padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Dilema Pendaki Gunung

Dilema Pendaki Gunung

/ October 9, 2015 /
Tempoh seminggu dua ini, kerap juga menerima 'nota kecil' di aplikasi ruang sosial telefon pintar perihal dilema pendaki gunung. Segelintir rakan mungkin menyemat di ingatan bahawa aku seorang pendaki gunung tegar.

Sebenarnya, tidak. Hanya mengambil peluang meneroka bersama pelajar - pelajar yang aktif beraktiviti. Lihat saja kembara Gunung Datuk, ekspedisi Gunung Angsi, pemanas badan di Broga dan pendakian Gunung Arong, semuanya dicetuskan oleh pelajar.

Apa yang dikatakan sebagai dilema pendaki gunung sebagaimana nota kecil yang diterima?
  1. Sebelum pendakian : memang sangat teruja. Tambahan pula bila membaca, meneliti ulasan dan bingkisan pengalaman pendaki sebelumnya, seolah memberi gambaran sesuatu yang istimewa.

  2. Permulaan mendaki : Nafas semakin laju. Ketika ini, mula merasakan betul atau tidak tindakan untuk mendaki? Cukupkah tenaga untuk sampai ke puncak? Dapatkah merasa kenikmatan seperti pendaki sebelum ini yang berjaya?

  3. Checkpoint 1 (masih ada 3 checkpoint) : Mula berasa jemu, kemerosotan tenaga dan kepala mula memikirkan keseronokan berehat di rumah!

  4. Menghampiri puncak : Hampir putus asa bila melihat diri sendiri yang semakin lemah, ketinggalan jauh di belakang.

  5. Di puncak : Hilang segala lelah! Sangat misteri. Merakam saat isitimewa, berkongsi kegembiraan dengan rakan lain.

  6. Perjalanan turun : Mana Checkpoint 1 ni? Kalau boleh gelongsor, pasti seronok? Bekalan air kosong pula!

  7. Kaki gunung : Ini gunung terakhir!

  8. Penat hilang : Gunung mana pulak ye??
Penafian : Dilema ini mungkin berbeza bagi pendaki profesional. Amatur seperti aku, memang setiap masa rasa macam perkara di atas, muehehee

Apa pun, pengalaman aku mendaki gunung termasuk Gunung Kinabalu memberikan perasaan yang istimewa saat dan ketika berada di puncak. Sangat istimewa. 



Betul. Setiap pendakian memberi cabaran, usaha, semangat dan kemahiran yang berbeza. Setiap pendakian mengajar sesuatu. Dan yakinlah, setiap rintangan yang kita tempuh, dijanjikan dengan puncak, membentangkan keindahan alam yang bukan semua orang dapat merasainya.

Begitu halnya dalam kehidupan. Bijak sahaja tidak mencukupi. Tenaga yang tidak boleh dikalahkan bukan ukuran. Sebaliknya, gabungan dari aspek keazaman, kemahiran dan pengetahuan merupakan ramuan untuk berjaya seperti mana yang anda definasikan.

'Gunung' mana selepas ini? 


0 comments:

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap