padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Apa Itu Bounce Rate?

/ June 26, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Menuju ke akhir Jun ni, bila aku semak semula masih tiada lagi blog entri yang memaparkan hal berkaitan blogging. Mengikut perancangan, aku akan rotate 5 topik utama, tapi nampak gaya macam tak kesampaian je azam tu hehee..


Apa pun, topik yang aku pilih bulan ini mengenai blogging adalah bounce rate. Bagi yang pertama kali mendengar term ini, mungkin pelajaran baru untuk anda tapi mana yang dah expert tu anggap sahaja sebagai refresher.


Apa Itu Bounce Rate?


Mengikut kefahaman, bounce rate ini adalah peratus kunjungan pelawat yang hanya melawat satu halaman sahaja dan meninggalkan terus blog anda. 87% bounce rate bermaksud 87% daripada keseluruhan pengunjung blog anda (bergantung masa samada sebulan, setahun) hanya melawat satu halaman sahaja tanpa melihat blog post lain yang terdapat di dalam blog anda. Dapat?


Bounce Rate boleh di kira dengan formula,

BR = Visits that left after one visit/total visit


Secara hakiki, semakin rendah bilangan pengunjung yang hanya singgah pada satu halaman sahaja, semakin rendah nilai bounce rate. Jelas, nilai bounce rate yang rendah lebih baik. Menggunakan metrik ini untuk mengukur kualiti, bounce rate yang tinggi menggambarkan halaman blog kita kurang relevan kepada pembaca dan menyebabkan mereka terus meninggalkan blog kita.

google analytic
Bounce rate : 72.22%
getclicky
Bounce Rate : 36%

Jadi, bagaimana untuk anda mengetahui nilai bounce rate web/blog anda? Umum, terdapat pelbagai web analitik di luar sana, tetapi aku lebih suka menggunakan Google Analytic. Selain itu juga aku menggunakan Getclicky, tapi aku prefer Google Analytic lagi.


Jadi, mana - mana yang berminat atau kisah dengan bounce rate, bolehlah mula periksa berapa peratusan bounce rate anda. Jika dah bawah 50%, dah boleh maintain je. Kalau yang masih tinggi tu, sama - sama kita fikirkan macamana kita nak turunkan ye? :D


Apa kata anda?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Budi Tehramuan

/ June 25, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Alhamdulillah, aku selamat sampai ke Johor Bahru. Seperti mana yang aku nyatakan sebelum ini, aku menghadiri kursus 3D Modelling - Piping Design di KKTM Pasir Mas, Kelantan dan kursus tersebut sempurna pada hari Khamis.


Kata orang, alang - alang berdakwat biar basah. Setelah sampai di Kelantan, apa salahnya berjumpa dengan kenalan dan ronda - ronda di sekitar. Mula - mula mati akal juga, tapi teringat seorang blogger ni menetap di Kelantan, cuba jaya sahaja mana tahu berada berhampiran.


Tehramuan, nama besar juga dalam blogging ni; merupakan individu yang aku maksudkan. Agak jauh juga kediamannya di Tumpat untuk ke Pasir Mas, tapi dengan izinNya dapat juga kami bertemu, minum satu meja. :D


Meronda - ronda sekitar Rantau Panjang sebelum singgah sebentar di kediaman dan meneruskan perjalanan ke Kota Bahru. Aku membeli baju batik sebagai kenang - kenangan berada di sana.

gerbang kelantan
Sumber Gambar : mancekak.blogspot.com

Apa yang aku rasakan, pertemuan sesama blogger ini melengkapkan lagi perkenalan. Bertukar - tukar pendapat secara langsung, bercerita pengalaman peribadi memang menghanyutkan masa berlalu.


Jadi, apa yang aku pernah tulis suatu masa dahulu memang ada kebenarannya. Berblog bukan sahaja untuk kita menulis, malah kita boleh bersahabat dan lain - lain perkara yang positif. Elakkan lah dari bermusuhan, sebaliknya memegang erat satu sama lain atas nama silaturrahim sesama blogger.


Pergi seminar di negeri Kelantan,
Dari JB menaiki kereta api,
Di sana berjumpa Cikgu Tehramuan,
Orangnya ramah berbudi tinggi.


Sejuk rasa air perigi,
Di cedok naik mengguna timba,
Kelak nanti berjumpa lagi,
Entah apa waktu ketika.



Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kereta Pertama

/ June 21, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Dulu Lain, Sekarang Lain....
Frasa yang biasa kita dengar, dan pernah di popularkan menerusi lagu Tan Sri SM Salim. Kalau di lihat, memang banyak perspektif yang boleh kita ambil menerusi frasa ini. Ia boleh juga di samakan dengan penghijrahan - berubah kepada yang lebih baik; atau sebaliknya.


Bercerita mengenai kereta, agaknya sedia maklum hobi aku mengumpul model kereta mainan sejak umur 7 tahun lagi, dan sehingga kini aku masih dengan hobi tersebut. Langsung, dari frasa dulu lain sekarang lain, dulu aku hanya mengumpul model kecil berskala 1:60 tapi menginjak masa, sekarang aku lebih gemar mengumpul model berskala 1:24 atau lebih besar.


mitsubishi lancer evolution

Tiba masanya nanti, aku akan membeli kereta berskala 1:1, dan pastinya itu kereta pertama aku. Berkenaan kereta pertama, kalau dahulu aku berminat sangat dengan BMW, tapi semakin menginjak masa, minat aku kini hanya pada Honda, mungkin Honda Civic. FD? Type R? err.. kewangan tak mengizinkan, Honda Civic EG 9, mungkin!


Sambil bergerak satu persatu ke blog rakan - rakan, aku bersua dengan suatu giveway yang amat menarik minat dan perhatian aku. CONTEST | Gempak DLSL 2011. Soalannya mudah, hanya meneka skala kereta tersebut.


contest gempak

Jawapan : Skala 1 : 24


Sedikit informasi. Terma dan syarat boleh rujuk di CONTEST | Gempak DLSL 2011. Tarikh tutup 10 Julai 2011, 12 tgh malam. Hadiah yang di tawarkan memang lumayan hee..


Note | Ismail N, tak dapat no 1, no 2 pun jadilah hehee..

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Menyingkap Sejarah

/ June 19, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Hari ini, kali kedua aku berada di Kelantan. Kali pertama ketika menyertai rombongan sekolah pada tahun 2000. Tapi kali ini aku hadir kerana menghadiri kursus 3D Modelling Pipeline Design yang diadakan di KKTM Pasir Mas, Kelantan.


Malam pertama di sini, boleh membayangkan apa yang akan berlaku untuk 4 malam berikutnya. Secawan kopi memang terasa amat lama untuk dihabiskan. Tidak tahu untuk berbuat apa, dan tidak tahu hendak ke mana.


Setiap tegukan mengeluarkan nostalgia atau kenangan lama yang mengasyikkan. Tak percaya? Cuba bancuh kopi sekarang dan hirup ketika ia panas. Hehee.. Itu pepatah aku sahaja, lain orang mungkin lain apa yang di rasa.


Apa yang dapat aku imbas sekarang ini ialah sewaktu aku memulakan blog ini dahulu. Memang langsung tiada pengetahuan tentang blog. Design, setting dan pelbagai lagi karenah dalam blogosphere ni.


Tetapi di sebabkan bosan dengan kerja membentuk besi di Ipoh, aku cuba mencari kelainan untuk pengisian jiwa aku ketika itu. Aku lebih banyak meluangkan masa pada cuti Sabtu dan Ahad di cybercafe, konon - konon mencari peluang pekerjaan dan sambil - sambil itu aku berjinak - jinak dengan blog.


Blog post pertama aku pada 1 September 2009, kalau tak salah aku awal Ramadhan juga rasanya. [dah delete post tu hehe]. Hari demi hari aku menambah blog post, dan adakalanya aku menyalin semula artikel yang aku terima dalam email.


Aku duduk dalam dunia aku sendiri. Rasanya dah ada blog, dan entri sudah cukup. Apa yang aku rasa nak tulis, aku tulis. Tanpa menghiraukan tentang visitor, penulisan, komen dan lain - lain perkara. Hanya seronok menulis dan baca berulang kali [wakakakaa].

blog padinno
Bila dah bekerja dengan MARA, lagi la semangat nak menulis blog, sebab dah ada laptop sendiri. Tapi masalahnya takde perkhidmatan internet. Terpaksa la pergi kopitiam berhampiran. Semangat nak update blog la kononnya. Tapi tak lama macam tu, tak larat. Aku cari handphone yang boleh jadi modem :D


Masa tu jugak aku buka akaun facebook. Bermula dari situ barulah blog aku ada visitor. Pembacanya di kalangan kawan - kawan di universiti sahaja. Ada yang drop komen dan ada yang hantar komen guna SMS. [wakakaka].


Sampai la suatu hari, aku terjumpa dengan blog dahliajournal! [memang otai minah ni]. Dari situ lah aku selongkar semua info blogging dalam blog dia, dan lama - kelamaan aku rasa 6 bulan pertama aku blogging - nothing! 6 bulan tu...


Aku masih ingat lagi, "blogger ini dalam sebuah perkampungan. Kita baru berpindah ke tempat baru, dan kita hendaklah bertegur sapa dengan jiran kita, bertandang, bertukar pendapat. Kita akan di kenali dan orang lain akan bertandang ke tempat kita juga. Itulah blog-walking.."


Anda pula, bagaimana anda bermula? Hee..

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kepentingan Penjagaan Gigi

/ June 16, 2011 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai. Kita boleh manfaatkan kesihatan ini kepada pelbagai cara, terutama dalam mencari rezeki, melakukan ibadah dan beberapa perkara lain.


Gigi juga merupakan satu elemen yang perlu kita jaga. Gigi yang sihat dan kuat memberi banyak kepentingan kepada kita terutama untuk mengunyah dan menghancurkan makanan. Selain itu juga, gigi yang bersih dan tidak rosak menampilkan imej yang positif untuk individu.


Tidak dapat tidak, gigi kita lama - kelamaan akan mengalami kerosakan juga, tetapi kita boleh memanjangkan jangka hayat tersebut sekiranya ia di jaga dengan betul dan rapi. Antara kerosakan gigi yang biasa kita dengar adalah plak dan karang gigi.


Plak gigi ialah suatu lapisan bakteria yang nipis dan melekit serta tiada berwarna. Bakteria yang terdapat dalam plak akan bertindak dengan sisa makanan di dalam mulut, menghasilkan asid yang akan menyerang permukaan gigi dan menyebabkan kereputan gigi. Ia mungkin berpunca daripada pengambilan makanan ringan yang bergula dan kurang pengaliran air liur [1].


Karang gigi ialah plak yang telah keras, atau juga dikenali sebagai kalkulus atau tartar. Ia sering terkumpul di bahagian belakang gigi kacip di rahang bawah dan di permukaan luar gigi geraham rahang atas. Jika plak dan karang gigi ini terkumpul dengan tempoh yang lama, ia akan menyebabkan penyakit gusi, pereputan dan nafas berbau [2].

gigi cantik
Sumber : justjared.buzznet.com

Aku sedar, semakin meningkat umur, kesihatan kita semakin berkurang termasuklah gigi. Pengambilan makanan yang berterusan akan menyebabkan proses kerosakan pada gigi kita akan menjadi lebih cepat sekiranya tidak di jaga dengan betul.


Aku sendiri dah lama tidak membuat pemeriksaan gigi. Kali terakhir sewaktu di bangku sekolah, rasanya. Hehe. Jadi, sebagai kesedaran dan langkah awal, aku pergi ke klinik pergigian dan melakukan pemeriksaan. Hanya satu gigi yang perlu di tampal. Mungkin lain kali aku nak bersihkan plak dan karang gigi pula.

senyuman menawan
Pegawai Perubatan mengesyorkan aku, kamu, kamu dan kamu juga untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang - kurangnya 6 bulan sekali. Jika di tanya, apa kepentingan penjagaan gigi? Jawapan aku, mudah. Gigi yang cantik memberikan senyuman yang menawan. :D


Rujukan : [1] www.infosihat.gov.my, [2] portal.imateradigital.com

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kukuhkan Persaudaraan Manusia

/ June 13, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com

Pertama kali menjadi penulis tamu, aku amat berterima kasih kerana di berikan kepercayaan dan peluang memberikan suatu perkongsian santai untuk kita hayati dalam melusuri kehidupan yang dinamik. Artikel ini telah di siarkan di blog dunspeakme.blogspot.com, Februari 2011.

Dua batang kayu di satukan dengan paku dan dua ketul batu di satukan dengan simen. Apa pula yang menyatukan 2 hati? Saya mengajak anda berfikir secara sihat, dan mengikuti perbincangan saya pada perenggan berikutnya.

Jika kita lihat secara dasarnya, perkara yang membawa kepada kekuatan adalah penggabungan, tautan, ikatan, kerjasama dan kepercayaan. Cuba kita ambil lidi kelapa sebagai bahan uji. Jika ada sebatang lidi sahaja, terlalu mudah untuk kita mematahkannya, tetapi apa akan berlaku jika lidi di susun dalam kuantiti yang banyak?

Contoh yang lebih ekstrem yang boleh di jadikan sebagai bahan uji ialah tubuh badan kita sendiri. Kesemua organ, saraf, kulit dan lain – lain saling bekerjasama dalam menjadikan kita manusia yang sempurna. Semua unit ini bekerja dengan fungsi masing – masing, dalam mencapai tujuan yang sama. Apa kata anda sekiranya salah satu unit gagal berfungsi?

Justeru, apa kaitan penyatuan kayu, kuantiti batang lidi dan unit – unit sistem manusia dalam perbincangan ini? Analogi yang sangat mudah untuk kita mendefinasikan kehidupan manusia. Apabila bekerja atau hidup seorang diri, kita akan mudah kalah, mudah untuk di jatuhkan, di perlekehkan, tetapi jika kita berada dalam organisasi, kita akan kuat.


penyatuan manusia
Sumber gambar : www.dakwatuna.com

Namun begitu untuk mencapai organisasi yang kuat, kita memerlukan unit atau sistem yang berkesan, di mana bekerja dengan penuh komitmen, dedikasi dan kesungguhan dalam mencapai matlamat yang sama. Persoalannya sekali lagi, apa yang menyatukan manusia?

Persaudaraan. Persaudaraan kunci untuk penyatuan. Resepi untuk kejayaan. Perencah dalam kehidupan. Apa kata anda?

Aku Perlukan Ketenangan

/ June 8, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Aku melalui hari yang sukar dalam tempoh seminggu ini dengan kejadian yang tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran aku. Kawalan emosi aku longgar dan aku akui sedikit menjejaskan prestasi kerja aku.


Bergelut dengan perasaan yang bergelora, dan diselarikan dengan tuntutan kerja memberi aku tekanan yang kuat. Fizikal dan mental aku benar - benar terganggu.


Alhamdulillah aku berjaya menyelesaikan perkara hakiki, menanda kertas jawapan peperiksaan akhir pelajar dan siap memasukkan markah dan beberapa tugas lain yang telah di amanahkan. Ia memberi aku sedikit kelegaan.


Melalui pandangan dan nasihat kawan - kawan tidak kira di kalangan blogger dan rakan sekerja, aku perlukan ketenangan. Ya. Ketenangan untuk aku pulih dan secara langsung dapat menstruktur semula minda dan emosi aku.
kesedihan

Ibarat orang yang mengantuk di sorongkan bantal, kebetulan masa ini pelajar sedang bercuti dan aku mengambil kesempatan ini juga untuk bercuti. Berada jauh dari keadaan yang merunsingkan aku, bukan bermakna aku lari dari masalah tetapi lebih kepada pemurnian mental aku semula.


Terima kasih aku ucapkan pada kawan - kawan yang memberi nasihat dan pandangan kalian. Sebarang komen dan tindak balas kalian amat di hargai. Sekali lagi, aku perlukan ketenangan.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Mencari Kesempurnaan

/ June 4, 2011 /

Kesempurnaan itu perkara besar. Ia bukan sesuatu yang objektif, malah pelbagai definisi dibuat untuk menjelaskan skop kesempurnaan itu sendiri.

Anda pernah terbaca atau dengar Kisah Kasut dan Kasih Sayang? Jika anda pernah, maka anda pasti setuju kesempurnaan itu bukan mudah sebaliknya bersyukur dan menghargai apa yang kita ada. Jika ini pertama kali anda mendengarnya, anda berada di tempat yang betul sekarang.

Di kisahkan, seorang perempuan muda datang menyapa ayahnya lalu bertanya bagaimana untuk memilih seseorang yang terbaik untuk di jadikan teman hidupnya kelak. Seraya, ayahnya meminta si dara untuk menemaninya ke suatu tempat.

Di hadapanmu, terbentang kasut - kasut yang indah. Berjalanlah sambil memilih kasut kesukaan kamu, yang kamu rasakan sangat cantik untuk kamu, tetapi dengan syarat kamu tidak boleh kembali ke belakang.

Waktu beranjak, Si gadis pulang ke pangkuan ayahnya tanpa membawa sebarang kasut. Lantas si bapa segera bertanyakan apa yang telah berlaku.

Oh, tadi saya berjalan dan sambil memandang sejumlah kasut yang berada di situ,saya mencari kasut yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi ayah kata ambil yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tapi sampai di penghujung, saya tidak jumpa kasut yang paling cantik. Mungkin ada di belakang saya sebelum itu tapi sebagai mengikut syarat ayah, jadi tiadalah kasut yang saya boleh ambil.

kasut paul smith
nike mercurial victory
Itulah jawapannya. Kita akan berasa sukar dalam mencari kesempurnaan. Sebaliknya, kita perlu menghargai apa yang ada di hadapan kita, kerana kita tidak tahu adakah masih ada yang terbaik di hadapan kita.

Kita jangan menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku biarkan ia berlalu. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun jika dihitung masih banyak lagi yang cantik dan baik seperti Kisah Kasut tadi.

Mencari kesempurnaan itu memang perlu, tapi yakin dan percayalah kita tidak akan mencapai kesempurnaan tersebut. Apa yang boleh kita harapkan adalah menghampiri kesempurnaan. Jangan pula asyik mengejar kesempurnaan, kamu kehilangannya dan di waktu itu kekesalan tidak berguna lagi.


Note | Adakah entri ini sempurna untuk anda?

Causeway Scrabble 2011

/ June 3, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Setiap manusia akan mempunyai hobi. Pelbagai perkara boleh di jadikan hobi. Samada pergi memancing, berlumba, mengumpul model kereta mainan atau melukis, ia boleh di kategorikan sebagai hobi. Kalau suka mencari masalah, tidak pasti ia hobi atau bukan.


Buat masa sekarang, hobi aku bermain Scrabble. Kalau tidak bermain secara bersemuka dengan pihak lawan, aku akan bermain melawan komputer. :D (Ayat apa ni miahahaa). Kadang - kadang leka juga, sampai ke awal pagi masih lagi bermain.


Awal pembabitan, score aku hanya 1++, tapi melewati 2 bulan aku dah berjaya sampai 386 (markah tertinggi setakat ini). Berusaha untuk mendapatkan 4++! Heheh.. Ada yang mahu lawan ke?

scrabble result
keputusan scrabble
Kebetulan, semasa aku mencari - cari informasi tentang Scrabble, aku terjumpa suatu yang menarik. Ya. Causeway Scrabble Challenge 2011. Pertandingan Causeway Scrabble Challenge yang ke -10 akan diadakan pada 30 Nov - 4 Dis di Zon Regency Hotel, Johor Bahru.


Ia terbahagi kepada 4 bahagian, Premier, Master, Advanced dan Open. Kesemua bahagian akan bermain 45 pusingan dan hadiah memang lumayan. Tarikh tutup penyertaan adalah 9 Sep. Word Authority pula ialah Collins 2007, dan untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Causeway Scrabble Challenge 2011.


Hehehe aku rasa macam berminat, tapi peserta yang mendaftar mesti 'otai' lah! Kalau perkataan "aa", "lar", "hm" pun boleh di terima, rasanya lagi banyak perkataan aneh yang akan jumpa nanti. Entah kedudukan ke-1000 kategori Open pun tak merasa nanti :D


Okey. Sampai di sini sahaja. Kalau anda berminat, boleh lah mula berlatih, hafal perkataan - perkataan yang boleh dapatkan point tinggi, penggunaan huruf Z dan Q( 10 pts), J dan X(8 pts) dan K(5 pts). Jangan lupa perkataan yang mudah, contohnya "HA","YA", "BA" dan lain - lain, sebab perkataan tu boleh selit - selit.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Ulasan Anda?

/ June 1, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Berapa banyak anda menerima ulasan untuk setiap blog entri yang anda hasilkan? Adakah ulasan yang di terima sebagai petunjuk kehebatan penulisan anda? Apa yang anda rasa dengan kehadiran setiap ulasan tersebut?


Blog entri ini bukanlah ditulis untuk membincangkan hal ini, tetapi lebih kepada rasa ingin berkongsi kepada anda tentang ulasan - ulasan yang menarik yang di semadikan dalam padinno.com ( Januari - Mei 2011). Sebagai usaha aku menghargai pembaca aku, hehee


Januari

"Pada pandangan saya, yang paling utama ialah pengantin atau pasangan. Ramai pasangan sekarang kahwin sebab seronok bercinta atau dengan erti kata lain 'couple'. Saya sangat anti dengan konsep 'couple' ni. Bukanlah menolak norma manusia untuk bercinta tetapi zaman sekarang ni 'couple' bagai nak rak tetapi bila berkahwin, bergaduh; dan lebih teruk bercerai-berai. Sebab tu dalam Islam ada hadis-hadis yg perlu kita jadikan panduan. Kahwin bukanlah perkara cuba-cuba tetapi untuk bahagia kekal selamanya. Dan tanggungjawab selepas kahwin juga sangat besar."



Februari

"hahhahahahah! kalu g website nk tips pelajar cemerlang biasa rain baca ngn muka serius kelat, ni 1st time ketawa hahahah.. tips terbaik dari ladang ah.. padin2... so cute :P"



"aku terharu baca n3 ni...kerna aku diantara yang hilang sume tu, redho dengan ketentuan.."



Mac

"Sokong bro Padin~! Artikel ini memang bagus. Kalau buat artikel macam ni dan kemudian hantar ke ruangan rencana, memang bagus. Ya, kita perlu bantu mereka. Dan bukan kita pula yang rosakkan mereka. Kalau kita sendiri yang rosakkan mereka. Siapa yang akan bantu? Kita? Sedang diri sendiri rosak, bagaimana nak bantu orang lain?? Bukankah begitu?"



"padin.. aku rindu kt ko.. ko rindu kt aku x? mesti rndu kan? org kata kalau kite rndu kt org, org rndu kt kite gak.. ekekeke.. Al-Fatihah utk kakak ko.. :)"


padin
April

"rain dgr je padin sebut pelangi smp tersedak2.. terus dtg nengok pe kehe nyer? hahah.... i love this article la abang padin hensem...pandai abg padin karang, xmcm rain... boleh kita berkwan lebih rapat(smbil mata kedip2) hahahah...kopi pasta artikel ni then simpan utk tatapan rain leh? :)"



Mei

"Why Padin? Saya pernah juga melalui situasi sebegini.. Yang penting ambillah "Tempoh Bertenang".. Mungkin banyak yang padin ingin kongsikan tetapi kesuntukan masa, maka idea itu hanya bermain di fikiran padin tanpa padin dapat menzahirkannya dalam penulisan.. Apapun, blogger ada jatuh bangunnya sendiri.. Yang penting, rentak berblogging tu janganlah padin lari terlalu jauh.. Sekadar pesanan ikhlas dari Bluedianthus. :)"



Dan yang paling aku suka, semua komen yang ada dalam blog entri Aku Marah 3, hehee.. Bermacam - macam komen lain yang menarik, yang membuatkan aku tersenyum dan terus teguh membina padinno.com! Apa ulasan anda? :D

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap