padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Hormat Menghormati

Hormat Menghormati

/ June 3, 2013 /
Sikap manusia ini pelbagai. Kadangkala dalam diri seorang individu pun bermacam - macam sikap sampingan yang boleh dilihat selain sikap dan sifat dominan. Sengaja aku bangkitkan isu hormat menghormati, salah satu nilai murni yang sering diterapkan di institusi pembelajaran untuk membentuk sikap positif individu.

Hormat menghormati ini suatu prinsip besar yang perlu difahami. Ia mengajar individu menghargai dan memuliakan (memandang tinggi) seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan dan beradab.

hormat menghormati
Sumber : Link

1. Hormat kepada ibubapa
Sesungguhnya memang suatu kewajipan kepada anak untuk hormat dan taat kepada ibubapa. Siapa lagi individu yang paling layak untuk mendapat penghormatan tertinggi??

2. Hormat kepada yang lebih tua, pemimpin, pendidik
Menghormati orang tua, pemimpin dan pendidik tanpa mengira keturunan, pangkat, kedudukan dan harta. Menerima nasihat dan tunjuk ajar sebagai tanda penghargaan kepada seseorang kerana pengetahuan, pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu lapangan.

3. Hormat kepada Raja, Negara dan Undang - Undang
Menghormati Raja serta lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan, dan undang - undang negara. Kalau hilang rasa hormat pada perkara ini pergi pulau duduk sorang - sorang berkawan dengan beruk lagi bagus...

4. Hormat hak asasi, kepercayaan dan keperibadian individu
Menghormati hak individu selagi tidak melanggar mana - mana perkara yang terkandung dalam peraturan dan undang - undang. Hormat kalaupun kawan rapat anda penyokong tegar Selangor sedangkan anda penyokong JDT. :D Menghormati segala kepercayaan dan adat resam masyarakat majmuk, menghormati fizikal, bakat, potensi dan fikiran orang lain.

5. Hormat diri sendiri
Paling koman, hormat diri sendiri. Jaga maruah diri. Jaga nama baik sendiri. Jaga perbuatan, tingkahlaku dan pertuturan. Asas!

Pernah aku terbaca, "hormatlah orang yang lebih tua dan bantulah mereka yang lemah, kerana suatu masa kita akan tua dan lemah jua"..

Renung dan fikirkan, sekian.

0 comments:

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap