Cuti hujung tahun 2018 PR banyak habiskan masa di rumah, sambil melayan Adira, sambil – sambil juga menambahbaik reka-letak perabot bersesuaian dengan keadaan bayi yang sedang berkembang. Jadi, kesempatan itu lebih banyak masa PR luangkan untuk idea dekorasi rumah.
PR memilih konsep rumah minimalis moden. Padanan warna dinding rumah PR telah dijelaskan dalam artikel pemilihan warna cat rumah. Proses mengecat dinding telah selesai di tingkat bawah, namun dinding dibiarkan kosong tanpa penyeri.
6 Idea Lukisan Dinding Menarik Untuk Rumah Minimalis
Hasil carian dari beberapa sumber, PR dapati ada 6 idea lukisan dinding menarik untuk rumah minimalis. Lukisan ini boleh sahaja didapati dengan cara mudah, atau mungkin perlu keluarkan sedikit belanja. Jom!
1. Lukisan Bentuk Garisan Minimalis (Line Drawing Art)
2. Lukisan Garisan Kontur (Contour Line Drawing)
4. Permandangan Hitam dan Putih (Black and white scenery)
5. Lukisan titik (Dot Drawing)
Lukisan Teknik Titik ini PR mula ketahui kewujudannya hasil lukisan peserta Contest Lukisan Wang: 2010. Memang unik juga teknik lukisan titik ni.
6. Lukisan dari perkataan (Words Drawing)
PR pernah mencuba teknik lukisan ini, dengan menggunakan lirik lagu Sufi – Damasutra. Namun lukisan ini tiada lagi dalam simpanan PR.
Padanan Warna Dinding dan Lukisan Dinding
PR memilih warna dinding dengan seakan imej di atas, jadi lebih sesuai jika PR padankan dengan lukisan dinding minimalis berwarna hitam dan putih.
DIY Dinding Lukisan Minimalis
Jika anda ada bakat melukis, anda boleh jadikan idea di atas untuk lukis sendiri lukisan dinding. DIY ini pastinya menggunakan kos yang lebih rendah. Anda boleh lukis di kertas lukisan (saiz A3), kemudian potong mengikut saiz A4, isikan di dalam frame sijil yang boleh diperoleh di kedai DIY dengan harga RM4. Ini aplikasi konsep dekorasi bajet!
Namun, jika anda ada modal lebih, anda boleh sahaja cari lukisan – lukisan di pasaran tempatan atau luar negara. Tepuk dada, Tanya selera.
Okeh, jom. PR mahu mula melukis. Tapi hendak lukis apa ye?
0 comments