padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » Nostalgia: Kuih Tradisional

Nostalgia: Kuih Tradisional

/ June 25, 2013 /
Santai di waktu pagi atau petang, seronok juga kalau ada benda untuk di kunyah. Bukan untuk kenyang, sekadar mengalas perut sewaktu berbual mesra bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Sambil menghirup secawan teh, halwa telinga dibelai dengan bait lagu Dalam Kenangan (Wheels) mengingatkan sejenak nostalgia lama.

Aku membesar di desa dan sehingga kini masih tidak banyak perubahan berlaku di sana. Lengguk angin, susila masyarakat masih sama. Rai jiran tetangga dengan tukar juadah kudapan masih ada. Kekal tradisional. Kekal asli. Kekal nostalgia.

Bercerita mengenai kudapan dan kuih tradisional ini, ia takkan luput. Sehingga kini, jika aku pulang ke kampung halaman pasti akan meminta Mak menyediakan beberapa jenis makanan kegemaran sewaktu kecil dulu. Biasalah, anak bongsu kan manja.. hahahh.

Antara yang jadi kegemaran, kuih keria (disebut kuih gelang). Tapi takmahu gula banyak - banyak. Cukup sekadar ada rasa gula. Bukan apa, bila sejuk ia seakan melekit dan melengas. Tambah pulak kita kena kurangkan gula,kan?

Berikutnya, kuih ketayap. Hahah ini yang paling aku suka sebenarnya, cuma kalau dulu inti kelapa dan manis. Aku dah tak suka manis - manis ni, dimodenkan sikit menggunakan telur hancur. Apa nama istilah pun aku tak tahu sangat, tapi aku suka ketayap inti telur.

Kuih lain yang turut ada dalam senarai ialah tepek pisang. Mungkin ada yang menggunapakai nama lempeng pisang. Tepek pisang ini diperbuat daripada pisang berintikan kelapa. Daun pisang akan dilayor (dilayar??) atas api, kemudian pisang yang sudah diuli diratakan di atas daun pisang dan diletakkan kelapa parut ditengahnya. Lipat dan salai atas kuali. ikut suka, nak rangup atau sedang - sedang aja.

Sumber : fizanordin.blogspot.com

Kuih yang sangat lama aku tak merasa ialah kuih jongkong. Mak aku tak pandai nak buat kelonsongnya. Hahahh arwah nenek aku yang pandai. Aku pun tak sempat belajar, hanya pandai buat kelongsong ketupat saje, hehee..

Sumber : Link

Lagu sudah bertukar irama. Drama di TV dah bertukar cereka. cukuplah sampai di sini aku bercerita hal kuih tradisional kegemaran. Bagaimana dengan anda? ada yang sama?

0 comments:

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap