15-17 Mac lalu, aku menyertai perkhemahan Bina Semangat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku pensyarah pengiring di Taman Negeri Endau-Rompin. Sekali sekala bawa pelajar lari daripada proses pengajaran dan pembelajaran seronok juga. Di samping memberi mereka aktiviti luar, dapat juga aku menumpang sekaki untuk perkhemahan tersebut.
Aku suka aktiviti berkhemah sebegini, di samping aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Taman Negeri sendiri. Pada hari pertama, sebelum sampai ke lokasi, MPP IKM JB dengan kerjasama Belia Felda Selendang melakukan aktiviti gotong royong pembersihan tanah perkuburan dan mengecat wakaf yang baru siap di bina.
Gotong Royong
Mengecat Wakaf
Malam pertama, pelajar (peserta) di bawa meronda ataupun night walk ke dalam hutan secara berkumpulan. Setibanya ke tapak perkhemahan, pelbagai gelagat peserta boleh dilihat terutamanya peserta yang alah/geli kepada pacat!
"Perjalanan malam ni hanya warming up untuk hari esok.."
Pada hari kedua, aku merasakan ia adalah aktivti utama, diberi nama "Survival". Peserta perlu meredah hutan, dan di pertengahan peserta perlu memasak untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan menuju ke air terjun.
Aku juga turut serta dalam aktiviti ini bersama 5 rakan staf pengiring yang lain. Aku mengambil keputusan untuk berada di barisan hadapan. Pacat?? hahahh tak perlu nak mengelak sangat lambat laun akan dihidu juga, hehee.. mujur hanya beberapa ekor sahaja yang dapat hinggap di kaki aku.
Dalam perjalanan ini, sempat juga aku merasa masak mee segera dalam buluh. Sedap juga rupanya, tapi yelah dah penat, lapar... semua benda pun boleh jadi sedap. Setelah selesai mengalas perut, perjalanan diteruskan dan kali ini laluan agak berbukit dan kerapkali perlu mendaki. Malang pada satu ketika, aku tersentuh sarang penyengat dan aku menerima 'hadiah' di tiga lokasi di bahagian lengan...
Kepenatan mendaki dan meredah hutan seolah hilang bila terdengar deruman air terjun menandakan misi hampir selesai. Sambil menghilang lelah, dapat juga relaks menikmati kesejukan air terjun hutan negeri tersebut.
Uikk, dah panjang la pulak. Ok, aku ringkaskan. Pada malam Ahad, aktiviti Solo Walk, peserta perlu berjalan seorang diri di dalam hutan. Peserta hanya perlu mengikut tali yang telah disediakan. Pensyarah pengiring ditugaskan untuk menjaga setiap check-point (6 kesemuanya). Waktu ini tiada sebarang cahaya, maka redha jelah kalau pacat dapat menghisap darah di kaki....
Hari terakhir, aktiviti air - aktiviti yang sangat dinantikan oleh peserta. Aktiviti air seperti biasalah, "water confident", "river crossing" dan.... aktiviti bebas... Aku? memantau para peserta dengan kayak, ekekee..
Perkhemahan tamat menjelang tengahari, dan blog entri aku kali ini pun tamat di sini, hehehehehe...
0 comments