berapa lama sahaja lagi. 4 tahun 6 bulan dan jarak perbatuan melebihi 60,000 km memang layaklah perlu dapat brake shoes yang baharu.
Cegah Sebelum Parah
Memandangkan kereta Axia G ciktom merupakan kereta baharu (first hand), maka kami decide untuk jaga sebaiknya supaya tidak bermasalah dalam tempoh 10 tahun pertama. Setakat ini Alhamdulillah semuanya cemerlang dan mengikut jadual selenggaraan yang ditetapkan.
0 comments